Tuesday, May 8, 2012

Hati Perempuan

Hati perempuan tu lembut..
Walaupun luaran dia nmpak ganas, dalam hati dia tetap ada kelembutan.

Hati perempuan tu lembut..
Ingin di belai, di beri perhatian..

Hati perempuan tu lembut..
Mereka tak mintak di beri perhatian bagai kan bidadari..

Hati perempuan tu lembut..
Awl perkenalanan semua nya baik baik aje..

Hati perempuan tu lembut..
Walaupun tak suka dgn apa yg dia buat, at least wish gud luck in wut she is doing.

Hati perempuan tu lembut..
Tahun perkenalan kian bertambah, hati makin kurang sensitif..

Hati perempuan tu lembut..
Jangan jadikan sifat pentingkn diri salah punca yang membunuh hubungan..

Hati perempuan tu lembut..
Sesekali memberi kejutan apa salahnya? pasti berbunga hati yang kian pudar..

Sesungguhnya hati perempuan tu ibarat sehaelai tisu. Di basahi air mata, hancurlah teksturnya.
♥ Terima kasih sudi baca. Jangan segan silu tinggalkan komen ♥

Sunday, April 29, 2012

Hidup lebih ceria bila bergurau senda

Aku tak reti kalau relationship yg skema. Er skema bagi aku tu mcm er er gurau kasar x bleh. Maksudnye gurau kasar siket da nk kecik ati. Aku ape ade hal. Time masing masing mood baik vongoks, vangangs,vodoh sume dah bese dah. Kene dan mengenakan dah lali dalam relationship ktroang. Tu sume yg menceriakan idup kami. Kadang kalo ckp tepon kat umh ckp ngn si dia tejerit jerit. Mak ingt ktorang gado. Padahal tak ponn. Mmg kitorang cenggitu.

Fb di hack, twitter aku di hack oleh encek kekasih sendiri dah lali dah. Memula tu geram la kan. Tp da bese dah. Die kene kan aku, aku kene kan die blk, die kena kan aku lagikk smai aku x mampo nak kena kan balik.Hahaha. Smpaikan member2 kt fb tu da tau la kalo status pelik2. Kehkehkeh

Tapikk kalo mood masing2 tak baik ko bagi la satu pekataan bongoks, mmg la tacing kenmain lama. Padahal time mood baik takesah pon kann.

Mak ckp 'kak, ckp ngn ady tu elok2 siket. Nt da terbiase terbawak2 smpai kawen nt' err baik la mak. Tp kitroang bedue mmg cenggitu cane? Nk romantik2 dpn org tu xde maknenye laa. Dpn kengkawan lagi laaa dok kene dan mengenakan.

Motip aku merepek bagai cmni? Xde motip senanye. Rase nak menaip mlm ni. So merepek la ikot sukaaaa.

K bai.
♥ Terima kasih sudi baca. Jangan segan silu tinggalkan komen ♥

Wednesday, April 25, 2012

Mari cuci mata anda yang tengah penat ngadap pc lame lame kat office tu


Ape ke panjang sgt la title kan? Haha. just nak share gambar gambar yg menyejukkan mata ni. Maybe ada yang penah tgk. Ade yang belum. So lets cekidaut

Keukenhof Tulip Gardens - Lisse,Holland
macam kek rainbow plak kan n_n


Riomaggiore - Cinque Terre, Italy
 Hidup ceria penuh warna warni
 
Tunnel of Love in Kleven - Ukraine
Tunnel of Love katanyee

 Dunn's River Falls - Jamaica
Best siot!

Salt Desert of Uyuni - Bolivia
macam berjalan atas air.

Lucca - Italy


Terraced Rice Field - Yunnan, China


Cantik nye ciptaan ALLAH s.w.t :)

p/s: byk lagi tp malas upload sumer. har har har

♥ Terima kasih sudi baca. Jangan segan silu tinggalkan komen ♥

Saturday, March 31, 2012

Sesi melawat tapak pembinaan


Assalamualaikum.  Hai! Rase macam terpaksa update belog sebab dah bersawang lama sgt. Sebulan bape entry je ade? bulan ni je baru ade 2. I should read an article about "How to become a blogger" Deym tak reti dah nk berceloteh kat sini. T.T

Erm erm semalam berpeluang pegi ke tapak pembinaan Shopping Mall baru yang akan di buka tak  lama lagi. Penah tgk bangunan yang separa siap kat bawah ni? Sesape yang lalu kat area Kelana Jaya tu mesti tau bengunan ni kat mana.


This is Paradigm Mall. Heard that will be open on 23rd May 2012. Okayyy. Ape kejadahnye plak aku buat kat sini kan? Hehe. FYI our new baby outlet will be open here soon! So once dah official opening for Paradigm Mall. Jgn lupe drop by @ M&S yer :P



 -not me-

Ni first time aku masuk kat tapak pembinaan macam ni yang separa siap. Kena pakai safety helmet. Jalan bawah kren² yang besar. Jalan bawah besi² tu. Fuh. Takut jugak la ape ape jadi kan. Time aku pegi ni plak baru lepas ujan. Hamek kaw. berlecak la jalan.


Sedikit gambaran our new baby outlet. Besaaaaaaaaaaaaaaaaaaar sgt. Besar die lebih kurang macam KLCC outlet. Pening kepala aku. Sebab ape penin? Sebab our new baby outlet ni la hari hari aku stress. hari hai aku balik lambat. Sebab ape? Sebab kena plan. Bape byk lines bape byk ways bape byk quantity kena letak dalam outlet ni. Nasib la baru umukan bonus 2 bulan gaji.
 
Perempuan-fitting room-cam whore tak dapat dipisahkan.

In the Middle of our new baby outlet. Jangan bagi tau yang aku dah gemu. 
Aku sedia maklom dah.

Office-mate. Merchant team. Ladieswear, Lingerie, Home & Beauty, Kidswear, Mens department.

Pejam celik pejam celik hampir 2 tahun dah aku kat sini. Banyakkkkk sgt pengalaman aku dapat kat sini. Banyakkk sgt perangai perangai manusia yang aku tengok kat sini. Banyak sangat ragam orang yang keje sini then bape bulan blah. Banyakk sgt benda yang buat aku stress kat sini. Tapi ape nak buat. Itu la kehidupan realiti. Dengan duit yang aku dapat bulan bulan kerja kat sini la bole menampung perbelanjaan nak kawen nanti. Walaupun penat ulang alik Seremban - KL - Seremban. Demi mencari rezeki yang halal kan?




♥ Terima kasih sudi baca. Jangan segan silu tinggalkan komen ♥

Tuesday, March 27, 2012

Al-Fatihah...


Beberapa hari sebelum pemergian beliau.
Atok; Jah, besday awk bile ye?
Nenek; besday sy ari ni la. Kenapa?
Atok: sy dah tempahkan 'kek' besday paling besar utk awk. Tp 'kek' tu x smpai ari ni la. Awk kena tunggu sampai ari jumaat.
Nenek; awk tempah kat mana pulak kek besar tu?
Atok: ada la. Awk tunggu je la ari jumaat nt.. 'kek' tu smpai ari jumaat..

Jumaat (23032012) yg mulia atok meninggalkan kami. 'Kek' itu yg di maksud kn nye. Dan atuk dah tempah kek awl2 kat kedai kek Jalan Reko. Siap bayar lagi. Kelmarin org kedai kek tu siap call suh amek kek yang atuk dah tempah ;( Sebulan sebelum dia meninggalkan kami, atuk macam tau² yang dia akan meninggalkan kami.Banyak kali dia ckp kat pak cik aku "Ayah nak pegi jauh ni.." 

Lepas dia pegi, nenek nak kemas² barang atuk terjumpa dokumen² yang atuk da asing kan utk kesenangan nenek mencari. dokumen² yang utk digunakan time dia tak ada nanti.. Bacaan tahlil pon dia da siapkan if time dia pergi tak ada siapa yang boleh bacakan, dia suruh pakcik aku baca kan. Hurmm. :(

Time aku umur macam ni, aku belum penah hilang ahli family aku lagi. dulu time kecik ada la. tpi time kecik tak tau pape. Time umur macam ni, baru aku tau betapa sakitnya hilang org tersayang. :(

Atuk kandung aku dah lama meninggal dunia. Time tu aku umur dalam 2 -3 tahun..Even atuk aku ni atuk tiri, tapi aku tetap sayang dia. Dia seorang yang sangat baik. Sangat disenangi ramai. Orang yang kenal dia tahu la dia macm mana. Sejak dia pegi aritu tak tertahan air mata aku ni berjurai jurai kuar.  Sebelum atuk di bawa ke masjid, di mandikan, di kafankan, di kebumikan sempat aku cium dahi atuk.. sejuk..;'(

Aku terkilan sangat time ari jumaat tu aku tak sempat nk jumpa dia sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir. time tu aku kt office. Mak msg dalam pkol 3.30++pm "Kak, atuk dah nazak. Akk nak pegi tgk tak.." Dapat je msg tu aku terus save kerja2 aku terus off pc n ckp ngan Boss aku, aku nak balik. Trus aku pegi spital serdang. Sampai sane dalam kol 5pm. Train lambat plus tunggu angah aku amek kat KTM Serdang. Sampai je lobby spital, Mak tepon. Kak, atuk dah tak ada.... Berjurai air mata aku......... :(

Ok aku da tak bole nak teruskan lagi. 

Al-fatihah utk atuk aku Zainudin bin Hamzah. 1941 - 2012.

Semoga atuk tenang di sana..


♥ Terima kasih sudi baca. Jangan segan silu tinggalkan komen ♥