Friday, May 29, 2009

# 248 - Tag by ATIN


Anda rase anda HOT ?
Aku HOT bila aku panas je. Panas membara dgn perangai-perangai manusia disekeliling aku?
HAHAHA


Upload photo kegemaraan anda







Mengape anda suke photo ini ?
  • ouh suke aku la nk gmbr mane pon
    =P
  • saje saje letak gmbr ni.
    tgh emo
    HAHA

    Bile kali terakhir anda makan pizza ?
    can't remember la. bile eh? Dominos's kot

    Lagu terahkir yang anda dengar ?
    Melee - Built to Last

    Ape yang anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
    tgk tv. caracara kuruskan badan. HAHA

    Selain dari name sendiri, anda suke di panggil dengan name ape ?
    Miraex!


    Tanak tag sape sape.
  • Monday, May 18, 2009

    # 246 - Tata titi tutu




    Gud Nyte Everybody!
    Ketemu lagi nanti
    Assalamualaikum







    #245 - Video Converter


    Salam korang! Nak share ngan korang sumthing lagi. Video converter. Korang donload video ke ape ke, kadang2 tak suit dgn software yg korang ada kat dlm PC or LAPTOP korang kan? Okay Video Converter ni bole convert video korang ke format AVI, MP4, 3GP. MPEG, MOV, WMV, RM, SWF, WAV, MP3 or others
    .

    Utk download video converter ni sila klik
    Video Converter
    Tutorial ni sy saje buat utk berikan kefaham lebay sket pd mereka yg nak belaja.


    1. Lepas da donload buatkan 1 folder baru utk Video converter.
    Then drag masuk zip file td ke dlm folder
    2. Klik kanan kat Zip file tu then tekan EXTRACT HERE
    3. Ok die tgh loading

    4. Akan kuar folder baru
    5. Bukak folder tu, then nmpak kan SERIAL and VIDEOCONVERTMASTER.
    klik videoconvertmaster, then akan kuar window tu. Tekan NEXT
    6. Tekan NEXT smpai korang jumpe cm dlm gmbr tu. tekan plak INSTALL


    7. Tgh loading tu
    8. Okay siap. tekan la finish tu
    9. Then akan kuar window tu. nmpak kan bulatan tu? oke tekan folder serial tu
    copy serial number. tekan enter key


    10. Masukkan serial number tu.
    11. DONE!

    Sunday, May 17, 2009

    # 244 - Kembali Menyepi buat seketika

    18 May - 19 June 2009
    *Intersesi Bermula*

    Okay tajuk macam sedih. macam je lah. hakikatnye tak sedih pon. eh ape kau merepek ni. kalau sedih cakap lah sedih. kalau tak sedih cakap lah gembira. Maaf la korang tepaksa baca ayat-ayat cinta merepek aku ni.

    Selama dua(2) minggu sebelum ini blog aku ni penuh dgn entri-entri terbaru dari aku yg suka merepek ni. Mulai esok (ISNIN) ya esok aku tidak boleh memblog dengan suka suki nya. Esok nak balik Shah Alam lah wei. (Aik?) Mengapakah membalik ke Shah Alam yg tiada apa itu? Heyy mestilah aku dah start short course(intersesi) esok. Nasib lah class pkol 2ptg esok. Pepagi esok berangkt ke Shah Alam.

    Oh ya short course yg aku ambil ini bukan kerana aku mengrepeat paper exam sem sem sebelum ini okayy. Aku mengambil subject yg aku blum ambil lagi. Susah la aku na kn terangkan kepada kalian semua. Sape yang paham tu paham lah. Sape yg tak paham tu abaikan aja. Okay? Yang penting 1 subject je utk sebulan ini.

    Class aku pkol 2-4, hari Isnin hingga Khamis. Wow mungkin bosan lah duduk umah sewa. So aku bekalkan cerita-cerita yg baru donload sepanjang cuti 2 minggu di rumah ni. Eh Jumaat tiada class bukan? Oleh itu aku bole la balik Seremban.yeayyyy best best. Itu pun kalau tiada kerja yg perlu diselesaikan. Hari Khamis lepas class trus aku balik Seremban. HAHA semacam homesick pulak.

    Tapi yang pastinya tiada update yg berjela - jela serta bergambaran di entri nnt. Bermula episod entri sebagai pelajar kembali lagi. Apa lagi kalau bukan entri berkenaan campus life, tekanan, rakan-rakan, lecturer dan sebagainya. Tapi itu lah yg best ketika bergelar seorang pelajar ketika ini. *senyum paling manis*

    So, janganlah pelik jika beliau tiada mengur sapa bersama rerakan bloggers. Maaf ya rerakan bloggers, sbb aku tak dapat jenguk blog kalian selalu lepas ni. Mungkin jenguk jenguk membaca entri korang. Utk berborak macam time aku tgh cuti ni susah siket lah kot.



    Traffic blog aku juga semakin berkurang lah lepas ini. Huuuuuuu T________T



    (Mira, knape plak tak bole nak berblogging?) Oh ya bagus soalan anda. *padahal mana ada org tanya pun* ini adalah disebabkan rumah sewa beliau tiada line internet. Dgn erti kata lain takde broadband, streamyx or wutsoever lah. HUHU kalau tiba-tiba nmpak beliau mempost entri tuh, ade lah tuh mane mane beliau merempat mencari line internet. HAHAHA kasihan bukan? Tidak perlu kasihan. sbb nnt beliau tidak membuka buku, jika line internet ada di rumah sewa beliau. HAHA padan muka kau.

    Eh kenapa aku tgk macam dah panjang entri kat atas tu *smbil memuncungkan bibir*

    okay
    FULLSTOP



    # 243 - Syurga Cinta



    Align Center




    Nak tgk cite ni
    Tgk trailer cam bes
    yg bes sbb ade budak Haziq tu
    aku suke tgk budak2 belakon
    hehe

    Friday, May 15, 2009

    # 242 - Makan malam bersama family

    Venue: Man Tom Yam
    Time: 8pm
    Banker : Angah HAHA


    Ciken cop + Ice blended chocalate
    euwww lazattt
    Sliper? motif? smpai kedai trus dok besila :D
    kaki sy size 5 (aik?)


    Abah, Mak, Angah, Kak Ana (akk Ipa), Adik
    Mlm tu angah lanje sume oke. Ailebiu lah.
    sume makan western plak kan mlm tu
    Mak & Abah | Beef stick
    Sy, Adik, Akk, Angah | Ciken Cop
    HAHA


    suda kenyang mari senyum lebar lebarrr


    pstt: Along takde time ni. cian along :(
    smoge along selamat di negara org. Along sy TLDM.
    doakan dia berada dalam keadaan SELAMAT di pulau itu.

    # 241 - Leoslyrics for Winamp

    Apekah leoslyrics ni? Maybe ada yg da sedia maklum and ada yg blum sedia maklum. aku saje nak kongsi ngan korang yg blum sedia maklum.

    Okay selalu nye kalo korang nak carik lyric mesti search kat google, yahoo etc rite?okay leoslyrics ni berfungsi utk winamp aje okay. diulangi WINAMP sahaje. Ianya berfungsi cmni, bila korang download plugin leoslyrics ni, otomatic benda ni akan di install kat winamp korang. okay la byk bunyik plak aku tepek gmbar. korang paham la nnt ok?


    FIRST pegi kat Leoslyrics.com then donwload plugin mcm gmbr atas tu
    Install mcm biasa
    *klik gmbr utk tumbesaran*



    SECOND dah donwload tuh tgk cam kt gmbr markLeoslyrics.com @ ctrl + z
    nnt kuar la lyric cm kt sblh tuh
    *klik gmbr utk tumbesaran*


    THIRD okay leoslyrics ni bole guna utk cari lyric if korang connect ngan Internet
    if tak, mmg takbole la. kalo korang nak save korang tekan kat EXPORT cm dlm gmbr tu
    nnt kuar window cm kt dlm gmbr tu. then korang tekan SAVE.
    *klik gmbr utk tumbesaran*


    FOURTH kelebihan leoslyrics ni, if korang mmg connect ngan internet,
    korang pilih je Lagu kat playlist, nnt leoslyrics akan search trus lyric lagu yg korang tgh dgr kat dlm gmbr atas tu
    *klik gmbr utk tumbesaran*

    LAST skrang korang bole melalak berkaroke dgn lagu2 korang


    psttt: hanya utk - Windows 95/98/2000/ME/NT/XP

    Minilyrics lagi bes.
    Thanks kawan kawan yg bg info! muacks!

    SELAMAT MENCUBA!


    Thursday, May 14, 2009

    # 240 - Sarawak PART II


    Actually entry ni adalah sambungan dr entry first SARAWAK. oke sesape yg rajin nk tgk entry SARAWAK PART I sile la klik SINI. Utk entry yg lepas (okay macam aku tgh buat lintas langsung dr sarawak pula) just utk 1st day trip time kat Sarawak. yg kali ini utk 2nd day kat Sarawak
    .
    ..
    ...

    BEGIN




    5 APRIL 2009/Ahad
    Kampung Budaya Sarawak/Sarawak Village Culture




    okay sblm masuk sile amek passport anda dulu (aik?) masuk rumah kebudayaan Sarawak pon ade passport? ya ya kne amek pastu kena cop bila smpai setiap umah .


    1. Rumah Orang BIDAYUH
    2. Bentuk rumah pahlawan Bidayuh
    3. Macam unggun api. di buat dlm rumah
    4. Atas unggun api tu, kat atap dlm umh tergantung tenkgkorak manusia.
    dipercayai tengkorak musuh mereka. utk menunjukkan mereka hebat.


    1.> Rumah org IBAN
    2. Bergmbar besame mamat seksi yg kiut HAHA
    3. Buai laju lajuu
    4. Pembuatan kain tersebut mengambil masa 3 bulan ke 6 bulan tah
    utk siap sepenuhnya. lama betol.


    1.Keadaan rumah org PENAN. mereka tinggal di tepi sungai.
    uma dorang cmtu jek sbb dorang hidup pindah randah.
    2. Abg penan yg tgh menyiapkan 'gitar' actually bukan 'gitar' aku tak ingt ape name die

    1. Rumah org ULU
    2. Atok ni umo da 70++ dan rosak pendengaran(sopan). Aku tanye laen die jawab laen HAHA
    benda yg die tgh maen tu mcm alat musik gak la. mcm cak lempong pon ade gak aku tgk.
    tahu ke cak lempong tu ape plak? tak tahu p la gooogleee
    3. Tinggi kan uma dorang? dipercaayai utk mengelak dr serangan musuh
    4. Pandangan dr atas rumah


    1. Bentuk rumah org MELANAU
    2. Tu permainan yg org sarawak selalu maen tu.
    ketak ketuk (ha?) aku tak tau la ape name nye.
    nak maen time ni. tp segan lah (aik?) HAHA


    1. Kat sane pun ade org melayu. lebih kurang macam melayu semenanjung
    2. tmpt bersanding org melayu sane dolu dolu. skang da moden KOT
    3. Nenek 2 org ni tgh menyanyi. lagu omputih okay. aku pon terikut nyanyi HAHA
    4. "Abg, kemana kau pergi. meninggalkan aku sendirian di kampung."(sob3)


    tu dia gunung santubong. org kate die ade sejarah sndri. macam dlm lagu Puteri Santubong tu. "puteri santubong, puteri sejinjang, penjaga gunung negeri Sarawak"
    bawah tu pantai sgttttt cantik. !!!


    Pusat Hidupan Liar Semenggoh (orang utan)


    1. Senget kan kepala anda ;P
    2. Orang utan kat sana sume ade name tau.
    korang cek la nama korang mane tau ade yg same ngan name orang utan? HAHA ;P



    Kt sini just jumpa Delima jek.
    yg laen sume tanak kuar dr utan tu. Delima ngan anak dia.
    anak dia belom bagi nama lagi coz baru lahir.
    Agak lucah gmbr yg las tu. sile tutup mate :P


    Malam di Kuching.
    Begambor kat tgh2 bandar Kuching.
    Ala hotel dpn je ngan tmpt ni HUHU

    6 APRIL 2009/ ISNIN


    Dah tiba masanya pulang ke semenanjung. Babai Sarawak. Thanks Air Asia!
    Thanks my tourist guide!

    #238 - Award plus Tag


    FIRST Award dan tag by Luna. thanks babe!



    Syarat2 menerima award ini:

    1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
  • of cz i'm a girl.

  • 2. Copy badge sebagai award anda
  • da tepek dah tuh

  • 3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
  • mendapat byk keistimewaan
  • Bole pkai mekap mekap :P
  • Bole pkai baju cantik cantik
  • da perempuan mesti ada lelaki ;)
  • Bole usha lelaki lelaki hensem. kalo lelaki usha lelaki hensem kang laen jadi nya. HAHA
  • Boleh melahirkan zuriat dan keturunan INSYAALLAH

  • 4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda
  • kpd sume followers, readers, xfollower. BUT girl only okay :)


  • SECOND Award from Ezy. Thanks babe!





    1.Copy badge "2008 Cute's blogger Award"di atas untuk diletakkan di blog anda
  • suda kan tu

    2.Link/ ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
  • her name is Ezy
  • baru kenal kanl blog ni.hope dpt keep in touch ;)
  • Dak umo bawa sy :P tp 88 je pon
  • die sgt peramah ;)
  • die blom ade bf. hehe anyone?
    3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award sterusnya (anda di-tag)
  • suda buat kot b4 ni. tayah la ea

    4.Penerima seterusnya
  • anyone who really want. copy n paste in ur blog okay ;)

  • THIRD Award from Dida.
    babe, tag and award yg same i da buat. hiks~ btw THANKS!

    Wednesday, May 13, 2009

    # 238 - Fakta Pelik seorang Mira

    Ini Fakta bukan Auta

  • Laptop beliau akan on 24jam bila berada di rumah [seremban]
  • Laptop beliau kembali sunyi bila pulang ke rumah sewa di Shah Alam dan beg laptop serta laptop tersadai di bawah meja study. buka bila perlu sahaja. kasihan kau laptop. habis madu sepah dibuang. nanges la. gua lempang mahu?
  • Beliau mempunyai masalah addicted mengonline kan diri. tak makan pon takpe
  • Beliau suka gila makan pedas. makan megi kari letop yg da pedas tu bole letak cili api 5 bijik?. oleh itu kalo masak haruslah ada pedas
  • Beliau adalah seorang yg aktif aktiviti luar ketika di bangku sekolah dlu. bkn aktif atas bangku lah. ttp aktiviti luar. mewakili sekolahh utk beberapa acara. tetapi pabila dah masok U? haram jadah pon tak masok. sb tu la makin besar beliau skrang HAHAHA
  • beliau adalah seorang perempuan yg FAIL bermaen bola jaring. sila jgn kasi beliau maen. tentu kalah
  • Beliau ada hobby baru utk bersukan. Apa ya? baling bola pastu jatuh pin kranggggg!!. tahu tak? bowling? ya butut butut.
  • Beliau tidak pernah mendapat bunga dari mana mana manusia di muka bumi ini. ya mmg btol. ini fakta bukan auta. ada sapa sapa nak bagi beliau bunga? atau anta bunga di kubur beliau nnt? HUHU
  • Beliau sgt rindukan KEM PLKN beliau di CANCUN PARK, Kelantan. Nak pegi lagi bole? tp nak org yg sama macam dlu. bole bole bole blahhhh
  • Beliau pernah menyanyi karoke 17 lagu sekali gus. rakus tak? Sape bole nyanyi skali gus cmtu? meh la bawak beliau pegi karaoke.
  • Ape lagi pelik tentang beliau? nnt la pk lagi. ade sape sape yg nak tmbah? sila sila. beliau akan membuat kajian terlebih dahulu.
  • Ok lah. Bai~!!




  • # 237 - Oh Selamat Morning

    Apekah selamat morning? merosakkan bahasa btol la ko ni mira. ish ish. okay okay Selamat Pagi sumeeeee. sape da bgn angkat tgn sile tekan coment bwh tuh HAHA. nk bfast ape ari ni?


    nasi lemak? uhh tp smbal mcm xsedap je tu? tmbah ngan milo ais
    aduhhh


    roti canai? roti tisu? roti sardin? kuah kari? smbal? dal?
    tmbah plak teh tarik. warlaaa
    [perot bekeroncong]


    roti bakar? kaya + majerin
    milo panas satuuu


    pancake? ala ala omputih
    jus?


    atau mix fruits? sesape yg tgh diet mesti mkn ni
    susu?



    disaat ini sy mahu turun ke dapor dan memasak. masak ape? tnye mak dlu hahaha
    Morning guys!!


    Tuesday, May 12, 2009

    # 236 - Lagi lagi mimpi

    salam salam salam. knape asek asek ckp pasal mimpi je ni? ko ni mmg suke berangan la mira. eheks. sukati aku la. aku suke nak ingt mimpi mimpi aku ni. sume org pon penah bermimpi kan. mimpi yg menakutkan, mimpi menyeronokkan, mimpi yg tak kan di lupekan smpai bila bila, mimpi yg menjadi kenyataan, mimpi basah opss, dan laen laen lagi lah

    macam aku, aku tak kan sesekali lupekan mimpi yg membuatkan aku taknak bgn dr tido. bole plak ade 1 hari tu. mimpi tu sweet sgt. ehem ehem. bukan mimpi basah oke. dah terjage dr tido tu. tp macam sayang nak tinggalkan mimpi tu. bole pulak? mesti la bole. tutup je mata. smbung tido blk. HAHA. ye lah mimpi tu aku tahu pasti takkan jadi kenyataan. so biarla aku mimpi je dlm tido. tiba tiba bgn dr tido jeng jeng jeng amek ko pkol 11 baru bgn. ape punye anak dara la. alah sekali sekala. ape nak kutok? kutok lah. takesah pon :P

    kalo mimpi yg menggerukan tu. tejage jek aku mula ar takut. aku ni sng terjage tgh malam. dan aku seorang yg penakot. oh pengakuan berani mati lah mira. aku ade bantal pelok yg panjang tu. korang tahu la kan. kalo otak ni da penakot. macam macam pk. nk lagi kalu tgk cte antu gula gula (toink toink tu) aku takde nye nak pelok bantal pelok tu. aku cmpak kat bawah jek. oh sgt penakot lah mira.

    mimpi oh mimpi. i will never forget that dreams. i luv u :*




    # 235 - Demi Waktu


    Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
    Yang kini hadir diantara kita
    Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
    Yang slama ini temani hidupku

    Reff:
    Maafkan aku
    Menduakan cintamu
    Berat rasa hatiku
    Tinggalkan dirinya
    Dan demi waktu
    Yang bergulir disampingmu
    Maafkanlah diriku
    Sepenuh hatimu
    Seandainya bila kubisa memilih

    Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
    Mungkin semua takkan seperti ini

    Dirimu dan dirinya kini ada dihatiku
    Membawa aku dalam kehancuran

    *reff


    Monday, May 11, 2009

    # 234 - New Layout


    On the Way
    tunggggguuuuuuuu...

    PAGE UNDER CONSTRUCTION

    UPDATE
    (6.55ptg)

    akhirnya siap juak baju baru utk blog aku ni
    fyi layout lama tu aku da guna sethn lebayy
    huuuu
    mesti readers yg dtg bace kat cni da bosan dgn layout ku ini
    tapii aku rindu layout lame tuuu
    sbb aku suke kale hitamm
    yg baru carik yg hitam yg berkenan di hati
    tak jumpa =(
    so ini lah jadi nye
    pink and baby blue
    actually aku tak minat kale soft2 cmni
    hahaha
    tapi macam ok jek
    lantak la.
    nnt kalo rajen tuka lagik
    rajen keeeeeeee
    ok tak korang baju baru ni?


    UPDATED (8.45mlm)

    Aku macam nak tuka layout lame balik lah =(


    UPDATED (11.48pm)


    YES BACK TO OLD TEMPLATES
    bahaha sengal lah Mira
    aku lebay serasi dgn warna HITAM

    # 233 - Peliknyeee buah



    tembikai petak? aku slalo jumpe bulat ngan lonjong jek


    buah ape ni? ade nmpak mcm muka org kan?


    errrr apekahh?


    cili ke ape ni?


    durian dalam durian


    psstt: sesungguhnya semua kejadian ini adalah kuasa ALLAH s.w.t