Monday, August 31, 2009

# 301 - Selamat datang Minggu yg busy



another week yg sgt busy !!!
T______T
sorry kalau lmbat or tak terreply respon kauorang sume
Maril lehat schedule minggu ni

Selasa : Submit report Strategic Management (individu)
Submit report Entreprenuership (individu)

Rabu : Test Visual Mercahndising

Khamis: Trip Current Issues
Submit Report Current Issues

Jumaat : Test Strategic Management
Presentation Entreprenuership & submit report

Sabtu : Charity event. Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong


Bai bai kauorang


Sunday, August 30, 2009

# 300 - " Mak, akak rase sore akak sedap lah "



wooot woot wooott entry aku yg ke 300 lah!
Gila banyak aku menjadi penulis selama setahon lebih ni.
kahkahkah.


Off topic!

berbalik pada topic asal

pernah tak korang bwt perangai paling annoying di depan family korang?

mcm ni mcm ni

" Mak,, nak tau tak, akk rase kan, sore akak sedap lah "

(mak bwt muka pelik, beserta abah, angah, adik dan kakak ipa juga bwt muka pelik)

" Apesal akak ckp cmtu? "

" Sbb akk rase sore akk sedap la bila nyanyi " (smbil bwt muka nk mntk penyepak)

mak bwt kenyataan yg membuatkan muka ku merah padam

" Tu la. aritu mak dgr gak ade org nyanyi. ingt kan sape nyanyi tadi. tgk2 akk yg nyanyi. tp mak diam je lah "

Kahkahkahkahkah

dan kakak ipa juga turut membwt muka seakan mengakuinye

angah? adik? sume bwt muka tak boleh blahhhh

Abah? macam biasa senyum senyum

Aku? merah padam muka smbil perasan nak menyanyi kat karoke lagi

masok AF? oh tidak sy benci itu!

Sore aku tak sedap pon weii perasan sndri jek. takat pegi karok tu bole lah.

HAHAHA

oke sekian luahan perasaan annoying sy hari ini

Bai.

Yg perasan;

# 299 - Tahu tak


Pabila msg yg masuk tertera nama dia dan msg nya hanya berbunyi

" Selamat bbuka sayang "

ia tlah membuatkan aku cukup gembira tak terkata

=)


Saturday, August 29, 2009

# 298 - Tolong bagi nama utk 6 ekor anak kucing sy bole?

Last week iaitu bersamaan 1st Ramadhan, aku dapat anak buah seramai 6 oke. 6 ekor. HAHA Ekceli time tu aku takde kt rumah. Balik cuti ni baru tau. Mak ckp, time pagi tu kucing tu da terberanak kat dpn pintu rumah. Pandai btol die carik port supaya org tahu die da bersalin. Kucing tu senarnye kami tak bela pon. kucing tu dtg sdnri. Before tu die ilang 2 ari. tetibe dtg balik umah. Pandai plak die nak duk ruma aku je. suh pegi uma seblah, mak teh aku da bagi tmpt nak besalin ape sume, die datang balik ruma aku. HEHE. Last² kan da terberanak kat dpn pintu rumah.






Skang ni anak anak kucing tu sume blum ade nama lagi.
Any suggestion name tak rakan rakan?
Name utk 6 ekor anak kucing yg tak bukak mate lagi ni.
Tali pusat pon tak tanggal lagi.
Diingatkan skali lagi beliau lahir pada 1st Ramadhan
Opinion from u guys~~




# 297 - Berbuka Puasa bersama classmate (Part 1)


Disebabkan class hari hari habis pkol 6, lepas class Visual Merchandising ari Rabu aritu, aku dan rakan rakan (Wanie, Emy, Huda, Wawa, Eton, Intan, Farah) decide utk berbuka puasa bersama sama. ekceli tak cukup korum tu. Dayah, Izwan, Sabrina tak dapat ikut kerana ada hal masing masing. So, kami berlapan je la. tu pon da cukup utk mengkecohkan suasana. Hehehe




Makanan kat kedai tu mmg maveless~! Walaupun dari luar kdai tu nmpak cam tak brape well presentation, tp maknan die sedap gila oke. Paling best smbal belacan dia. Humang aih. bedesing tlinge den. Tapi siyes sedap la. Aku suggest kan kauorang pegi la kedai ni.



Ni makanan mereka. tu tu nmpak tak smbal belacan tu? ktorang tmbah smbal belacan tu smpai 4 kali ok. Last² abg tu cam perli jek die kasi satu mangkok smbal belacan. hamek kau. HAHAHA



Ni aku order. Nasi putih + telur dadar + Sup daging.
sup daging dia. pehh ~ tabaek aku ckp lebih² tgh pose kan ni. huhu.



Gambar wajib aku ngan wanie. Hehe

So sesape student UiTM Shah Alam yg nak pegi bebuka pose tu, aku suggest pegi la bebuka kat ULEK MAYANG section 7, area pakli kopitiam, berhadapan dgn Mr Kaya dan bersebelahan dgn kedai ekonomi. Servis die pon bagus. laju je. So pegi la ye rakan rakan :)

Choww~

# 296 - Kau Tetap Milikku - The Seeds feat. Maria

Kau Tetap Milikku - The Seeds feat. Maria

Tak pernah ku terfikir
Terlintas akan terjadi
Semuanya... suratan Ilahi
Andai kau mendengarkan
Bisikan suara hatiku
Dapatkah kau memahami....?
Tak daya untukku melupakan
Telah terpahat dilubuk hatiku
Dan inginku nyatakan
ku cinta padamu...

Seluas langit terbentang
Sedalam hamparan lautan
Begitulah kasihku padamu
Seindah palu irama
Selembut gemalai tari
Membuai jiwa penuh persona
Tiada yang dapat memisahkan
Hanya takdir penentu suratan
Tak usah kau ragu
Ku jua menyintai dirimu

Namun semua itu hanyalah khayalan
Dirimu dan diriku
Tak kan mungkin kan bersatu
Andai ku sedari
Sedari dulu

Takkan ku cuba hampiri
Dirimu walau berkali
Ku cuba tuk melenyapkan
Bayangan wajahmu dan kenangan lalu
Dirimu tetap di hatiku
Kaulah yang satu
Untuk ku
Kau tetap milik ku



p/s: sooooo meaningful


Saturday, August 22, 2009

# 295 - Salam Ramadhan




Align CenterSalam Ramadhan utk sahabat, readers, silent readers, followers :)

Semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun tahun sebelum ini.

"Ya Allah, jauhkan kami dari segala hasutan yg boleh
merosakkan ibadah kami di bulan yang mulia ini"
AMIN

Ikhlas dari;

Friday, August 21, 2009

# Sambutan Merdeka - Solat Hajat beramai - ramai


Sambutan merdeka 31 August nnt why not kalau tak yah wat sambutan kat Bukit Jalil ke kat dpn Parlimen ke or kt mane mane tmpt lah. Tapi bwt Solat hajat beramai-ramai kat Stadium Bukit Jalil yg besar tuh. Berkumpul beramai - ramai sesama Islam. Memohon kepada-NYA moga dijauhkan penyakit H1N1 yg telah meragut byk nyawa di Malaysia dan si seluruh dunia sekarang..Sehingga kini statistik mencatatkan seramai 67 org meninggal dunia disebabkan positive H1N1..renung renungkanlah..


*click picture to enlarge*

Gadis prihatin;

Wednesday, August 19, 2009

# 293 - Norkiah suda kembali

Norkiah suda pulang. Seminggu ketiadaan norkiah bagaikan setahon. Hohoho
Norkiah tu tepon saye lah!
Skrang suda ada vibrate semula. Skrang suda bole 3G semula.
Oyeahhhh~


sebelum


sedang


selepas

Mencelebrate Norkiah yg suda pulang ke pangkuan sayep!
3 Set Carl's Jr? Kepale Hot sy mahu makan sume?
Mau muntah makan 3 set. Burger bapak besoo!
Bersama 2 rakan lagi lah. Wanie dan jejaka kacak! HAHA
Thanks jejaka kacak kerana memblanja kami Carl's Jr

p/s: tasaba mahu balek ruma. rendu sama family terchenta

Sunday, August 16, 2009

# 292



♥ ♥ ♥

when we started to meet somebody appreciate that moment wisely,

because we never know how longer that we can see their faces.


Lots of Love;


Friday, August 14, 2009

# 291 - BBA (HONS) Retail Management





Apekah Retail Management ? Klik sini utk maklumat lanjut. (Sebenanya saje nak promote blog retail yg aku buat tuh HAHA) Logo diatas bukanlah official logo utk Society ktorang. Just design Logo tu saje saje jee. Sy adalah student akhir (insyaallah) BBA (HONS) Retail Management, Faculty Business Management UiTM Shah Alam.

Okelah saja nak cite aktiviti sebagai Retail student ni. Kalo org tanye aku

"Retail? Retailing? ape tuh? peruncitan? bukak kedai runcit ke nnt?"

Ish ish korang ni. Please please open ur mind. Mmg tak ramai tahu pasal course Retail Management ni. Retail ni scope die bukan kecik aje oke? Retail ni scope dia la paling besar dalam business. If nak tahu lebih lanjut sila GOOGLE sndri. HAHA

Semester ni aku ada subject ENTREPRENUERSHIP yang menyebabkan kami satu class mesti menjalankan perniagaan untuk memenuhi criteria ASSESMENT MARK kami. So, kami berniaga setiap Khamis dan Jumaat di sekitar kawasan BIZMART. Oh ya ape tuh BIZMART? Bizmart tuh semacam kedai untuk kami berniaga di kawasan tu. Lebih kurang mcm tmpt practical kami sndri lah kat ctu yg disediakan oleh pihak faculty sendiri So BIZMART budak RETAIL yg conquer!. HAHAHA (gelak jahat)






Tgk lah gmbar kat atas tuh. Ramai kan? da macam pasar malam plak aku tgk. Tu time peak hour kt bizmart. mmg rmai gila. tak menang tgn nak melayan. Time ni dlm kol 12.30 - 2.00 dimana student tgh rehat dan mencari makanan kerana kelaparan. HAHA. Actually, bukan aku je yg meniaga. Area ctu ade 3 - 5 group yg bersaing untuk berniaga. So ni macam practical utk kitorang sebelum melangkah ke real business di luar sane yg penuh mencabar.



Welcome to ALE - ALE Corner ;)

Grup aku ada 5 org. 4 org gadis dan seorang jejaka. Izwan, Wanie, Sab, Dayah and aku. Ni lah kedai kami. Simple je. Just letak meja n letak barang. Promotion sket2. Ape kitorang jual? So far stakat ni, menu utama kitorang Homemade Spagheti & Ale - ale PIZZA. Then, kadang2 ktorang ade tmbah menu laen mcm Rojak Buah (kuah rojak buatan kami sendiri), Air sirap selasih. Tapi demand utk rojak buah and air sirap selasih macam kurang lah. So, kitorang decide utk focus pada Ale - ale PIZZA n Homemade Spagheti.

So far, alhamdulillah. Sambutan utk Spagheti n Pizza tu sgt memberangsangkan. One day tuh, ade sorang lecturer dtg kedai ktorang. Dalam kol 8 cmtu. time tu ktorng baru je smpai n bukak kedai. Lecturer tuh order 19 keping PIZZA skali gus. Gila tak menang tangan time tuh. Rezeki pagi pagi kan. ALHAMDULILLAH :) Tapi biasa lah. Adat meniaga kan? Kadang untung kadang rugi. Paling tak best meniaga ari Jumaat. Sbb student rmai yg dah balik. Ktorang jual dr kol 10.30 plak ari jumaat tu. coz ade class kol 8.30 - 10.20 am. Lps smayang Jumaat je mesti da tade org. Last - last kitorang yang jual ktorang yg beli. HAHA.



Click picture to enlarge

Inilah budak budak class aku. Siket? Yeah. 22 org aje. And lelaki hanya 2 og. HEHE. Meniaga mmg penat. Skang ni start meniaga, aku akan bangun kol 5 pagi utk siapkan segala benda yg perlu utk meniaga pagi tuh. Ngantok mmg ngantok. Balik je meniaga konpem tido. Takpun malam tu konpem tido awal. Siyes tacukop tido sem ni. HUHU Ape pon aku enjoy meniaga ni walaupun kadang tu mengganggu masa untuk aku study. Sem ni aku rasa paling busy lah Ni baru meniaga je. Keja keja laen yg mendatang dan yg dalam process ? Jangan cakap lah. mmg sgt bykkkkkkkkkkkkkk! (jgn mengeluh mira. dah ko tu last sem. mmg lah!)

Okay okay. Panjang suda aku becerita ni. Ade ke org baca? Ah sukati lah nak baca tanak. Just want to share my experience as a RETAIL STUDENT :) adik adik yg minat dgn BUSINESS ni disarankan apply la RETAIL MANAGEMENT time degree nnt oke? (promote nmpak)


Jumpa lagi rakan rakan. Bai!



p/s:
Time puasa nnt nak meniaga apa eh? ada cadangan tak? takan nak meniaga makanan? time utk bebuka boleh la. Tapi, bila masa nak masak? Ada class dari pagi? Ngeeee OPINION please korangg~

Wednesday, August 12, 2009

# 290 - Norkiah masok hospital sbb H1N1


NORKIAH tu HANDPHONE sy la!
Life tanpa henpon kesayangan?
ape rase? ?
gileeee lah macam tak cukup sesuatu tiap hari!
Tadi pegi Sunway Pyramid bersama 2 rakan tersayang
Anta si norkiah yg sedang sakit di NOKIA SERVICE CENTRE
huuuuu maybe dalam 2 weeks die dok dlm spital :((
i will miss norkiah very very much!
norkiah! get well soon okay??
Lepas ni bole 3G kembali dan henset ku bejoget joget kembali
Hiks~




Tadi jumpa 2 kasut yg cantik! 2-2 abes stock
tinggal yg display je? WTH? Seday!
da la tadapat makan Carl's Jr!
Sume tadapat :(
tgk org becinta je
Huhuhu




sape da tgk SETEM?
Sumpah LAWAK!
Part paling aku SUKE time mamat indon berushe utk mnggunakan bahasa KL

"sape tuuu? sebentar yeee. sayee di toilett..."

HAHAHA
bodow gila!




Ok stop. mari masak spegheti!
Tata!

p/s:
sesape yg ade no saye celcom n maxis, sile contact di maxis sahaje oke?
tepon ade satu je skrang. norkiah masok spital sbb H1N1. Kasihan beliau.

Sunday, August 9, 2009

# 289 - Lelaki oh Lelaki

Blogwalking di blog member² UiTM Segamat dlu, satu persatu entry mereka aku baca. aku tertarik dengan entry di blog RIENA. Renungkanlah wahai GADIS SI PENCINTA LELAKI.


credit; RIENA

*
**
***
**
*



dulu..
semua pun kau kata kau sayang..
semua pun kau kata kau suka..
semua pun kau kata kau cinta..
kalau kentut pun kau kate wangi..adatlah zaman bercinta..
semua pun nak manis aje..

setiap kali lepas telefon..
setiap kali lepas sms..kau akan ucap..
"i love u"
"saya sayang awk" perlu sangat kan..
kalau mula-mula dulu..tiap ari pun kau mesej..
tiap ari pun kau tepon..
ouh tak lupa jugak..ym sampai pagi pun tak ape..
demi kekasih hati kan..sanggup..~~

bila masuk bulan seterusnya..
yang si laki ni rase perempuan ini sudah jadi milik dia..
mulala kau mahu lepas lega..
nak harapkan tepon ke mesej ke memang harapan sangat la..

mula la kau kate kau sebok la..
mula la kau kate kau takde kredit la..
mula la kau kate kau penat la..
apsal mule-mule bercinta dulu takde pun kau nak bagi 1001 alasan..
mereka yang banyak buat masalah mula la nak tuduh kita..

yang gatal kita..
yang nak jual minyak kita..
yang cari pasal kita..
yang punca gadoh kita..
sume pun kita..

mereka kadang-kadang cuba menunjukkan mereka ini kuat..
mereka ini hebat..
mereka ini matang...
mereka ini bagus..
mereka ini berkuasa..
mereka ketua segala EGO..
hakikatnya...
tolong lah kembali ke realiti..





# 288 - ...


Hati ini telah byk bersabar dengan karenah karenah manusia yg membuat hati ku ditoreh toreh bagaikan menoreh pokok getah. Bertahan lah selagi termampu wahai hati.
Inilah kehidupan.


hati;

Saturday, August 8, 2009

# 287 - I miss You!


Suddenly i miss my mom so much
Home sick maybe? This week, next week tak bole balik ruma
another week? IDK :(




*dah cam gmbr banduan plak aku tgk*



sblh kanan tu mak sy. sblh kiri tu sy. same tak same tak? tang mane yg same?
tahi lalat tu yg penting. heeee.
mata mak sayep juga cokelat macam sayep. satu family sy lah mata cokelat.
btol ke ade org penah ckp kat sy, org mata cekolat ni, DEGIL? Betol ke salah?
FIRST TYME DGR ORG CKP ORG MATA COKELAT NI DEGIL.
T____T

Mak sayep cantek ! ! !
sy tacantek cam mak sy time dia muda muda. patut lah abah sy tepikat ^^
Tgk gmbr mak lame lame dlu oh seksip okay. biasalah org dulu dulu kan seksip
sy ckp kt mak sy
"mak, akk nak pkai cam mak dlu dlu ni bole? pkai skirt, ikat tocang dua. oh comel betol! "
knape eh org dlu dlu bole pkai cmtu? lagi seksip dr anak muda remaja sekarang
tapi tade pon kes kes rogol yg teruk macam sekarang kan?
pelik ke pelik?
Oh ya tersimpang pulak. Mak sy sgt lah sporting *sporting ke?*
sporting lah. mak sayep. sayep tahu lah. gile rendu lah kat mak
T________T
mak sy suka gila mendeco taman kat ruma tuh besame abahnye.
suka btol ubah ubah bunga kat tmpt laen
one day tuh mak tgk cte ERIC LEONG.
yg mendeco ruma tuh kan ade mendeco taman jugak kan? mak ckp kt sy

"Kak, masok la website eric tuh. KONON KONON akak bwt suprise kat mak, eric tuh datang wat kezutan kat mak. nnt mak belakon la mak buat buat tekejut ble eric tu dtg ruma kte"

apekah? HAHAHAA sgt comel okay mak. ekekekek
sy trus lah pegi ERIC LEONG punya website. dah downlod form utk segment deco bersama eric tuh, skali bila baca T&C segment tuh, ERIC mahukan org di LEMBAH KLANG JE.
Sungguh HAMPA okay. MAAF MAK. akak tadapat nak tunaikan hasrat mak tuh T__T

Rendu
rendu
rendu
rendu
rendu
rendu

okay rendu sgt dah nih
kalau mak baca blog neh?

Mak, Abah, dtg lah cni anak mu merindui mu (walaupon baru balik last wik)
Missing them a lot!





Luahan rasa seorang anak perempuan;





p/s: keadaan kesihatan bertambah baik. tetapi sy tidak berjumpa doc. hanya melantak ubat ;D

Thursday, August 6, 2009

# 286 - Pelajar UKM meninggal H1N1

My mom call tadi;

"Kak pegi la klinik, jumpe doctor. check demam tu. Anak jiran depan ruma baru meninggal mlm tadi. bwt posmortom doc sahkan kes H1N1"

Jiran sy perempuan umur 20thn pelajar UKM meninggal dunia malam rabu (semalam) di kolej kediaman beliau. Semoga Aarwah ditempatkan dgn org² yang beriman.

Mak sy cite, arwah mmg ade demam sblm ni. Demam, sesema, batuk cm biase je, then dah baik. Ari isnin, selasa aritu arwah tak pegi class sbb tak sehat lagi. Rabu dah sehat arwah balik kolej, malam tu terus diambil nyawaya T_T

Okay skarang sy demam, sesema dan mula sakit tekak.
Last week demam jugak. pastu da baek. skrang demam kembali
Omaigod.

T____________T

Wednesday, August 5, 2009

# 285 - Skarang bole online hari hari

Skarang sy bole on9 dgn jaya nye.
bole update blog dgn jaya nye
bole mencari assignment dgn jaya nye
bole dating ngan DIA di YM dgn jaya nye
ape yang penting?
sy bole onlineeeeeee
tayah g merempat kt MR KAYA @ KHULAFA BISTRO lagi
HAHAHA
Mekaseh broadband!
Sy sedang menggunakan



CELCOM BROADBAND
Paling murah STUDENT PACKAGE
Asalkan bole online untuk mencari bahan² assigment ku
DIA kate celcom broadband LEMBAB!
Ye lah DIA pengguna P1 W1MAX
Amek pakej yg lajuuuuuu dan MAHAL!
Na suro kte guna P1 W1MAX, sila sponsor anak Anuar ni ye?
HUHUHU

Pergi membeli Broadband di PC FAIR ujung minggu aritu
besame DIA yg byk ckp
dan mentolong settle kan broadband sy
mekasih ye syg =D


p/s: mira, expenses ko stiap bulan meningkat lagi. SO. sila beringat!!