Wednesday, September 23, 2009

# 308 - Kiddy Kiddo meow meoow


Entry Bergambar
Mereka yg sudah membesar . berusia sebulan lebay.lahir pada 1st Syawal Ramadhan
ingt kan entry yg memula dlu aku ade mntk pndapat korang name name kuceng tuh?

Haaa smpai skang aku tak bg name agik

wakakka
panggil meoww jek
Merembat camera DSLR angah aku dan mensnap gmbr gmbar meoww tu


help me help meee


tlg la saye nak kuar T___T


gambateee!


feuuwww. dapat gak kuar


menungggg


eh nak masok balik lah


nak masok kotak nak masok kotak


comel kan sayee??


mari menuju puncakk!


ibu ibuu meooww meowww


dah dah jum balik sume



Si pencinta kuceng;

Monday, September 21, 2009

# 307 - Raya Dulu dan Sekarang PART l

1. KAMPUNG

Dulu
Kalau dlu aku ingt lagi, sebelum pindah Seremban, time tu aku dok Selayang lagi. Kalau tiba time raya tuh, 2 3 hari before raya mesti da balik umah nenek aku kat Sg Buloh. Time tu la paling meriah skali. kazen² aku sume balik. Last pose tu time bebuka pose, kecoh satu rumah ngan sedara mara. Pastu tido pon melepak je kat mane² yang bole tido.

Kampung aku tak jauh. Dalam KL gak time tu. Tak de la rase balik kampung sgt macam org yg balik kg jauh². Tapi best gak. tayah pejalanan jauh². makan masa jln jauh² ni. Tp tu la tak rase sgt suasana kampung

kalau pagi raya tuh kat umah nenek aku kat sg buloh tu, org blum abes balik smayang raya lagi, mesti ade budak budak kemboja datang nak beraya. dorang tu datang sbnrnye nak duet raya jek. sape yg tukang laan budak budak tu? akuuuuu gak. ye lah aku la kakak sedara yg 2nd tua dalam cucu cucu nenek aku. kakak sedara yg paling tua da kawen. mane plak nak serve budak budak kemboja tu. Yang tak leh bah nye, budak budak tuh demand gila. makan tanak. duet raya nak. pastu siap bole balik umah tuka baju lagik. ingt aku tak cam? hampeh nye budakk.

Sekarang
Sekarang aku da pindah seremban. Umah nenek aku pon blakang umh aku je. dan sedara mara sblah mak aku sume nye area seremban. Kat taman rumah aku ni je, kalau termasuk rumah aku ktorang 3 bersaudara duduk seblah². Umah aku corner lot, umah nenek aku + mak long aku blakang umah aku corner lot gak, umah mak teh aku sblah umah aku. haaa 3 serangkai kan? Kalau org taman tu da tau dah "Tu ha uma 3 serangkai adik beradik tu". So kalau raya macam ni takde la nak balik mane² n time raya ni taman ni dimemekakkan dgn family ktorang jek.

Kalau nak balik kampung pon balik Seri Menanti je. Dapat la jugak rase pejalanan balik kampung gak. Oh ya Seri Menanti tu kampung seblah nenek aku. Nenek sedara rmai la sane. Tu yang kalo balik sane time raya ktorang begmbar sakan. ye lah tak de suasana kampung kan. so amek la gmbr byk2 time kat sane huhuhuu



2. DUET RAYA

Dulu
Dulu kecik kecik bnyk la dapat collect duet raya. Dalam sehari tu boleh dapat seratus lebih. pastu tiap masa nak mengire duet raya tuh. dapat je nak kire dpat je nak kire. Mak nak simpan kan takasi. belagak nak pegang sndrik. Pastu belagak ngan kazen kazen tanye "eh ko dpat brape duet raye? aku dpt byk...." pastu da abes raya tehegeh hegeh g bank ngan abah nak simpan duet dalam bank. Slalu dlu g Bank Simpanan Nasional jek. Dapat tabung gajah weehhh huuuu

Sekarang
Harapan la nak dapat duet raya byk byk cm dlu. Paling byk pon bole dapat seratus lebih la. tu pon yang kasik di kalangan mak cik pak cik dan family terdekat. Pegi beraya umah orang? jgn mimpi la nak dapat duet raya. kalau tak malu g la mntak. HAHA dah dpt pon tade nye nak g bank g simpan. Dah beso beso cmni, duet tu penting oh. memacam nak bli. terutama? TOPUP. KAHKAHKAH


3. RINDU ALONG SAYE!!!

Dulu
Dlu sebelom along naek kapal raya ktorang lengkap satu family. Pegi raya tuh penuh satu keta. Abah bwk Serena. Penuh la ngan adik beradik ktorang je.

Sekarang
Da lebih 5 taon along keja under MISC. so die belayar ikot kapal. Die jadi Chef dlam kapal. 1st time die belayar ikot kapal die takleh balik raya dah. Die beraya atas kapal. Tapi before raya tu mesti die ada call ke msg ke. ni da 2 tahun beturut turut Along tak beraya ngan kami. Along tak dapat cuti turun kapal. Thn ni lagi sedih tak de pekabaran langsung dri along. Kalau dlu ada la along call tanye kabar ape sume. tp thn ni maybe die kt tgh2 laut tak dapat coverage. tak dpt nak contact ktorang. Hopefully die sehat walafiat kat sana. :(( Skang ni along dah diserap masok ke dalam NAVY. Along aku jadi NAVY skang ni. Last die msg aku dlu die ckp die kat OMAN. Lepas tuh langsung tak de pekabaran dr die. Hari hari ktorang berangan along balik. kalau ade org datang kat luar tu sume ingt along balik. padahal takde pon. Huhuhu

Along kalo bace enrty akak ni call la kami. kami rindu gila ngan along :((





psttt: Smbungan Raya DULU dan SEKARANG soon!

Friday, September 18, 2009

# 306 - 10 kereta bederet eksiden



Tadi time on the way balik Seremban (abah amek) dari Shah Alam tercinta
Lebeh 10 buah keta eksiden bederet²
i mean bukan 10 keta eksiden sesame sndri
tp dr satu tmpat ke satu tmpat jarak dekat jugak la ade je la keta eksiden
mostly Melayu
time tu ujan plak
maybe sume nak laju jee smpai kampung
lupe dah jln licin sbb ujan
sbb tu jln jemmmmm
eksiden tu start dr RnR Seremban smpai la tol seremban
sepanjang jln tu ade je keta eksiden



hmmm
nak nak raya ni
macam² jadi
tlg la berhati² ketika memandu
biar lmbat asalkan selamat
Ingat lah org yg tersayang
yang mana kawan² ku nak pulang ke kampung tu
tak kira la arah utara ke selatan ke
be careful okay?
Semoga perjalanan anda selamat
Selamat pergi dan selamat pulang

Di kesempatan ini nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA KORANG SUME

Sorry kalau ada tersalah kata
terkasar bahasa
terlanjur perbuatan
0 - 0 ya?
^__^


Yang Ikhlas;

Wednesday, September 16, 2009

# 305 - Masih di SHAH ALAM


Untuk pengetahuan rakan rakan sekalian, sy masih lagi di shah alam
walaupun esk ngan jumaat sy mmg dah TAKDE CLASS
tapi disebabkan ASSIGNMENT TUUUUUUUUUUUU kne anta
hari jumaat pada jam 10.30 pagi di bilik lecturer tuuuuuuuuuuuuu
face to face dgn lecturer tuuuuuuuuu
kerana beliau akan tick nama sape yg anta sape yg tak anta
"kenapa tak anta awal?"
TIDAK BOLEH
Syarat lecturer tuuuuuuuuuuuuu
anta pada hari JUMAAT jam 10.30pagi di bilik beliau.
Anta AWAL kena TOLAK MARKAH okayy
Anta LAMBAT pon kena TOLAK MARKAH
Apekah????
:pandacloud_13:



Yang bingung;

Friday, September 11, 2009

# 304 - Cek dari NUFFNANG!




memula dapat email ni dr NUFFNANG






pastu dapat ni =D

macam duet raya lah kan
HAHAHA

Yang suka;

Thursday, September 10, 2009

# 303 - Berbuka Puasa bersama classmate (Part 2)

Sape penah berbuka puasa di DATARAN SHAH ALAM?
petang tadi baru first time aku ngan beberapa org classmate buke pose kat ctu
siyes rmai gila b'buka kat ctu
bli makanan kat bazar pastuh bawak makanan ke sana
ade yg bwt cam reunion plak kat ctu
cam wat kenduri pon ada
HAHAHA
tapi mmg meriah la time tu
NEXT TIME ADA LAGI
xcukup korum lagi rakan rakan ku itu
so ape lagi?
mari rakan rakann

mari layan gmbar :D


beberapa minit sblm azan maghrib


Bissmillahirrahmanirrahim
Mari berbuka puasaaa




masing masing dah kenyang


Farah n me :D


Huda and me :D


kemas tikar kemas sampah sampah


ape lagi mase utk balik laaa

Oh friends i u all!!
Mwahxx!

Sunday, September 6, 2009

# 302 - Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong

Date: 5 September 2009
Venue: Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong
Theme: One For All, All For One

A Day with Orphans

Tersentuh hatiku bila menjejakkan kaki ke rumah anak yatim tu. Walaupun keadaan rumah itu dah agak sempurna kerana bantuan orang rmai, tapi tersentuh hati ku pabila melihat adik-adik kecil yg kehilangan ayah atau ibu mereka. Aku bersyukur sangat² kerana mempunyai Mak dan Abah yg sgt penyanyang.

Program kami bermula dari jam 11 pagi kami smpai disana sehingga lah berbuka puasa. sepanjang disana, aku ada berborak dgn beberapa kanak-kanak disana. Setiap daripada mereka mempunyai latar belakang ang berbeza. Yang paling tua kat situ dalam lingkungan umur 16 dan 17 tahun dan yang paling kecil adalah 5 tahun.

Paling aku tersentuh bila tgk seorang anak kecil berumur 5 tahun bernama Fathih telah dibuang drpada keluarga. Menurut cerita yang aku dgr, Fathih adalah anak org Iban dan beragama Kristian ketika belum memasuki Rumah ini. Jiran Fathih yg baik hati telah menghantar Fathih ke rumah ini kerana tak mampu nak menjaga Fathih sedangkan mereka juga hidup susah. Fathih telah meghuni dirumah itu sejak dari umur dia 2thn lagi. Sekarang Fathih dah 5 thn. Petah bercakap.

Fathih hepi dapat keropok.
"Akak, nak keropok.. nak 3 tau. dorang makan keropok, Fathih takde pon"
"Akak..nak air kotak.. nak kakk"


Org tgh sibuk masak donut die pon nak gak
"Akak, Fathih lapa"
comel!



Bermaen gusti tgn dgn ktorang
"Akak, Fathih kuat. sume org kalah. Fathih makan cili, sbb tu Fathih kuat.
Tgk tgn Fathih ni, kena pisau tapi tak mati pun
"
Rindu nye kat budak ni :(


Fathih tak posee!!
"Ala, Fathih kecik lagi. ALLAH tak marah kalu Fathih tak puasa.
Kawan2 Fathih pon tak puasa. Fathih pon tak puasa la.
"
Ish budak ni. petah btol becakap

Banyak yg aku nak ceritakan disini, tapi macam panjang sangat nnt. Mmg aku focus dkt Fathih je. Sesungguhnya budak tu sgt bijak walaupun sgt hyperactive. Rindu Fathih :(

For u'all information, for the past 2 months before Ramadhan, Rumal Amal Limpahan Kasih ini telah diuji dgn makanan yg tidak mencukupi utk 200 org budak-budak kat ctu. menurut cerita ustazah kat situ, mereka mencatu maknana, hari2 berlaukkan telur. Alhamdulilah Ramadhan ni rezeki dorang melimpah ruah. Ramai yang datang bagi sumbangan. Time aku datang tu pon sekitar kawasan rumah tu penuh dgn org rmai yg datang memberi sumbangan.

Ini baru rumah anak yatim yg dah byk diberi sumbangan, agaknye mcm mana la org-org yg tidak berkemampuan kat luar sana yg tak diberikan perhatian? macam ni pon aku da boleh menitiskan air mata, ni kan lagi pergi ke rumah anak yatim laen yg lebih daif? Wallahualam...