Monday, June 7, 2010

Pengalaman Interview kerja buat pertama kalinya


Pagi pagi lagi aku da bgn awal besiap nak g interview. Memandangkan interview start kol 10.30 aku kne smpai kat sane around kol 10.

Bangun je pagi, aku rasa sejuk semacam. Celik je mata, aku bukak tingkap, hujan lebat! Omaigod. Aku terus call dia, ckp yg ujan lebat gle. Cmne nak g? Aku da tak tentu arah dah ni. Dgn tak prepare sgt utk interview tu. Mana taknya. Pagi Khamis aku apply secara atas talian, tiba tiba gadis suara comel tu call aku. "Do you Intrested?" eh of coz la. kalau tak aku tak apply kan?

Jadi, gadis comel tuh suh aku datang interview keesokan hari nya iaitu pada hari Jumaat. Mesti ada kat tempat kejadian stengah jam awal. So kol 10 mesti ada kat sana. Interview kat mana? bangunan bangunan pejabat around Midval. Co ape? biarlah rasia. :D

Ok berbalik kepada perjalanan yg mencabar aku untuk smpai ke tmpt interview. Kol 8 dia da smpai nak amek aku. Hujan sgt lebat. i repeated, sgt lebat. Nak tak nak redah jugak. Aku pkai sweater, tuka suar, bwk suar spare.

Smpai area mana tah hujan benti. tp time tu suar aku da basah kuyup dah. Truskan je pejalanan. Sbb da bawak suar spare. baju nasib dicover dgn sweater. Tak basah. Smpai je sane around 9.30 pagi. Pegi toilet trus salin ape patut, touch-up mekap sket². DONE. perut kelaparan mintak di isi. Trus g mapley n melantak ala kadar. Lepas makan aku sakit perot plak. Fuh. Sakit perot sbb makan tu + nervess yuuuu.

Dah settle sume truskan naik ke bangunan tingkat 15. Ofis tu tingkat 15. Siap kne pakai pas lagi nak naik. Jantung da bedegup kencang da ni. Nafas da turun naik. Cool mira cool. Masok masok je pejabat tuh, jumpe gadis kat depan ofis tu. ape di panggil ? Penyambut tetamu? Ye la tu kot. Gadis tu suh isi borang kuneng. Dah settle sume tu, tetibe nama ku dipanggil. Eerrr.

Da masuk dalam bilik tu, Chinese girl interview aku. One by one je. Sesi interview tu pun tak de la formal sgt. So aku pun tak de la cuak sgt dlm tu. Alhamdulillah. Sumenye berjalan lancar. Time aku on the way nak balik umah, dorang call aku

"Hello miss Amira, regarding your interview today, you are shorlisted for second interview"

alhamdulillah. 2nd interview dalam minggu ni. Tp lepas ni manager dorng lak interview aku -_-'. hari tu HR die yg interview. Fuhhhhh.

Takde ape lah. Interview je pun. Cool la.

2 comments:

  1. mlNTk ala kadar ye..roti telur 1 karipap 3..hambik ko

    ReplyDelete
  2. Eh hellooo encek abg..tlg siket yee.. sy order roti telur ngan air bali suam saje. awk yg order karipap 3 ketul tu. pastu awk tibai 2 ketul. sy makan seketul je kan... bwekkk!

    ReplyDelete

This is best brooooooo!