Sunday, July 25, 2010

Review Japanese Movie - Koizoro

Hello peepss! Long time no seee yahh. Hihihi. I kembali dgn review japanese movie plak. I nak cakap kat u ollss i tak penah penah tgk movie menangis gila babeng tau. tapi movie ni membuatkan air mata i tak tertahan tahan nak keluar. ish malu btul mata ni. nasib i tgk sorang sorang. tutup lampu. wah macam dalam wayang lah.

okay okay continue dgn review movie ni yaa.


Mika seorang gadis pemalu yg innocent. tak da boyfriend. berkawan dgn 2 org kawan beliau yang sedang mencari boyfriend. kawan beliau tah tak ingt nama minat kat sorang boy ni. stylo lah katanya. Boy tu bernama Wann. But Wann tu lebih berminat kat Mika. Tp Mika syg kan kawan dia n tak layan langsung Wann tu. But then satu insiden yg menyebabkan Mika terlanggar dgn Hiro. Boy yg penuh misteri. Kacakkss. Rmbut stylo abess.

One day tu handphone Mika ilang. Dia cari dalam class sume tmpat takda. but then dia teringat kat Library. berlari ke library n Mika terdengar bunyi handphone. Taraaa da jumpe pon hp dia. Tp org laen yg letak situ. and ada lelaki misteri call Mika. n erase all contact number dlm phone Mika. Hari hari Mika diganggu dgn panggilan lelaki tersebut. smpai Mika jatuh cinta dgn lelaki tersebut. tpi Mika tak tahu sapa lelaki tu. Time birthday Mika, lelaki tu ajak jumpa. sblm tu Mika da byk kali ajak lelaki tu jumpa coz nak tahu sape lelaki misteri tu yg dah buat dia jatuh cinta. first love la katakan.

Dipendekkan cerita, Mika & Hiro menjadi pasangan yg mencintai antara satu sama lain. Hiro sanggup buat apa saja utk Mika. Kalo ada org buli Mika, siap la mmg kne belasah ngan Hiro. ada scene yg Mika kena rogol dgn sekumpulan lelaki yg diupah oleh ex-gf Hiro. SAKI. Dorang sume kne belasah teru ngan HIRO. termasok la SAKI tu kne belasah ngan Kakak Hiro. One day tu, Saki bwt gila dia ngan tulis kat papan hitam sume class kat skolah tu, ckp yg Mika ni da tak suci la. daripada sume org tak tahu yg Mika ni penah kne rogol sume pandang serong kat Mika. Smpai la Hiro dtg menyelamat kan. Hiro pegi kt setiap class mengamok² n padam sume perkataan yg Saki tulis kat papan hitam tu. kat setiap class okayy. Hiro sgt sayanggg kat Mika.


Mika pregnant anak Hiro. Mika bg tahu Hiro. Mula² Mika ingt Hiro tak dapat trima. sbb lepas je dia ckp kat Hiro, Hiro trus blah. Lari kemana tah. Tapi Mika tetap tunggu Hiro kat restoran tu smpai restoran tu nak tutup. Mika pun berangkat nak balik. Tiba² Hiro datang bwk hadiah. Hiro sgt gembiraaa Mika mengandungkan anak dia. Tapi baby dalam kandungan tak hidup lama. Mika keguguran sbbkan oleh SAKI. Saki tolak Mika smpai jatuh dari tangga. Mika and Hiro sedih sgt². Dorang tmptkan kenangan anak dorang kat satu tmpt tu. Dorang berjanji akan datang setiap tahun pada tarikh yg sama utk memperingati anak dorang.


One day tu, Hiro berubah. Dia selalu tak datang sekolah. dia selalu bwt masalah. Mika pegi umah Hiro. tanya kat kakak Hiro kenapa Hiro jadi macam tu. Kakak Hiro kata, mungkin Hiro masih tak dapat trima kenyataan yg anak dia dah takda. Perangai Hiro semakin berubah. Hiro ada perempuan lain. Hiro mintak break-up. Kesian kat Mika. tiap hari dia menunggu Hiro. setiap hari dia berdoa yg Hiro akan kembali padanya. Setiap tahun Mika berharap akan berjumpa Hiro kat tmpt memperingati anak dorang.

*iklan jap-i pendekkan cita smpai kt scene yg i nangis gila gila*

pada tahun yg ke-4. Mika pegi melawat tmpt memeringati anak dorang dan berharap Hiro ada kat ctu. tpi bukan Hiro yg ada kat ctu. tpi kawan baik Hiro. Wann. Wann yg membongkar kan segala nya. kenapa Hiro bwt maam tu kat Mika, n kenapa Hiro tak datang pada tahun ke-4 utk mempringati anak dorang. Hiro sakit!! sakit cancer dan tak dapat hidup lama. Sepanjang perpisahan dorang, Hiro tak penah lupakan Mika. Hiro still pakai cincin couple dorang. even murah skali pun. Hiro tetap curi curi tgk Mika. Mika yg tak tahu.

Mika terus pegi ke hospital dan melawat Hiro. Sejak pada tu Mika sanggup berhenti sekolah semata mata nak menjaga dan menema Hiro kat hospital. Hiro tahu dia takkan hidup lama. Hari hari gmbr Mika akan Hiro amek guna camera dia. Pada hari yg Hiro dah tak boleh nak hidup, Mika tak tahu. Tapi Mika pergi ke tmpt bersembahyang dorang dan berdoa supaya Hiro tak tinggalkan dia dan berharap Hiro akan sembuh seperi sedia kala. Dan pada ketika itu jugak, Mika mendpat panggilan dari mak Hiro yg megatakan Hiro dah nazak. Mika berlari sepuas puasnya utk berjumpa Hiro sebelum Hiro menghembuskan nafasnya yg terakhir.

Mika tahu dia tak sempat nak smpai ke hospital. Teknologi mengatasi segalanya. Mika video call (3G) Hiro. Kakak Hiro yg angkat. n halakan phone tu kat Hiro. *part ni mmg i nangis gila gila* Akhirnya Hiro pergi jua dgn kata kata terakhir kt Mika. "Mika, senyum Mika.. I love you Mika" dan Mika pun tersenyum, Hiro pun menghembuskan nafas dia yg terakhir.

okay i rasa nak nangis plak. ape pun korang tgk la movie ni. maybe korang ada yg dah tgk cita ni lama dlu. i sbnrnya dah ada cita ni lama da dalam laptop. tp blum sempat tgk je lagi.
oh Hiro, oh Mika. U olss make me cryyyyyyyyy!



oh my Mr Ayd, I love you so much. U will do everything for me, just like Hiro.
I love you damn much honey!

2 comments:

  1. npew carik dalam ares xde pown citer nie????

    ReplyDelete
  2. takde ek? hehe tah akk pun tak tau mane akk donload. da lame da cte ni. aween nk? nnt akk kasi okay?

    ReplyDelete

This is best brooooooo!