Sunday, August 15, 2010

ini baru la 1MALAYSIA; berbuka beramai² dalam KTM Komuter


mementang nak Merdeka 31st August ni, entry nak patriotik saje.

okay okay aku nak story cite yg tak bape basi lah kan. ari jumaat lepas punya cerita. iaitu bersamaan dgn 3 ramadhan. aku balik seremban lepas balik keje. balik keje dah pkol 5.30, jln laju² nak amek lrt putra kt KLCC tu, smpai KL Sentral. time kat putra tu boleh tahan lagi la rmai nye. sbb kan tren byk kan. so macam tak sesak sgt.

smpai je KL Sentral, dalam 5.55pm cmtu, aku trus g beli tiket tren ktm ke Seremban. Time tu mmg dah rmai gila manusia kat KL Sentral. sesak! dah bli tiket g la mynews.com nak bli air utk berbuka nnt. mmg sah sah aku berbuka dalam tren. coz perjalanan dari KL Sentral - Seremban mengambil masa dalam 1jam 40 minit. So bli 2 air botol mineral n blah trus g ktm. turun je kat platform. perghhh rmai nak mampos + baru je belepas tren ke seremban. next tren just smpai bangi je. so kne tunggu the next tren pkol 6.50pm. Time tu aku tgk jam br 6.15pm. omaigod. lama gila nak tunggu. konpem² aku smpai seremban dalam 8.40pm.

masanya da tiba. tren smpai. berasak asak la manusia masuk dalam perut tren tu. thanks god sbb KTM Komuter ada Ladies coach. kalau takda, konpem aku tak naek. seriously padat macam tin sardin i tell u. nak begerak pun tak boleh. then ada 3 chinese girl around me. they are sooo nice. why? sbb ada 1 malay girl yg lassttt skali masok dlm perut tren tu, n macam nak tesepit lah kan. but then that chinese girl tarik malay girl tu n pelok kuat² bagi masok muat² dlm tren. Thanks god dia tak tersepit. then aku dgr chinese girl n that malay girl borak². skali dorang pun nak balik seremban jugak la. ada la geng aku. tp aku senyap je. sb aku mmg ada susah sket nak becakap ngan org yg aku kenal ni. oyya, that malay girl beli McD. walaweyh bau dia. T_____T


tepat jam 7.28pm, staff ktm bwt announcement yg masoklah waktu berbuka utk kami sume yg padat dalam tren. time tu aku macam.... wow. sume berbuka dgn penuh sederhana dan berkongsi maknan yg mereka bawa. n non malay dalam tren tu aku tgk mereka semua teruja. that chinese girl speaking dalam chinese la kan, tp aku tahu dorang ckp pasal ktroang berbuka. yaaa. they all seem like terujaaa. n i feel soooo tak tahu nak cakap :) ini baru lah 1MALAYSIA kan?

berbuka pose bukan sahaje berkongsi makanan sesame muslim, but non muslim pun dipelawa makan jugak. aku berbuka apa? just air mineral je yg dapat aku capai dalam beg. melegakan tekak. da tak terasa lapar plak time tu. tp malay girl dpn aku offer fries mekdi kat aku. eh segan i :') tp dari situ kami start borak borak borak borak smpai lah seremban. junior fact aku kat UiTM Shah Alam rupanya. taking degree in operation management. our topic mestilah pasal study + uitm + practical + thesis. hehe memandangkan dia skang sem 5 so bersiap sedia utk practical nnt. oyya, dia nak balik alor gajah. pity her ada class smpai kol 6 hari jumaat. naek tren smpai Seremban then amek bas ke Alor Gajah.

sedang leka borak borak borak ngan that malay girl, tetibe chinese girl tadi jerit, "kakak, kakak, jgn bediri kat pintu." at that time pintu nak terbukak coz benti kat station bangi. and dia trus tarik aku n beg aku. sooo nice rite? :)

tulah serba sedikit journey aku nak balik ek Seremban dalam KTM Komuter :)

sape eh nama that malay girl tu? lupa plak nak tanya sbb leka berborak. Hihi. Smoga dia selamat smpai ke Alor Gajah n gud luck in her test this monday!

thanks also to 3 chinese girl for being soo nice :)

I'm pround being a Malaysian Citizen

p/s
: tak sempat nak captured gmbr time berbuka tu. i feeeeell sooo teruja :)

1 comment:

  1. perjalanan yang sgt berpengalaman..eheheh...alhamdulilah..semua berjalan lancar

    ReplyDelete

This is best brooooooo!