Saturday, October 2, 2010

Berpindah Randah a.k.a Nomad II

28 June 2010 - present

Ok smbungan dari last entry, berakhirnya memory kat MPH@SACC, aku berpindah ke Ampang pulak. Ampang kenapa Ampang? Sbb aku dapat job kat Hq Marks & Spencer kt Etiqa tower blakang KLCC tu. As a product assistant. At first mmg aku suka duduk ampang. tp da sebulan aku rase penat sgt nak pegi balik keja. Sbb jem sgt² kat jln ampang tu. nak lagi lalun tu je la bus lalu nak g klcc. So mmg sesak jln ampang tu. bosan dok dalam bas lama². 

Aku peruntukkan masa 2 jam time nak smpai ofis. sejam utk aku bersiap siap, gosok baju ape sume kan. then sejam lagi perjalanan saje. macam dah boleh balik Seremban dah kan? Seriously penat sgt 2 bln kat sana. Mekasih kat Encek kekasih sbb dia la yg slalu anta sy pegi  and balik keja. Thank you sooo much syg.

Then boss ckp ofis kena pindah ke MidValley pulak. Time tu aku macam. Ergh tak tau nak kata apa. Nak pindah rumah lagi? Takkan aku nak ulang alik dari Midv - Ampang - Midv? Lagiiiiiiiii jauh! Aku decide carik umah sewa baru lagi. yg dekat² dgn MidV. Bangsar? Kerinchi, Pantai Dalam, Jln Klang Lama? Zzzzzzzz

Pemandangan dari  etiqa towers

Jln Pinang


nak jugak interpramee

This is Raihan betafakur :P

Terasa di awang awangan
Swimming fool pool. Hotel sblah opis. hari hari cuci mata tgk org swimming
Proses pindah opis
kesepahan kelampauan kepindahan keofisan

Proses mencari umah tu satu hal lagi. nak pegi tgk rumah lagi. Mekasih byk byk kat Encek kekasih sbb tlg kekasih ati dia ni mencari rumah sewa baru. Dia la yg byk google umah sewa kt Mudah.my. n several web utk umah/blk utk disewa. At last aku dpt blk sewa kat Jln Klang lama. Sumpah aku tak penah smpai jln klang lama b4 ni. Harga bilik kau tak yah tanya la berapa. kalau takda 200++ sebulan dalam tgn tak payah duduk cni. mmg average harga macam tu. berkorban je laa. Haaaaaaaaaaaaa

Ofis plak bepindah kat Centre South, boulevard, midvalley city. heh kat mana plak tu? ha. tahu starbucks kat midv tu? tahu laluan nk g the gardens? ha kat ctu ada laluan nak naek ke ofis. eh nk explain pun tak tau la. heh heh heh. (?) makin best la aku nak mencuci mata soping2. Makin abes la duet. macam mane nak beli kereta ni? ops.

aku sukaaaaaa duduk cni. nak menetap cni lama lama la. Environment kat sni lagi best dari kat ampang. kat sni tenang je. sgt privacy. walaupun agak lama nak tunggu bas kan. sbb bas 1 je yg lalu kat kawasan ni. tp takpe dekat sgt nak g ofis. 10 minit je nak smpai ofis. he he he. housemate pun best. org kampung den jugak. nogori. wee. 

oh ya, kami bercadang nak pasang streamyx. he he he bye bye la celcom. tamat la riwayat kau tak lama lagi.


psttt; welcome to midvalley city!

3 comments:

This is best brooooooo!