Tuesday, December 21, 2010

Kemalangan Simpang Pulai, kemalangan terburuk. Alhamdulillah aku selamat smpai KL


Ya allah. Tu je yang aku dapat cakap lepas baca berita ni. Kejadian ni berlaku semalam. 20/12/2010. Aku baru je balik dari Taiping menghadiri wedding member aku Ahad 19/12/2010. Perjalanan kami melalui Simpang Pulai ni. On the way balik tu mmg jem. tapi bkn disebabkan eksiden. tpi ada lori rosak kat tepi jalan and ade keta rosak. Jln jem gilaa. Tup tup berita kuar pasal kemalangan terburuk ni. Mengucap panjang aku. Alhamdulillah perjalanan kami selamat pegi dan selamat pulang. 

Sumber dari Berita Harian Online


27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highlands terbunuh

SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.
Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal. 

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. 
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI


  • 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai


  • 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan


  • 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan


  • 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup 


  • 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan


  • 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan 


  • 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba


  • 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan


  • 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan 


  • 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula 


  • 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai


  • -----------------------------------------------------------------------------------------------------

    Takziah kepada semua keluarga yg meninggal dunia. Drive carefully ya korang. Nyawa anda adalah sangat berharga.



    2 comments:

    1. syukur alhamdulillah mira selamat sampai..
      hikmah truck rosak. kalo tak..lajo je kome tu kan?
      hehehehehe....

      ReplyDelete
    2. Thanks kak. ha tu la pasal. kalo tak mmg pecut laju je. alhamdulillah tak ape2 :)

      ReplyDelete

    This is best brooooooo!