Sunday, August 29, 2010

Celcom broadband hidden charge or extra charge?


Entry kali ni berkisarkan luahan hati seorang customer yg menggunakan Celcom Broadband. 


Ingt tak entry ni? Boleh online hari hari ? Sy terpanggil utk kuarkan entry ni selepas sy pun mempunyai rasa yg sama dgn Rara Walaupun story dia lain siket, tp the main point is, HARGA CELCOM BROADBAND.

Setelah setahun dan beberapa hari sy menggunakan celcom broadband ni, sy tak kesah pun  pasal bil. sbb bil bil sebelum ni mmg fixed. takde extra charge. betol la kate amoi yg serve sy mula mula sy beli broadband ni dlu. dia kata mmg takde extra charge.Okay sy pecaya kata kata amoi tu. First bil sy tgk ok. fixed. second bil pon fixed. dan la bil bil seterusnya. 

FYI sy menggunakan Student package. so every month sy just akan bayar RM50/month. NO EXTRA CHARGE. I repeated, NO EXTRA CHARGE as wut they promise.Student package hanya boleh digunakan smpai 25 tahun sahaje. So sy ada lagi 2 tahun utk menggunakan student package ni.

Sy tak penah la complain ape ape kat Celcom kan sepanjang setahun lebih sy guna broadband ni. Slow tu biasa la kan. Tpi takde la slow sgt. Kadang kadang je time puncak mmg la slow yg amat. Da kate paling mura kan. Student package ni standard kelajuan nye same dgn yg package RM68/month. So kalau stakat nak on9 biase² tu no hal lah. 

Sy start amek Celcom broadband ni time blaja lagi. Time tu decide nak amek broadband sbb mmg susah sgt nak bwt assignment yg kne menggunakan khidmat pakcik tenet utk mencari bahan assignment. So selalu la sy ngan roomate pegi merempat kat mapley area sec 7 Shah Alam tu. Fav place ktorang Mr Kaya or Khulafa Bistro. Smpai la time pc fair last year, decide nak amek celcom broadband ni. knape sy amek celcom? sbb byk feedback yg sy dapat bepuas hati dgn harga n service dorang. so sy amek la celcom. n so far okay la. tp kadang macam gila jugak la ta dapat line. Grrrrr

Smpai la kelmarin Jumaat-27 Aug 2010 sy pegi la bayar bil broadband kat KLCC. kat tngkat bawah berhadapan dgn Roti Boy yg sedaps gilaasss bauss diaasss. zaaaaassss. 

Macam biasa, amek no beratur tunggu no dipanggil. Tiba tiba kakak yg mekap tebal tu kata 

"Total RM52++ bape sen tah." eh sy macam tekejut la kan. 

"kak kenapa ade 2 hengget lebih tu plak? sblm ni sy bayar 50 hengget jek tak de plak 2 hengget plus plus tuh" 

pastu kakak mekap tebal tu ckp 

"2hengget plus plus tu utk bil statement yg dihantar ke rumah

sy macamm errr 

"oh ye ke? tp sbm ni tak de pulak kak. ade je sy dapat bil tu kat rumah?" 

pastu kakak mekap tebal tu ckp lagi 

"bil statement tu stat 1st Aug baru ada charge

sy macam nak meyumpah² pun ada kan. 

"pastu macam mane kalo sy tanak bil statement tu dihantar ke rumah?" 

"adik boleh call celcom care line ckp kat dorang tanak bil tu. adik nak bwt e-billing."

macam tu pulak?

lepas abes je sy bayar gedebuk gedebak sy cukupkan RM53 sy pun blah dari situ. Pegi tepon careline utk activekan E-billing.

Truutt truttt (phone conversation)

"hello celcom careline bla bla bla, bole sy bantu?" tah sape nama mamat tu sy lupe la plak.

"Hello sy nak tanya pasal E-billing. tadi sy baru je pegi bayar bil broadband, then dari bil sy tu ada extra charge yg utk bil tu. then org kat kdai tu kata suh call careline utk active kan E-billing."

"Oh macam tu. macam ni cik mira, nak activekan e-billing tu cik kena pergi celcom branch utk active kan. dorang yg boleh active kan e-billing tu"

sy macam.. pulak? pegi kat branch tu dia kata suh call careline, call careline suh g branch active kan?

"Tapi tadi sy pegi branch tu kata suh call careline utk active kan?"

"Tak cik. kalau dulu mmg sy akui, careline yg active kan e-billing utk customer, tp kami dah dapat arahan utk tidak activekan e-billing utk customer. celcom branch yg spatutnya active kan e-billing utk customer. Dorang kat branch sepatut nya tahu pasal ni. sy pun pelik kenapa dorang tak tahu"

"Oh ye ke. takpe la kalau mcam tu. nnt sy pegi branch la active kan e-billing"

-end of conversation- (perbualan di atas tidak lah 100% macam ape time tu. tp itu la isi isi perbualan dgn mereka.)

so sy da macam panas la kan. sni kata sana, sana kata sini. time tu baru balik keje pulak. takde la masa nak patah balik g branch nak tanye pasal tu. 


So sy sebagai pengguna celcom brodband dan kekasih ati juga menggunakan celcom broadband dan dia punya bil pun ada extra charge utk bil tu, sgt la tidak berpuas ati dgn extra charge utk bil statement tu.

sbb ape?

sbb dah setahun sy guna celcom bordband ni. dah setahun juga sy dpat bil statement tu. takdeeeeeeeeeeee pun kne extra chargeee. kalo iye pun nak charge utk bil statement tu, bg tahu customer awal awal. takde la customer bertindak mengeluarkan entry macam gini.

walaupun RM2++ kalau 10 customer tak puas ati macam sy ni? byk kan jadi nye? 

jgn mereka sume switch ke another broadband pulak yerks.. 



Sunday, August 15, 2010

Nur 'Aaliyah




Anak buah pertama saye.


*will update soon

ini baru la 1MALAYSIA; berbuka beramai² dalam KTM Komuter


mementang nak Merdeka 31st August ni, entry nak patriotik saje.

okay okay aku nak story cite yg tak bape basi lah kan. ari jumaat lepas punya cerita. iaitu bersamaan dgn 3 ramadhan. aku balik seremban lepas balik keje. balik keje dah pkol 5.30, jln laju² nak amek lrt putra kt KLCC tu, smpai KL Sentral. time kat putra tu boleh tahan lagi la rmai nye. sbb kan tren byk kan. so macam tak sesak sgt.

smpai je KL Sentral, dalam 5.55pm cmtu, aku trus g beli tiket tren ktm ke Seremban. Time tu mmg dah rmai gila manusia kat KL Sentral. sesak! dah bli tiket g la mynews.com nak bli air utk berbuka nnt. mmg sah sah aku berbuka dalam tren. coz perjalanan dari KL Sentral - Seremban mengambil masa dalam 1jam 40 minit. So bli 2 air botol mineral n blah trus g ktm. turun je kat platform. perghhh rmai nak mampos + baru je belepas tren ke seremban. next tren just smpai bangi je. so kne tunggu the next tren pkol 6.50pm. Time tu aku tgk jam br 6.15pm. omaigod. lama gila nak tunggu. konpem² aku smpai seremban dalam 8.40pm.

masanya da tiba. tren smpai. berasak asak la manusia masuk dalam perut tren tu. thanks god sbb KTM Komuter ada Ladies coach. kalau takda, konpem aku tak naek. seriously padat macam tin sardin i tell u. nak begerak pun tak boleh. then ada 3 chinese girl around me. they are sooo nice. why? sbb ada 1 malay girl yg lassttt skali masok dlm perut tren tu, n macam nak tesepit lah kan. but then that chinese girl tarik malay girl tu n pelok kuat² bagi masok muat² dlm tren. Thanks god dia tak tersepit. then aku dgr chinese girl n that malay girl borak². skali dorang pun nak balik seremban jugak la. ada la geng aku. tp aku senyap je. sb aku mmg ada susah sket nak becakap ngan org yg aku kenal ni. oyya, that malay girl beli McD. walaweyh bau dia. T_____T


tepat jam 7.28pm, staff ktm bwt announcement yg masoklah waktu berbuka utk kami sume yg padat dalam tren. time tu aku macam.... wow. sume berbuka dgn penuh sederhana dan berkongsi maknan yg mereka bawa. n non malay dalam tren tu aku tgk mereka semua teruja. that chinese girl speaking dalam chinese la kan, tp aku tahu dorang ckp pasal ktroang berbuka. yaaa. they all seem like terujaaa. n i feel soooo tak tahu nak cakap :) ini baru lah 1MALAYSIA kan?

berbuka pose bukan sahaje berkongsi makanan sesame muslim, but non muslim pun dipelawa makan jugak. aku berbuka apa? just air mineral je yg dapat aku capai dalam beg. melegakan tekak. da tak terasa lapar plak time tu. tp malay girl dpn aku offer fries mekdi kat aku. eh segan i :') tp dari situ kami start borak borak borak borak smpai lah seremban. junior fact aku kat UiTM Shah Alam rupanya. taking degree in operation management. our topic mestilah pasal study + uitm + practical + thesis. hehe memandangkan dia skang sem 5 so bersiap sedia utk practical nnt. oyya, dia nak balik alor gajah. pity her ada class smpai kol 6 hari jumaat. naek tren smpai Seremban then amek bas ke Alor Gajah.

sedang leka borak borak borak ngan that malay girl, tetibe chinese girl tadi jerit, "kakak, kakak, jgn bediri kat pintu." at that time pintu nak terbukak coz benti kat station bangi. and dia trus tarik aku n beg aku. sooo nice rite? :)

tulah serba sedikit journey aku nak balik ek Seremban dalam KTM Komuter :)

sape eh nama that malay girl tu? lupa plak nak tanya sbb leka berborak. Hihi. Smoga dia selamat smpai ke Alor Gajah n gud luck in her test this monday!

thanks also to 3 chinese girl for being soo nice :)

I'm pround being a Malaysian Citizen

p/s
: tak sempat nak captured gmbr time berbuka tu. i feeeeell sooo teruja :)

Nur 'Aaliyah Abdul Halim



Inilah anak buah yg tersayang.

Sblm ni kan sy ade story pasal anak buah sy yg 1st ni kan? haa ni la beru bekesempatan begmbr dgn baby. Sy suka kacao dia tido. ngeh ngeh. tahu tak dia kan kecik lagi kan. mane tahu nak maen kan, tp sy suka kacau dia tido suh dia maen. HAHA. sbb tu sy belikan permainan yg cam dlm gmbr tu. letak kat atas kepala dia, pastu ada menda goyang². Heeee. tp dia ppndai jugak tau. tebeliak mata tgk mende goyang² tu. Hihihi Actually nak beli baju, tp baju kejap je dia bole pakai. sbb baby kan cepat membesar :)



Time nak pilih nama dia kan, macam conflict kat ctu. takde ah conflict mana pun. Actually nak bagi nama Aqilah kalo tak silap. tapi, kakak sedara punya anak dah ada nama Aqilah, so mcm dah double kat ctu. Then Nur 'Aaliyah bt Abdul Halim lah nama diberi :)

Pastu kan, Liya ni suke mandi tau. dia mandi tak nangis siket pun. bila wan dia mandi kan, wan dia tu mak sy la. die suka isap tgn wan dia. comel!. tapi bila dia lapaaaaaaaaaa. hamek kau. suara dia. fuhhh..owh btw, mama dia tak bape sehat lagi. cz time nak lahirkan Liya, kena ceaser. coz liya tanak pusing. means kepala tak kebawah. noty tau liya. dok maen dlm perut mama die je.

Utk Kak Ana;
Cepat sembuh tau. Jgn jln byk sgt.. nak raya ni. nnt kte bole g jalan raya bwk Liya. hehehe. Get well soon kakak! :)



Utk Angah;
Angah da jadi papa la. macam tak caye je. seganas ganas angah ni angah yg kawen dlu. Hihihi. Smoge menjadi papa yg mithali. Macam comel je bila tgk angah tuka pampers Liya. macam masih tak percaya angah dah ada anak. HAHAH.



1st picture dgn baby.
ada ciri² jadi mama tak?
tgk gaya pegang baby tu.
ecewah.

One more thing, Liya ni suke tgk tv. kalo letak kat dpn tv, wah mata die ngarah ke TV je. maybe calour² kan. interest dia kat ctu. budak kecik kan. colour² merangsang minda mereka. eceh. tak smpat nak snap gmbr dia tgk tv. heeee.

"Hye Liya! Mak Lang post story pasal liya kat blog mak lang.
nnt liya da besar, da umur 10 thn, Mak Lang tunjukkan liya blog Mak Lang.
Ok sayang?"
Semoga Nur 'Aaliyah Abdul Halim membesar dgn sehat dan cergas.
Semoga menjadi anak yang solehah.
Jgn noty².
Aminn.
:)

With ;
Mak Lang

Wednesday, August 11, 2010

Only u.

Di kala ku kehilangan

Di dalam kegelapan

Kau suluhkan sinar petunjuk

Di kala ku kesedihan

Kau ukirkan senyuman


Di kala aku tak pasti

Kau tampil dengan berani

Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan

Kau berikan jawapan

Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

=)

Sunday, August 8, 2010

Weekend yang....

Weekend yang superbbb!



ok bai.






Hihihi






Khamis ptg aku da cabut balik somban. balik keje terusssssssss berangkat pulang ke kampung halaman. Da la kene bediri dari kl sentral smpai Nilai. demmm! patah bahu aku aku. *ok tipu* menonton budak dpn aku tido kepala pusing pusing. sumpah klaka. tahan gelak sbb mak die ada kat sblah dia. HAHAHA. *ok tak lawak pun*

smpai rumah je happening sungguh. riuh 1 umah. satu family lengkap. angah aku pun balik bersama wife n the baby. suka tgk abah n mak gelak gelak macam tu. nmpak mereka sungguhhh happy melihat anak anak mereka pulang *kesat air mata*


Jumaat pulak. wake up in the morning like a YPJ *nyanyi* ok setop. bangun pagi pagi mengemas rumah. persiapan untuk kenduri esk nye. tgh tgh bekemas tu tiba tiba terlintas dan spontan ckp 'nak pegi melaka la' terusss mentalipon encek ady dan mensuarakan hasrat tersebut. dan terus memujuk omak dan abah meminta kebenaran untuk ke sana. *merajuk sbb mula mula tak dapat pegi* dann tghari tu dapat pegi juga akhirnya. hihi

walaupun dah ptg smpai sana. teruskan jua perjalanan. nasib seremban - melaka dekat je. heh. duet mengalir laju macam air. HAHA. mementang baru dapat gaji. sronok je aku soping kan. baju² kasut² beg² tu menghasut aku utk membeli dorang. alah. macam mane aku nak soping kat sg wang plak ni? da terlebih budget ni. T______T time otw balik dr melaka tu mmg la byk² bedoa sbb telebih masa nk balik. suka tgk dia time tu. hihi comell!

Sabtu. Kenduri menymbut puasa. 2 days to go before puasa. sdara mara rmai balik. dah lama tak rasa suasana macam tu. best.! aku syg kazen² aku. sume da besar panjang. sume da bwt hal masing masing. kalo yg dulunye betepuk tmpar begurau senda sekarang sume da bwt hal masing masing.

menu time kenduri mmg style abes. daging salai gulai kuning, ikan keli masak merah, sayur cmpur, pajeri nenas, ikan masin, smbal belacan. heh. senget truss. as usual, bila ada bwt kenduri or makan² kat umah, sedara mara datang mesti bwk makanan dorang. especially kueh mueh. so pelbagai kueh mueh la ada time tu. oyyaaa. skrang kan tgh musim durian? mak plak bwt kuah durian dan pulut. so jadi bubur durian + pulut. lagii senget. pehhhh.

Ahad. rancangan dan program yg tidak siapa siapa pun tahu. dan program ini mengejutkan rmai pihak. terutama nya kepada sedara mara terdekat dan sahabat handai. heh bunyik macam series je. ye ye. aku series ni.

program pergi merisik bagi pihak Along aku. hihi. pes tyme la aku pegi merisik merisik ni. ekceli aku dah tahu dah pasal along aku n kakak comel tu. along nak sorok sorok la konon. ngan adikmu ni tapayah la sorok². adikmu ni tahu saje. nasib la kali ni adikmu pandai mensimpan rasie tanpa dirasuah dgn apa². HAHAHA. Thank u kat Mak ngah n Pak ngah sbb teman kami pergi rombongan merisik kabar ni. kalao tak, lagi nebes la abah. the next step isss? the engagement. wow.

tiba tiba aku jeless. T_______T



pengumuman:
mulai hari ni, dgn secara rasmi nya sy melantik diri sy sendri untuk menjadi PA kepada Along sy secara PERCUMA. ;P

Friday, August 6, 2010

Lempeng pisang VS Pancake



Lempeng pisang

Korang korang korang makan lempeng tak? Aku macam ngidam nak makan lempeng pisang bape minggu dah. Mak ngan abah punye pasal la ni. Aritu ada bawak aku g b'fast makan lemepeng kan kedai area umah ni. Nak makan benda lain tp macam bosan da asek makan benda yg same. Tgk plak ade lempeng. lain dari yang lain kan? hehe


Pancake

Lempeng yg simple dan murah tu pun kalo dah dijual kat kedai kedai mahal seperti San Francisco, harga dah jadi melampau lampau. RM9++ termasuk air. dan dgn nama glamer nye PANKCAKE. weheeee. Aku macam pelik la tgk org org yg beli PANCAKE mahal tu. Terutama orang MELAYU. Macam klaka kan. Lempeng RM9++ Maybe ada yg istimewa kot?

Lempeng dan Pancake is actually the same thing rite? cuma rupe je la pancake cantik sket terbentuk je (sbb byk tepung). Lempeng plak macam tak semenggah sket rupanye. tapi lagi sodap dari Pancake yg byk tepung tuu.

Kalo tanya kat budak budak bandar sekarang ni tah kenal ke tak dgn makanan tradisional kampung ni.?

Ok lah perut da bunyik bunyik mari masak lempeng pisanggg~



Monday, August 2, 2010

The 'A'




Nama sape yang start dgn huruf A?
angkat tangan sket.
ha ok ok. bagus bagus.
Ape best nya nama bermula dgn huruf A?
dan apa tak best nya nama bermula dgn huruf A?

Nama sy sendri pun start dgn huruf 'A'
Amirah.
that's it.
Simple, short and sweet.
HAHAHAHA

Bila pegi tmpt² baru or nak daftar tmpt² baru ke ape ke kan, orang orang tu suka suka tmbah nama sy. suka suka je letak 'Nur Amirah' suka suka je letak 'Siti Amirah' marah jugak la kan bila nama kte di tukar suka suka hati. Then bila ckp, 'nama i takde 'nur/siti' la. Amirah je.' bole dia ckp 'pendeknya nama?' Ha'ah nama pendek je. Nama panjang panjang pun at last panggil nama pendek (nick name) jugak kan?. tgkla skrang nama yg sedia pendek ni pun dipendekkan lagi menjadi Mira. wuwuwuwuw~

Time time skola/u dlu paling la menyampah time benda benda penting macam exam ke presentation ke lect mesti nak ikut alphabetical order. sy la orang pertama yg kenaaa. kalo time time da mmg btol btol besedia tak kesah la kan. dapat plak time tak besedia mampuhhh. redha je la.

Tapi yang best nye boleh abes cepat. i mean kalo macam nk pegi daftar ke ape ke kan dorang slalu guna alphabetical order. so cepat la aku abes. nak lagi time nak dpt loan PTPTN dlu, org org nama 'A' la dpat dlu berbanding dgn nama 'Z' hihihi

Dulu kan time sy darjah 6, time UPSR tau. sy nakal siket. nakal siket je. time exam UPSR tu kan, sy duduk blakang budak pandai tau. budak pndai tu pun nama dia 'A' la kan. sapa nama dia mane boleh bg tahu. hihihi. pastu kan time paper ape tah sy tak ingt, tp sy macam tertiru jawapan dia. sbb dia angkat ketas jawapan tinggi tinggi sape suruh. sy boleh nmpak lah dari blakang. nakal kan sy? HAHAHA.

Family sy pun sumeeeee bermula dgn huruf A.

Abah: Anuar
Mak: Azirah
Along: Amiruddin
Angah: Abdul Halim
Sy: Amirah
Adik: Akmal Hazim

we are the family of 'A'. coool kan?
*tiba tiba je*

bakal husband *insyallah* sy pun huruf A jugak. hihihi

i love love loveeeeeeee my name ;)
thank you mak/abah!

so guys what's ur name?

Sunday, August 1, 2010

Sekejap je da sebulan



Well, dah sebulan rupanya aku mencari rezeki kat KL ni. Kota metropolitan yang penuh dgn pancaroba. eceh. Pergi kerja balik kerja aku rasa macam aku bukan duduk kat negara sendiri. Kiri kanan depan blakang aku warga asing. Yaa ampang ni rmai warga asing (?) tak kira la indon ke, minah/pak arab ke. sume ada la. btol² 1MALAYSIA gua cakap lu. Even kt condo yang aku duduk ni pun boleh dkatakan rmai orang asing yg menetap kt sni. macam macam ada la.

okay, berbalik kepada tujuan asal entry ni, macam mana keadaan aku kerja kat sana? ya environment aku majoriti chinese. 1st thought is not the same as wut u have now. dorang sungguh nice. tmpt aku ada 3 org je malay termasuk aku. the malay guy tu mmg da lama keja kat ctu. product manager for mens department lagi. how great he is rite?

well, aku ditugaskan untuk menjaga 3 department. kids, lingerie and toiletries department. 1st week tu mmg aku blurr gila ape yg aku kne bwt. bcoz i need to learn/remember those task yg kena guna software/excel. okay hari hari gua mengadap excel okay. tu la time blaja dlu benci sgt excel. btol la org tua² cakap. kau benci sesuatu at last kau akan jatuh cinta dgn apa yg kau benci tu. hamek kau. love love love excel soo much much! denggg!~


my boss is soooo nice u knoww. well, i kan org bawahan saje. so dalam department i, ada 3 org termasuk i, my product manager, assistant buyer n i as product asisstant. kenapa tiba tiba kau gedik ber'i' ni? heh sumpah gile nok. ok ok berbalik pada story of my boss, she train me well. dia sungguh nice. hari tu dia pegi UK for a week, she bought me M&S bag. there you go..

love love love
aku suka kerja cni sbb time keja dia cam relaks sket la. office hour 9.30 - 6.30. except monday 8.30 - 5.30. i hate monday coz kena bangun awaaaaaaaaal. i love love love monday coz balik 5.30 hihihi. weekend cotiii. tu yg paling penting. bole relaks² balik kg halaman kg halaman ke(?) pegi dating dgn buah hati pegi lepak lepak tgk movie. woooo heavennn doww.

ekceli, aku keja cni contract je for 6 months. means smpai ujung tahun ni je la. then if performance okay n ada kekosongan they all akn serap masuk jadi permanent staff. hopefully i will be there for a long time. AMIN. because of i ni contract je then first month i got my salary by cheque. huhuhu


baru je aku pindah ampang aritu kan? 3rd week of September, a week after Raya i need to move to mid-valley area. why why? our office berpindah ke mid-valley. kesian i kan? pindah randah tu penat tau. so now tgh dalam dilema mau renting kat area mid-v or duduk saje di seremban (?) ulang alik seremban - midv. okay this one i will story later n need ur opinion guys!



this is me first week kat cni. baju kurung yaw? well every week 1 or 2 days aku akan pkai baju kurung. or not aku pkai biasa² je. hari jumaat paling sempoi. bole pkai sooo casual. no need kemeja/slack. or proper attire. hiks.

ok guyss now Marks & Spencer tgh bwt further Mark down. soooo murah okay. so pegi la outlet Marks & Spencer yg berhampiran dgn anda. KLCC/The Garden/One Utama/Sunway Pyramid.

Let's shoppingg!