Tuesday, October 12, 2010

I need ur help Bloggers

Sticky entry. Scroll down for the latest entry yaaa.


Halu halu bloggers. I need ur help here. I tgh nak update link blogger² kt blog i yg tak comel ni. Smlm nak blog walking, tekan kat link² yang ada tu byk yang dah tak boleh guna. Dah lama i ta update link² tu. Can you please help me to drop ur blog link here, so i can add ur link into my blog? and yet i can blogwalking to ur blog too ;)

Drop ur blog link here please.

Pleasee yaaa
Tenkiuuu
:)

Ex-PLKN Cancun Park, Pasir Mas, Kelantan


Tahun 2005, kami sume sume di sini. 



NOW!


Tahun 2010. tahun ni la kan, 091010 kami betemu kembali. Nak bwt reunion ni bukan senang tau. i repeat bukan senang. Bukan senang nak kumpulkan SEMUA. bukan senang nak contact balik rakan rakan time kat kem. Bukan senang nak invite sorang sorang. bukan senang lah senang cite.

At last terlaksana jugak reunion ni. Thanks kepada organizer fara@bunny. Kalau nak harapkan hamba allah sorang tu, mmg tak la kan. Beriye suruh bwt, tak kesah la bila, tapi sendiri tak datang. hampas gas. Yg dia tahu mengarah je. Hello. Bukan dkt kem lagi lah nk mengarah arah org.~

Sebulan kot plan sume ni and cari contact balik nak kumpulkan sume, sedih wooooh invite tak dtg. kan bunny? kan bella? At last just 7org je dtg. Jadilah kan? yg laen masing masing ada hal. tp ada la sorang tu kan, boleh pulakkk tak bgn tido smpai kol 12tghari? hampeh btol si rashid ni. 5org gadis dan 2 org jejaka.

Deyyana, Bella, Ima, Me, Pau, Fara, Halim
Just have fun kt TGI Friday tu. TGI tu dah macam tmpt ktorang. Macam ada share pulak. dr 1.30pm smpai nak dekat pukul 6pm ktorang lepak situ. 





So this is our game. Basically sume task yg ktorang dpt sume yg berkaitan dgn Kem PLKN Cancun Park.

Pau; nyanyi lagu love song kat TGI tu. time tgh² rmai org tu
Ima; mntk no fon any guy kat TGI tuh. mmg slumber :P
Bunny; ugly truth-who's ur crush? hihi
Dd; paling senang, motto cancun park dulu, jerit kuat² style komandan
Bella; artis of the day. kne make up dgn profesional make up artis. pau gabuss.
Halim; Minum air yg masam gila nak mati dalam masa 3 minit smpai dia macam nak nanges nak balik rumah n bg tu mak dia. HAHAHA
Aku? : demmm kne bwt exercise tgh2 org rmai tuh. star jump, tts, golek² tgn demm

5 gadis
2 jejaka
borak borak borak. mengingat kisah silam. org tu skandel ngan org ni. budak tu kawtim ngan jurulatih melepak kat luar kem. padahal time tu kena dendaa. sesat dalam utan tak kuar kuar. pengsan time kena bebel ngan komandan. menyelam dalam air selut busuk. maen kejar kejar dgn skendel. berebut makanan time supper. kawad tgh² ujan lebat. HAHAHA. omaigoddd. takan lupe smpai bila² la pengalaman kt kem tu.


Comel kan button tu? :)
Tunggu bella amek.
Thanks Bella pick up i kat KTM Kepong Sentral.

thanks to TGI Friday The Curve sbb tak halau kitorang
HAHA

Thanks guysss. U make my dayy :)

p/s; Lepas ni bwt reunion lagi pnggil rmai² okay? masih rmai yg nak pegi but then masing² suddenly ada hal. It's okay guyss. Ada masa kita jumpa lagi ya :)!

Monday, October 4, 2010

Kek batik kek batik

hari tu kan kan first time aku buat kek batik sendiri. again sendiri. sebelum ni penah buat tapi hanya menjadi pembantu saje tapi kali ni hasil air tangan aku sepenuhnya suka suka suka. sbb apa aku suka? sbb first time aku masak utk kekasih hati. wiwit wiwit. tu pun nak bangga. orang laen dah masak macam macam utk kekasih hati. biar la biar laaa. bwek.

hari tu balik keja aku macam pikir ape aku nak buat balik ni. cadangnye nak kuar ngan  Ady. Tpi kekasih ku sorang tu busy dgn FYP dia. so aku pun pegi la carefour kat midv tu pegi beli barang barang yg sepatutnya utk membuat kek batik kan. kenapa carefour midv? sbb aku kan eje kat midv balik keje aku pegi la terus beli kat bawah tu. mula mula pegi jusco skali ape tah barang yg takda kat ctu. aku dah angkot byk², skali satu item tuh tade. aku blah je letak bakul kat tepi shelf tu HA HA HA.

Balik je rumah around 8pm sumthing. thanks a lot kat officemate ku Raihan sbb tlg antar aku blk rumah. kalau balik sndri mmg tak la kan. mengheret barang barang tuh. sampai sampai rumah on latpop connect tenet terus bukak belog Liyana Ainul utk mentengok resepi kek batik. aku dah lama tgk resepi tu belom sempat nak buat je. bizi la. eceh eceh. poyo la kauuu. T___T

dengan penuh kasih sayang aku masak. dan hasilnya :) boleh la kan. walaupun keras siket. sbb aku telebih besekut marie tu. HI HI HI ^_^


walaupun 2 hari lepas tarikh atas tu baru aku jumpe ady. punye la setia menanti. tak usik langsung kek batik yg aku buat utk dia tu. Ha ha ha. Kat FB yg komen sume tnye baked ape. aku tak cakap pon. sbb segan. Ha ha ha

"Terbaek dr ladang mesekut syg"
"so bole celen kakak kakak ayg tak?"
"Blom lg!. HAHAHA"

T_____T

 Awal awal mensuarakan hasrat nak buat kek batik ni dulu dah kena down ngan Ady. Katanye kakak kakak dia punya kek batik mmg terbaik. kalau boleh celen mmg hebat lah. Ada ke patut? ciskek punya boipren. 

Tapi takpa. Masih berpuas hati dgn hasil kerja tgn sendiri. 

Mana gmbar? tade. telupe nak snap. he he he



Lepas ni nak masak lain pulak :D




Sunday, October 3, 2010

Masalah pagi pagi sebelum pegi kerja



"Apa baju aku nak pakai ni? smlm dah pkai baju ni kelmarin da pkai baju tu. tudung plak? tudung ape nak pakai? tudung tu sesuai ke ngan baju ni?  kasut yg ada tu matching tak ngan baju nak pakai ni? Baju tu kena gosok baju ni tayah gosok tapi tak kena plak ngan baju tu
bla bla bla bla bla bla......"

Tu la antara benda benda yg bermain di pikiran kau orang kau orang sume bila pagi pagi bangun nak pegi keja. btol tak btol tak? tayah tipuuu. ala bukan org yg pegi keja je pikir kan benda alah tu sume. kau orang kau orang yg blaja kat IPTA/IPTS tu pon sama kan kan? Tapi kan tapi kan aku rasa kebanyakannya masalah ni terjadi kepada kaum kaum hawa je kot (?) Sbb mmg aku alami masalah ni. Ha ha ha

Tapi lain la kalau tmpt keja kau orang or tmpt blaja kau orang ada baju rasmi sendri atau dengan kata lainnya uniform tmpt tu sendri kaaannn? tapayah nak pikir pkai baju apa baju pon tak payah nak beli banyak banyak sbb konon nya nak jaga image tanak pakai baju yg sama tiap minggu ceeeeeeeeehhhh kau ingt kau artis kahh? heh heh heh

tapi aku lagi suka kalo tmpt aku keja tu ada uniform sendiri. seriousssssssssssly senang je aku nak besiap pegi keja. macam aku keja kat MPH dlu tapayah aku nak pikir pakai baju apa. tapi tapi pikir jgak, "nk pkai tudung itam/putih yg mana ni?" pikiiiiiiiiiiiiirrrr jugakk! Ha ha ha ha ha


 Kalau ikutkan baju kat wardrobe tu melambak lambak tapi macam rasa baju tu baru pakai baju ni baru pkai eh nak pkai baju apa lagi ni benda benda ni sume la buat aku lambat besiap pegi keja HA HA HA HA padahal ada je baju yg boleh pakai. sbb tu aku memperuntukkan eceh memperuntukkan tu macam memperuntukkan perbelanjaan pulak eh tersalah topik sambung memperuntukkan masa SEJAM utk bersiap ke kantor. bila menda ni terjadi yakni ape mende yakni ni pulak alah yakni tu iaitu la berpikir kemaen lama utk pakai baju ape selalunya aku end up dgn baju yang tapayah gosooooooook. sbb kang amek baju yang kena gosok satu hal lagi nak gosok amek masa lagi kat situ baik tak payah end up dgn selekeh nye aku pegi keja HA HA HA

pengajaran daripada cerita, cerita ke? 
sila lambakkan baju anda malam sblm pegi keja dan pilih yg terbaik serta gosok sekali baju yang nak pakai tapayah tekocoh kocoh esok pagi nak pakai baju apa

skrang dah pukol 10.30pm. besok  isnin, kau orang sume dah pikir nk pakai baju ape ke?

aku?

belom. 

Bai.




The Engagement

 

Selamat bertunang Amirah. Okay itu tipu. gmbr ats tu dah mmg sah sah tunjuk bukan aku yg memakai seperti orang bertunang. Sape gadis si cantik molek dalam gambar ituw? Jejaka² kat luar sane sila jauhi niat anda utk berkenalan dgn gadis ituw. dan juga gadis yg memakai baju purple ituw juga sudah berpunya. heh heh heh. (kenapa gelak macam kambeng?)

Okay okay cukup cukup nak merepek tu. Selamat bertunang kepada along ku a.k.a encek Amiruddin a.k.a Popeye (?) bersama kakak cantik molek Kak Shima. (clap clap clap). Kak Shima cantik weh. Jeles aku T____T da la kuwus. cantik pulak tu. bertuah along. Tapi kan along npe along makin gemu ni? Ops. Coti 3 bulan kan ape tak nye kan kan. Pastu baru la tanya adikmu yg da kurus siket ni pasal Herbalife kan. Hihihi.

Tersenyum lebar nmpak long?
Kak shima ayu + comel + cantik. Jeles T___T (?)
Cincin disarungkan ke jari manis

Sama cantik sama padan. Popeye (?) the sailorman tut tutt
Kenapa popeye di sailorman tut tut? Sbb along berkeja di atas kapal. 3 4 5 bulan dia atas kapal di atas laut n 1 2 bulan kat atas darat. serupa macam popeye di sailorman.  kesian kak shima. tapi kan popeye tu kurus dan gagah. tp along ku gagah je. ops along jangan mara. T_____T.


Penyatuan 2 buah keluarga
Tiba tiba baru tahu yg ada sorang adik kak shima ni satu skolah ngan aku dulu. heh heh heh. tpi tak rapat la kan. just kenal muka je. ye la. kan aku dok selayang dlu. along plak dpt org selayang. kembali ke selayang la nmpak nye. heh heh heh


Hasil kekreatipan makcik makcik ku. cantik!

Kek ni sedap gila. homemade nye kek. mak cik kak shima yg bwt. sdapp.!
Kepada along dan kak shima, cepat² siket nikah/besanding. Nak tempah baju cantik² ni. hihihi along cepat² sket turun kapal blk nnt.make sure da kuwus okey? heh heh heh. Thn depan kejap je lagi. Tak saba nye. eh mcam aku plak nak kawen kan. Hah hah hah. 


Who's next? ^________________^ ~






credit to pakcik ku utk gmbr² di atas. :D

Saturday, October 2, 2010

Majlis cukur remos liya + open haus

Cukur remos liyaaa
Mak bersama cucunye.
Sompat laei begmbar tu
Tetamu tetama (?)

best nye dia tidoo
Kumpulan marhaban
Baby Liya bersama wan, mak wan and her mama
Kambing golek is ready to serve with black pepper sauce!
Cik nini

Cousin <3

Syaziela & the geng ;)
  • Aqiqah + cukur jambul + tahlil + open house
  • Sangat rmai tetamu yg hadir. ALHAMDULILLAH.
  • Hujan sgt lebat ketika majlis cukur remos liya
  • Catering sgt lembs. janji pkol 12. pkol 3 baru smpai? apekah?
  • First time aku tgk macam mana baby gurl bersunat. Sumpah sakit T______T. Slalu bersunat kat klinik je kan? ni cara tradisional. ergh. tp liya nanges kejap je?
  • Peak hour 3-5 ptg. Mmg tak cukup kaki kesana kemari melayan tetamu
  • Thanks to Wanie dan pasangannya fuad. Sedondon bebaju purple.Dah macam org baru kawen. cepat2 siket kawen. heh heh heh ;D
  • Thanks to Tabul tab dan pasangannya Kamal. aku tak saba tunggu saat itu tab.! sronoknyeee. pasti aku akan smpai dgn ady oke? :) tak sempat nak amek gmbr ngan ko! :(
  • Thanks to Syaziela n the geng. hee sori aku lupa la nama lagi 2 org kawan kau tu. thankk sgt² sbb dtg. walaupun sesat².



Terima kasih byk byk kepada semua yg hadir :)
credit to my uncle for the pics :)

Berpindah Randah a.k.a Nomad II

28 June 2010 - present

Ok smbungan dari last entry, berakhirnya memory kat MPH@SACC, aku berpindah ke Ampang pulak. Ampang kenapa Ampang? Sbb aku dapat job kat Hq Marks & Spencer kt Etiqa tower blakang KLCC tu. As a product assistant. At first mmg aku suka duduk ampang. tp da sebulan aku rase penat sgt nak pegi balik keja. Sbb jem sgt² kat jln ampang tu. nak lagi lalun tu je la bus lalu nak g klcc. So mmg sesak jln ampang tu. bosan dok dalam bas lama². 

Aku peruntukkan masa 2 jam time nak smpai ofis. sejam utk aku bersiap siap, gosok baju ape sume kan. then sejam lagi perjalanan saje. macam dah boleh balik Seremban dah kan? Seriously penat sgt 2 bln kat sana. Mekasih kat Encek kekasih sbb dia la yg slalu anta sy pegi  and balik keja. Thank you sooo much syg.

Then boss ckp ofis kena pindah ke MidValley pulak. Time tu aku macam. Ergh tak tau nak kata apa. Nak pindah rumah lagi? Takkan aku nak ulang alik dari Midv - Ampang - Midv? Lagiiiiiiiii jauh! Aku decide carik umah sewa baru lagi. yg dekat² dgn MidV. Bangsar? Kerinchi, Pantai Dalam, Jln Klang Lama? Zzzzzzzz

Pemandangan dari  etiqa towers

Jln Pinang


nak jugak interpramee

This is Raihan betafakur :P

Terasa di awang awangan
Swimming fool pool. Hotel sblah opis. hari hari cuci mata tgk org swimming
Proses pindah opis
kesepahan kelampauan kepindahan keofisan

Proses mencari umah tu satu hal lagi. nak pegi tgk rumah lagi. Mekasih byk byk kat Encek kekasih sbb tlg kekasih ati dia ni mencari rumah sewa baru. Dia la yg byk google umah sewa kt Mudah.my. n several web utk umah/blk utk disewa. At last aku dpt blk sewa kat Jln Klang lama. Sumpah aku tak penah smpai jln klang lama b4 ni. Harga bilik kau tak yah tanya la berapa. kalau takda 200++ sebulan dalam tgn tak payah duduk cni. mmg average harga macam tu. berkorban je laa. Haaaaaaaaaaaaa

Ofis plak bepindah kat Centre South, boulevard, midvalley city. heh kat mana plak tu? ha. tahu starbucks kat midv tu? tahu laluan nk g the gardens? ha kat ctu ada laluan nak naek ke ofis. eh nk explain pun tak tau la. heh heh heh. (?) makin best la aku nak mencuci mata soping2. Makin abes la duet. macam mane nak beli kereta ni? ops.

aku sukaaaaaa duduk cni. nak menetap cni lama lama la. Environment kat sni lagi best dari kat ampang. kat sni tenang je. sgt privacy. walaupun agak lama nak tunggu bas kan. sbb bas 1 je yg lalu kat kawasan ni. tp takpe dekat sgt nak g ofis. 10 minit je nak smpai ofis. he he he. housemate pun best. org kampung den jugak. nogori. wee. 

oh ya, kami bercadang nak pasang streamyx. he he he bye bye la celcom. tamat la riwayat kau tak lama lagi.


psttt; welcome to midvalley city!

Berpindah Randah a.k.a Nomad

Berpindah randah atau dgn nama laen nye nomad. Tu la yg aku alami sekarang. Hidup aku asek pindah randah je. Pecaye takk tahun ni je aku da behijrah ke 3 tmpt berasingan dan 3 kediaman berasingan dan berkerja di 3 tmpt berlainan. er. tmpt keje tu tipu. 2 keje je thn ni.

7 Dis 2009 - 17 June 2010 
Pengalaman yg takkan aku lupekan smpai bila². Aku sgt seronok berkerja kat MPH@SACC Shah Alam. Selanjutnye kisah aku kat MPH@SACC bole bace kat sini ye MPH@SACC in memory.

Lame dah aku tak update blog ni. kemalasan melampau bersama internet yg slow macam harem menjatuhkan smgt aku nak udate blog dgn suka ria nye. heh. so layan je la cte da basi ni yek :D

Time pose ari tu aku bekesempatan la berbuka pose bersama mereka. Walaupun kejap je jumpe dorang, tp sgt hepi. rindu sgt ngan dorang. Time tu kak long, kak ct, jo n beberapa budak praktikal je yg keje. Abg Kamal, abg din n kak zai cuti. Ingt kan kak zai ade. sedih je Then ex-staff MPH pun dtg jugak. Berkumpul lah kami. Megat, Nad n aku. Kerol x dpt dtg. blk kg lak die. Baha yg coti pun dtg jugak. Thanks Baha!. 

Mari layan gmbr
Me, Kak Long, Nad, Kak Ct, Joe, Megat, Bahar.

staff, ex-staff, staff, ex-staff, ex-staff
Rindu korang. Kak Zai takde pun ;(
Bakal bisnesman practice merasmikan kedai ;P

Hooo pic time buka pose tade. sume melantak tak hingat nak amek gmbr. hoho thanks kak long for the Satay! Wiwit, kak long pregnant. weeeeeee Congrats Kak Long.!

Who's Kak Long? She's my boss! :) Sooooo kind sooo friendly soooo sporting.!!


will be continue..pindah randah part II