Friday, December 31, 2010

Sayonara 2010. Welcome 2011

2010 memberikan 1001 kenangan yang akan di sematkan dalam hati. eceh ayat nak sekema rama. pelis la. 

tp tp 2010 byk pahit manis nye sepanjang tahun ni. dari yang sedih dari yang hepi dari yang gila gila dari yang terharu semua lengkap. 

tahun 2010 jugak aku bersatu ngan encik sayang. terlalu banyak memory yang kami create bersame. mmg sangat banyak. He's so nice. Tu je yang aku boleh cakap. Else, aku je yang tahu :) semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnye hingga ke akhir hayat. Insyallah.


tahun 2010 jugak aku start dapat keje tetap. bermula dgn praktikal di MPH, seterusnye jadi staff biasa kat MPH then now dgn kerja aku sekarang. but.. hmm. sedikit kecewa dgn tmpt yg aku kerja sekarang. tak boleh nak story kat cni. Orang orang terdekat jer yg paham situasi aku sekarang. semoga tabah ye mira. 

tahun 2010 aku dapat anak buah baru. yeay! Nur aliyah Abd Halim. Dah 5 bulan dia sekarang :) comel kan? heeee


 Skang aku kat umah. Seremban. Update secara berkala akan jarang. ahad aku balik KL balik. dok umah hanye meluangkan masa dgn family dan anak buah tersayang. Update kali ni hanya utk ckp sayonara 2010. 

Welcome 2011. Semoga tahun 2011 memberikan lebih cahaya kegembiraan kepada aku, dia, dan family. Untuk korang  jugak! 

Tiap kali tahun baru mesti ada azam baru kan. So ape azam korang plak? aku? list azam baru pon tak de lagi. wakakak. Follow with the flow boleh? cess

Ok bai.

Wednesday, December 29, 2010

Blog berwajah baru ala ala Facebook =D


Blog berwajah baru! 

suka tak suka tak?  Ces mira. Kau yg suka lebih kau nak suro org laen suka pulak. ciskek la. Peduli hape akuww. euww euww euww. Menyampah puleww akuww tules macam niewww. 

Ok dah berenti mengarot.

Setelah sekian lame berabad aku tak tuka layout blog kesayangan ni. Semalam baru la aku decide nak tuka sbb jumpe template yg sgt coool ni. Memula blog walking tgk blog kawan kawan kan pastu jumpe la blog adik comel lotey ni Nanae. Korang terjah la blog dia. Same kan kan ngan blog sayep? Hihihi. Tapi dia punye kaler ceklat. aku punye black and white gituuuw.

Nanae la yg introduce aku kat blog yg design template yg superb cool ni. Rindas Template Superb Cool! Go go pegi terjah tgk template² yang dia buat sendiri. Mmg walaweyy la gua cakap lu.

Disebabkan aku ni yg tak brape nak reti buat layout blog sendiri macam sesetengah blogger yg mmg superb pasal HTML ni, so aku pun merendahkan diri la menggunakan template yg dah sedia ada. Just tuka² siket code dia je. Tu pun mane yg aku tawu je la. Tu pun dah pening² lalat aku tgk code code tu. 


Ni layout asal Rindas Template Superb Cool buat. 


Dah macam Facebook plak kan? Ahhh peduli hape aku kalo org nk ckp, sume nye nak FACEBOOK. Blog pon nak FACEBOOK gak. Ade ku kesah? HA HA HA. Janji aku da jatuh cinta ngan blog aku sendri. Baru la semangat nak blogging balik  =P

How was it? Cool tak Cool tak? HAHAHA. 

Welcome to my FaceBlog! 





Monday, December 27, 2010

Cukup 6 bulan



6 bulan yang lepas 

Tomorrow is the day. cukup 6 bulan aku membanting tulang kat tmpt keje aku ni.Eceh kaw ayat nak gelabah katak je. Kau ingt kau membanting tulang kat sawah padi nun? Koje dok dalam ekon nak kecow. Heh. Ye la ye la. Gune ayat sesuai siket. cukup 6 bulan aku berkhidmat kat tmpt keje aku ni. Amacam sesuai tak? wuwuwuw~

Disebabkan 6 bulan ni, sepatutnye aku dah kena angkat kaki say bye bye kat ofismate dah. sob sob sob. dah dah toksah nak sedih sedih sgt lah. Sebab aku diserap utk jadi permanent staff.

wuwuwuuwuuw yeaahaooo hoyeeahh heh heh heh

tayah gelabah boleh? kah kah kah. konon je tuh bwt bwt hepi. padahal tak bape nak hepi pon ? Apekah? Ala bese ah kan. 

"Takde keje yg senang. Takde keje yg takde pressure. Takde keje yg tak de masaalah" 

kan kan?

Cakap kat aku siket, keje mane yg tak mntk pengalaman? habaq mai kat aku meh. Setakat yg aku mencari keje yg sesuai and gaji nk-konon-sedap-ikut-kelulusan, pengalaman takde toksah nak bangga sgt lah bai. kau punye result gempak mane pon, dorang mesti nak tgk pengalaman. macam aku ni ha la baru tekedek kedek nak keje, fresh graduate kan, toksah la nak mengharap/demand gaji tinggi tinggi.

blaja blaja gak, tapi aku nesehat kan la kan, agak korang time cuti semester tu, korang pegi la cari keje mane mane. carik pengalaman. at least nanti time korang nk buat resume, part working experiences tu penuh la kan. aku dulu time cuti ape aku buat? menggemokkan badan jer!. time memula aku cari keje dlu, anto resume, working experiences aku ape? practical jer la. nasib ade practical. kalo tak de practical? lagi hampeh. kosong je resume kau.


ergh entry aku sejak due menjak ni berunsur unsur kerjaya la pulak. nak cite sal blaja zaman tu da lepas dah. korang godek² la entry aku sebelum sebelum ni time begelar seorang pelajar yg berdedikasi gitu. eceh.


ah merepak lah kau. esok mesti HR panggil aku. wuwuwuw. entah la ade increment ke tak aku punye salary. harap harap lah ade kan. mengharap sangat. nak kawen ni. opsssss. 


btw, skang tgh SALE. smpai bile sale? akan diberi tahu kelak. meh la shopping kat Marks & Spencer. promote giituuu =D



ok lah bai!



Pompuan ni wat on9 shop. page fb lama dia tah kemana. sebulan aku tunggu barang aku beli tak smpai².


Pompuan ni wat on9 shop. tpi die takde blog. die tak buat blog shop on9. tp die bwt FB SHOP ON9. page FB lama dia tah kemana. sebulan aku tunggu barang aku beli tak smpai². mula mula msg, tak reply? skang trus del FB ke block aku ke tah ape tah. tak baik tau makan duet haram. kalo tak de cakap takde. pulangkan duet aku balik woiii. pulangkannnn. takan kau nak aku nyanyi lagu Pulangkan kat tlingee kau plak.




First inbox aku ngan minah ni. tgk bape hb? 14 November 2010 okay



Nah bukti resit. Walaupun seratus jerrr tp duet okay.
seratus tu kalo pulang balik aku boleh beli kasot laen la weh.

Last aku inbox dia, terus lenyap esok nye. Macam haram.


Aku bwt siasatan carik die kat Google. jumpe FS die. and ada die letak email die, aku msg die kt email pon still tak reply. mmg hangin lah kan.

smpai aku jumpe page die yg baru neh



tu diaa muka penipu. nama dah sedap dah. Shazleen Nerina. harap muka kau cantik. makan duet haram ke kau? aku tak tau la ape masalah minah ni. mungkin die gadoh ngan bf die kot. sbb 2 3 hari b4 tu aku tgk len macam je wall post die kt fb lame die. pastu terus lenyap. kot ye pon nak begadoh sakan ngan bf kau, customer kau ni ingt sket. stakat ni yg aku tau dah 3 org yg beli dari dia tak dapat² macam aku. die bkan jual kasot je, baju, bag memacam lagi lah.


Tak baik tau makan duet haram. kalau takde cakap takde. dah sebula nlebih dah weh. agak agak la derrr.


korangg, beware okaayy. make sure shopping online dgn trusted site saje yer Satu pengajaran untuk aku jugak.


sekarang dah brape haribulan? kau orang kire sendiri bape lame dah aku tunggu?



ok. bai.



Saturday, December 25, 2010

Marks and Spencer SALE starting today! 25th December 2010

 
 


Visit M&S outlet at One Utama, The Gardens, KLCC, Sunway Pyramid

Wednesday, December 22, 2010

I can't smile without him




ntah kenapa macam suke gmbar ni 
10 months and still counting
=)

Tuesday, December 21, 2010

Kemalangan Simpang Pulai, kemalangan terburuk. Alhamdulillah aku selamat smpai KL


Ya allah. Tu je yang aku dapat cakap lepas baca berita ni. Kejadian ni berlaku semalam. 20/12/2010. Aku baru je balik dari Taiping menghadiri wedding member aku Ahad 19/12/2010. Perjalanan kami melalui Simpang Pulai ni. On the way balik tu mmg jem. tapi bkn disebabkan eksiden. tpi ada lori rosak kat tepi jalan and ade keta rosak. Jln jem gilaa. Tup tup berita kuar pasal kemalangan terburuk ni. Mengucap panjang aku. Alhamdulillah perjalanan kami selamat pegi dan selamat pulang. 

Sumber dari Berita Harian Online


27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highlands terbunuh

SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.
Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal. 

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. 
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI


  • 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai


  • 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan


  • 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan


  • 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup 


  • 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan


  • 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan 


  • 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba


  • 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan


  • 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan 


  • 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula 


  • 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai


  • -----------------------------------------------------------------------------------------------------

    Takziah kepada semua keluarga yg meninggal dunia. Drive carefully ya korang. Nyawa anda adalah sangat berharga.



    Journey to Taiping, Perak. Kawen lagi | 19 Disember 2010




    Perjalanan ke Taiping, Perak  mmg sangat fun. Seawal jam 9.30 pagi Encek kekasih dah tepacak depan umah. Gerak g b'fast dlu sblm bertolak perjalanan juh ke Taiping. Perjalanan dijangka mengambil masa 2 Jam 30 Minit (kalo bawak laju) or 3 Jam (kalo bawak mengikut peraturan trafik)

    Ikut tol jalan Duta straight smpai Tol Kamunting (Taiping Utara). Bawak rilek rilek. Smpai R&R tapah rase macam dah dekat dah. Singgah R&R Tapah, melunaskan hajat kecil da hajat besar. Dah selesai tu terus gerak menuju ke destinasi. Tgk map macam tak smpai smpai pon lagi tol Ipoh ? Time tu la call pengantin. 11.50 am. "Tab, aku baru lepas tapah ni. jauh lagi ke?" "Jauh lagi la sayang. dalam sejam stengah or 2 jam lagi" Ooo eeeyyymmm geeeee lame nye lagiii. Lepas tu baru encek kekasih pun pecuuuuuuuuuuuuuuuuut 120km - 130km sebelum tu rilek rilek je bawak 100km/j jeeee.


    Exit plaza tol Taiping Utara (Kamunting) akhirnyaaaaaaaaaaaa sampai jugaa. Tapi baru exit tol je blom smpai umah lagi. Umah pengantin dah dekat sgt dah bila kuar tol Kamunting tu. Dup dap dup dap aku plak yg tak sabar nak jumpe pengantin.


    Tepat jam 1.15 pm kami smpai ke destinasi yg dituju. fuhhhhh. fuuuuhh. (penat bunyi nye) sakit pinggang aku. dari Kuala Lumpur hinnga ke Taiping, Perak. eceh menyanyi sakan nmpak korang mengikut rentak lagu? HA HA HA


    Tak sabaaa nak jumpe pegantin. posing sket dgn hadiah :D

     Roomate/besties since Diploma 2005 

    Kalo mengimbas kembali kenangan kitorang time study dulu masing masing tak caye yang tab dah kawen. Dulu kemaen dia ckp die lambat lagi kawen. haa skali hamek kau. Tabbbb ko da kawenn! tah tah nnt time aku nk kawen ko da ada anak sorang. HI HI HI

    Ketibaan pengantin lelaki diiringi dgn moto moto beso. 
    Tu tu moto beso putih tu Ducati beb ducati semat siyooot

     
    Ko cantik sgt weh! beseri seri :)


    picit gmbr utk tumbesaran yg baik

     So suuuuuuuuuuuuwitttttt

     Amek berkat amek berkat

    Aku ngan ady melepak situ smpai pengantin abes besanding. Tab siap pesan "Dong, jgn balik dulu tauu. tunggu smpai abes tau. kte begmbar gambar" iye tab iye baik. bukan senang aku nak jadi camerawomen yg tak pakar ni. HI HI HI. 



    Jam menunjukkan pkol 3 ptg. Seharusnya kami perlu berangkat pulang. Jauh lagi perjalanan nak balik ni. Otw balik tu dah jem gilaaa. Sebab nye ade truck rosak kt tepi jalan. Orang M'sia ni kan terlebih prihatin. Jalan je la tapayah tengok tengok slow slow kan keta. ape daaaaa. kalo tak smpai KL boleh je pkol 6. At last smpai KL around nak kat kol 8. Badan da sangat tak selesaa. 

    Untuk menghilangkan mengantuk dalam keta, Encek kekasih banyak menghiburkan aku. Eh eh macam terbalik plak. Dia yg drive, patut nye aku la menghiburkan dia menghilang kan mengantok? HA HA HA. Aku da tak larat sangat dah time tu. Cian dia. Terus balik Melaka plak lepas anta aku kt KL. Alhamdulillah beliau selamat sampai. KL - MELAKA boleh dia bawak SEJAM jer? marah btol aku. Bape laju die pecut tah. grrrr.

    Okay lah. Once again Selamat Pengantin Baru kepada my besties yg cuns melecuns ni bersama pasangan beliau. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat okay babe? Sayang kau ketat ketat ! :)

    p/s: gmbar selebihnye dalam fesbuuk gua. terai la cari =P

    ok.bye.thanks for reading!




    Thursday, December 16, 2010

    Makan makan dan makan


    Lame kot tak layan tag tag ni. mula mula berblog dulu sibuk ngan tag je. HAHA.
    Skang layan tag yg best best n time aku rajen je. kehkehkeh.
    Ok mari layan tag pasl makaaaaaaaaaaaaaaann.
    Nyummmy!

    1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
    masakan mak of coz.
    pecal lele/pecal ayam sambal die pedas dowhhhhh
    segalaa yang pedas. kenny rogers black paper kuah extra dik. fuhhhhhhhh

    2. jenis air apa yg korang paling suker?
    air putih/masak/skyjuice. ceh nak skyjuice gak. ai kosong sudah
    milo ais kaw kaw
    barli ais

    3.Which type of food yg korang prefer,pilih 3... malay,chinese,japanese,westren,italian,mexican,arabian?
    malah
    western
    chinese

    4.Apa makanan yg korang paling expert masak?dlm kata lain,xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata 'wah!gila sedap'
    nasi goreng cili api. betul betul kawww

    5.Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
    er er. tak ingt. TGI, CHILIES pehal mahal sgt weh? aku melantak je

    6.Beri nama restorant favourite.apa makanan kt situ yg paling sedap?
    kedai makan tu takde name, tp kat food court sri nilam kat ampang. pecal lele/pecal ayam mmg TERBAIK!


    7.Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak.mana satu yg korang suker?klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.
    hamster ku yg kacak bernama alfy!

    8.Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?
    kat mekdi. cinta budak skola. kahkah

    9.Apa makanan yg selalu remind korang trhadap pasangan korang?kenapa?
    pecal lele/pecal ayam. Kami mmg suke makan podeh. bopoluh poluh tgk dia makan pecal aym :D

    10.Klu pegi umah orang,korang brharap org tue hidang apa?
    kalo aku tgh lapo, pizza pun terbaik gak. kalo tak lapo air pon jadi laa

    11.Makanan yg korang mmg xblh nk telan langsung.samada x sedap/tekak korang dh kembang.
    sushi!

    12.Menu raya yg paling disukai.
    nasi himpit dgn kuah kacang mak saye!

    13Jajan/cekedes favourite?
    twisties kari letup

    14.Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?
    masak lomak cili api
    ayam masak kicap terbaikk

    15.Makanan paling pedas yg korang mkn.sapa masak?
    pecal lele. amcik kedai tu masak. smbal die terbaik. tak abes abes terbaik dgn smba pedas. haha

    16.Korang klu jumpa org yg TAG ni,apa agaknya korang nk hidang/belanja?
    nak belanje kak bib makan prosperity beger la. jum kak

    17.Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?
    tak 
    nak
    tag
    sape
    sape
    ok bye!

    Wednesday, December 15, 2010

    Mari have fun dengan profile facebook yang baru!

    Sebelum ni kemain menyampah nye aku dgn profile facebook yang baru ni kan? smpai buat tuto pasal macam mane nak kekal kan profile facebook yang lama. smpai kan entry tu jadi hits tertinggi la bulan ni. Tapi hampeh kejap je aku buat 2 3 jam lepas tu betukar baru balik. Grrr eh eh ke ade sape sape yg still gune profile facebook lama? nasib korang baik sikit la dari aku. nnt tak lame lagi betuka baru jugak la tu ~ (ayat dengki)


    Gmbr dia atas adalah profile facebook aku. new layout. nmpak tak gmbr yg di sambung² dkt tag gmbr atas tu? haaa semat tak semat tak? HI HI HI.Ekceli aku punya tak semat mane pon. tu aku first time try and error. Hehehe. 


    Encek ady memakai profile picture blakangnnye bertemakan pokok Christmas. Nak kat krismes kan ni. 1MALAYSIA katenye. Lalala~ jgn marah sayang! :D

    Skang ni makin rmai aku nmpak dah bwt macam ni. memula aku nmpak kat fesbuk Chokilala. Pastu aku nak terai buat, konon guna manual lakan sbb tak tau ada trick nak bwt mende ni, skali tak jadi daa. HAHA. Pastu pastu aku nmpak plak kat page Jijie Kusya. Dia dah la cantek. buat plak gmbr tu jadi profile pic. mmg terbaik. Nah pegi terjah blog beliau utk maklumat lanjut http://itsmejijie.blogspot.com/ 

    ok lah jgn banyak cite, korang mesti tak saba nak bwt kan? nah amek link bawah ni, sila explore sendiri okay? Make sure korang kena ada PHOTOSHOP or GIMP okayy?


    Mamat ni la yg setat buat profile yg awesome ni.
    more info? 

    tutorial ringkas dan padat

    ATAU

    yang paling senang utk sesiapa yg takde photoshop or GIMP pegi kat cni http://74.52.142.77/~piccut/


    NOTE: Profile cantik korang akan spoil bila ada org tag gmbr kat korang. HAHA. so sila la untagged gmbr tu yeww

    Selamat mencuba!


    Tuesday, December 14, 2010

    ALFY the ROBOROVSKI

    Hye guys!

    My name is Alfy. 
    Alfy the roborovski
    Am i too cute for u? Yes i am. 
     
     I have 2 good friends name Mira & Ady. 
    They bought me at Pets Wonderland Midvalley. 
    For the time being, Mira will take care of me.



    At first, i'am to shy with 'em. Look at the picture above,
    it's me trying to hide but i can't. T_T

     Taraaaa. Look at me look at me look at me, 
    i can hide under the habuk habuk. Alfy the shy roboroski yaww.



     U noe wut? I'm alone in this cage.
    I want girlfriend! Mira & Ady, please let me have a girlfriend puhleasss.!~

    I love to sleeeeeep.
    And i love to run run run and run on the wheel.
    I'm always disturbing Mira when she get sleep at night.
    Ha ha ha. 
    Kesian dia.

    until then, bye olllss!

    Sunday, December 12, 2010

    Alhamdulillah kau masih hidup


    Dlu kite rapat. rapat sangat. Boleh katekan everything kte berkongsi. Sedih gembira hampir semua nye la. Macam tak caye aku bleh rapat ngan ko mcm tu. Ye la aku tak byk kawan rapat yg betul betul rapat. yang aku boleh  gelarkan bestfriend. Dlu pun penah ada. tp pengakhirannye macam ni jugak la. Tapi takpa kite still kawan.

    Malam kelmarin aku mimpi kau. Aku mimpi kau dah mengadap yg maha-ESA. Sumpah aku sedih gila. Kite dah tak serapat macam dulu. Masing masing dah buat hal masin masing. Entah lah. Aku macam kesik ati dgn kau kot? Entah lah tak tau nak cakap macam mana. Skrang mmg kekok utk berbual kosong dgn kau. Kalau macam dulu, tak da benda penting pun aku boleh je call kau nak borak borak gelak gelak. Sekarang? Hmmm

    Dalam mimpi tu kite macam keja kat tmpt yg sama. But then kau tak datang keja lepas konvo ari tu. Aku tgk kat meja kau beselerak. Hp pun kau tinggal kan macam tu jer kt atas meja. aku pelik. Mane plak kau pegi? Walaupun kite tak serapat cam dulu, becakap pun dah jarang sangat, tp aku tetap amek berat pasal kau. Kau sehat ke tak, kau hepi ke sedih ke? sbb aku tau kau kalo sedih kau pendam jer.but then kau salah kan diri kau sndri if something happen. Aku byk kali dah bebel kat kau pasal tu. Entah la.

    Someone bg tau aku yg kau dah takda. Aku tak pecaya. Aku call bf kau. Nak tau pekara sebenar. Ya mmg kau da takda. Kau kena tembak dgn peluru sesat. Hancur luluh nye hati aku? jantung aku? tak sempat nak berkata². Otomatik sume kenangan lama bermain main kat otak aku. Subhanallah. Nasib la itu semua MIMPI SEMATA.

    smlm, tup tup kau text aku. Ya allah. Lega nye hati aku. Kau masih sehat. ego nye aku tak text kau langsung pun lepas mimpi tu? hmm maafkan aku kawan. 


    macam mana eh kita nak rapat macam dulu? ye aku rindu kat kau sahabat. semoga kau panjang umur dan diberkati oleh-NYA. amin.



    Betul kan org tua tua kate kalo kita mimpi orang meninggal dunia, orang tu akan panjang umur. Kan?


    Wednesday, December 8, 2010

    Tuka profile FACEBOOK baru korang kepada yang LAMA. IT'S WORKS!!



     Aku tak boleh belah dgn new profile facebook.
    dah terai new profile, macam tak best je?
    part paling tak suka yg ada gmbr org tag tu.
    maybe aku tak explore lagi kot cmne nak buang mende alah tu?
    tapi takpe
    aku mmg tak bese agi dgn new profile
    kembali kepada yg asal
    mengikut langkah dibawah
    :)


    Log into your Facebook Account.
    Click on “Account” (Top Right), Click on “Account Settings”, and under “Deactivate Account” click “deactivate”.
    After your account has been deactivated.
    Log back in after 10 minutes, and you should have the old Facebook.
    So basically, deactivating it for at least 10 minutes can get you your Old facebook back

    credit to; http://www.kamranweb.com/

    walau macam mana pun, sape sape yg dah tuka kepada NEW PROFILE, korang akan tgk org laen punye profile sume dalam versi NEW PROFILE. tak kire la org tu still guna OLD PROFILE.
    Selamat mencuba!

    UPDATED
    mmg takleh wat ape la. fesbuk otomatik tuka profile tu balik. uhuhu. 
    selamat mengexplore PROFILE FACEBOOK BARU!

    Monday, December 6, 2010

    Istiadat Konvokesyen UiTM ke-73

     
     
     
    BBA (HONS) Retail Management
    Sebagaimana yang anda sedia maklum pada entry sebelum ni, makanya smlm lah aku berkonvo. yeay! tetibe. Seawal 3.30pagi aku repeat ye 3.30 PAGI aku dah bangun tido untuk bersiap ke konvo. Awal? mmg awal gilaaaaaaaa.rase macam nak marah marah maki hamun pun ada apehal awal nak mati kena pegi? grrrrrrrr. 

    Pastu bila da pk secara rasionalnye, aku nak gerak dari seremban. Dah kena ada kat sana pkol 7 pagi. So aku bersiap dalam lebih kurang tolak tambah darab bahagi nak dekat sejam jugak lah. So, 3.30 pagi bangun. golek2 atas katil selama 5 minit dulu, bangun pegi gagahkan diri mandi pagi pagi buta yang sejuk. Lepas mandi, tgk bilik mak abah golap agi. aiyo rilek jer dorang tak bgn lagi ni. Aku plak smgt sangat. Pegi kejutkan dorang. "Mak, mak nak bangun kol bape?" mak aku dgn terpisat pisat nye kata "Mak set jam pkol 4" Hooooo.

    Tgk tgk tgk semangat tak aku bangun kol 3.30? HA HA HA. Itu adalah terpaksa. kerana aku tehegeh hegeh siap. Nak belek belek muka la, belek belek tudung la bagai. NASIB TUDUNG AKU BAIK HATI PAGI PAGI BUTA TU. THANK YOU TUDUNG. I LOVE YOU! KENAPA PERLU CAPS LOCK SEMUA? SEBAB NAK HIGHLIGHT KAN TUDUNG AKU SOPAN SANGAT PAGI INI. 

    Okay dah. normal font semula. Perjalanan dari Seremban - S.Alam pagi tu hanya mengambil masa satu (1) jam je yeee. SATU jam jerr. Aku bertolak pkol 4.25 pagi. dan ini bermakna aku smpai S.Alam pada jam 5.25 pagi. Yeayy yeayy macam best plak taip yeayy ni. yyy dia comel. yeayyy. ok dah. masih golap gelita. dan azan subuh pun belum lagik. Pusing² sekitar seksyen 9 ada kodai mamak bukak dah pepagi tu. ape lagi. abah benti minum² pagi. 2 keping roti bakar besama air barli suam. Makanan tu digunakan utk alas perot smpai tengahari buta. Mmg kebulur sume. 

    Lepas mengalas perut dgn makan sebegitu rupa, bergerak nak mencari surau/masjid utk solat subuh. Haaa aku suggest kat mak abah, masuk UiTM terus je. dekat DSB tu ade jer surau. Tepat jam 5.50 pagi kitorang da masok UiTM. Orang pertama tunggu depan dewan tu okey. Haaaa. Tahniah dekat mak abah sebab berjaya jugak masuk DSB utk melihat anak perempuan kesayangan ni naek atas pentas. Dulu time konvo diploma mak abah tak dapat masok DSB. just masok dewan annex je. pastu tgk anak perempuan beliau ni dkt screen besar jer. tak dapat tgk live atas pentas. wuuuuu wuuuuu. sila but muncung wuuu wuuu wuuuuu yer.




    tung tang tung tang besiap pakai jubah, mortar board, pakai hood kat HEP sebelum begerak dan berarak masok DSB melalui kapet merah macam artis sume org tgk. tunggu VVIP masok dewan, tgk video video sedih kat dalam dewan, pkol sembilan (9) pagi beru setat majlis. setat penyampaian ijazah/diploma. Kaki aku macam dah nak tecabut bejalan pakai kasot tinggi tinggi ni. disebabkan dah lama tak pakai tinggi tinggi aku rasa ganjal janggal. nasib bukan tumit tirus. tumit tirus mmg aku bukak kasut jln kaki ayam jerr ala ala Elyana gituu. auw auw.


    Naik pentas nasib tak de kejadian yang tidak diingini berlaku seperti mortar board jatuh ketika nak amek sijil or lepas amik sijil. Benda tu mmg scary gila. bukan scary ape sangat la kan. Kalo benda cmtu jadi, smpai bila bila pun takan lupakan. Malu kot. Smpai ke tua mesti jadi sejarah yg paling manis skali. Ouch.


    tepat jam 10.50 pagi, sidang pagi pun abess. kesian kat budak yg nama last skali. kene tepukan gemuruh gila sebab dia org paling last menutup majlis sebab sume tak saba nak abes majlis pagi tu kematu pungkok dok lelame dalam dewan tuh. kuar kuar dewan melilau carik kawan kawan carik ibu bapa masing masing. sumpah ramai gila lautan manusia. jalan jem. jalan pejalan kaki jemm.


    terima kasih kepada photographer jemputan ku iaitu pakcik aku sendiri sbb datang dari sg buloh utk mephotoshoot gmbr konvo aku ni. HAHAHA. Panas gila nak mati. pose sane pose sini. smpai mak aku cakap "ni baru bergmbar utk konvo, bgmbr kawen tah camne plak golek gelantang bagai pulak nnt" HA HA HA Betul la tu mak. KAH KAH KAH

    Oww yaa. mane ady ye? tak datang? yerpp dia tak dapat datang. agipun dia kat melaka. tp kan korang ada baca entry permintaan buat ady tu kan? so agak agak tertunai tak hajat ku utk dia teman pegi amek jubah? heeeeeeee OF COURSE. tapi dia anta jerr. kesian dia nak tunggu lame lame pulak. dia anta dah cukup bermakna tau. thank you my dearr!


    Photoshoot konon konon artis kat area bangunan canselori kat bawah tu ada macam taman entah la aku nak explain macam mane tp kat tmpt cite LAGENDA BUDAK SETAN BERLAKON saje je nak higlight kan poyow jew. Tengah tengah panas gila tu lantak la begmbar gak make up artis tade muka bekilat kilat la jadinye.


    Macam dah panjang sangat je entry ni? ape ape pun hepi sangat. segulung ijazah telah ku punya. ALHAMDULILLAH. :)