Friday, June 17, 2011

Sempena Hari Abah (19 June 2011)


23 tahun dulu
Seorang budak perempuan lahir di bumi yang penuh warna warni. Budak perempuan ini telah menambah kan keceriaan dalam keluarga encik A dan puan A. Anak perempuan yg ditunggu selepas 2 orang anak lelaki. Budak perempuan comel tersebut di sambut dengan laungan Azan oleh Abah kesayangan the one and only.

Ketika berusia 7 tahun
Budak perempuan tersebut sudah mula akan ke sekolah. Ketika umur macam ni budak perempuan tu sangat rapat dengan abah dia. Ke mana sahaja abah pegi mesti nak ikut. Sampai kan abah pergi kerja pun nak ikut. Abah selalu bawak pergi makan breakfast dekat pasar. Abah selalu bawak pergi lepak dengan kawan kawan. Terutama kawan office dia. Abah mesti bawak pergi minum kat kedai dkt dengan office abah. dan kami mesti order air yg sama. Nescafe ice! Sampaikan kawan abah panggil budak perempuan tu 'Minah kepe(cafe)' Sebab suka sangat minum nescafe. Terima Kasih Abah!

Hari hari abah akan pergi amek mak kat office mak. Office mak kat Daya Bumi time tu. Mesti la budak perempuan tu ikot. Pegi mane pon nak ikut. Sementara tunggu mak keluar office budak perempuan tu dengan abah dia mesti singgah kedai uncle dekat dekat situ makan roti kaya bakar dengan nescafe ice! Roti bakar kat situ sedap woh. Terima Kasih Abah!

Budak perempuan tu sangat manja dengan abah dia. Pergi sekolah balik sekolah berjemput. Kawan kawan sekolah lain ramai yang naik bas turun bas, Pergi sekolah balik sekolah sendiri. Terima Kasih Abah!
Ketika berusia 13 tahun
Budak perempuan tu dah masuk alam sekolah menengah. Semakin meningkat remaja. Dan ketika usia ini juga, budak perempuan ni dah kurang rapat dengan abah.Mungkin dah makin membesar dan sedikit malu dengan abah sendiri.

Ketika berusia 18 tahun
Budak perempuan tu dapat Diploma di UiTM. Orang yang paling gembira mestilah emak dah abah budak perempuan tu. Walaupun abah tak menunjukkan reaksi yg sangat gembira tapi budak perempuan tu tahu abah dia bangga sebab anak perempuan dia dapat masok universiti. Terima Kasih Abah!

Dalam masa 3 tahun dekat UiTM Segamat tu, beberapa kali jugak la budak perempuan ni kena demam panas. Demam yg sangat teruk. Abah dan emak budak perempuan tu sanggup datang dari Seremban - Segamat semata mata nak ambik budak perempuan tu bawak balik rumah. Even tengah malam sekali pun. Ada sekali tu 10pm abah budak perempuan tu smpai Segamat. Terima Kasih Abah!

Ketika berusia 21 tahun
Budak perempuan tu sekali lagi membuatkan Abah dan emak bangga. Budak perempuan tu dapat sambung pelajaran ke peringkat Degree. Luckily dekat je. UiTM Shah Alam. Tapi time nak balik seremban pun Abah budak perempuan tu jemput. Mengadanye budak perempuan ni. Alhamdulillah budak perempuan tu tamat pengajian on time. Tamat pengajian dengan result yang membanggakan.  Terima Kasih Abah!
Sekarang..
Budak perempuan tu dah menempuhi alam pekerjaan. Baru budak perempuan tu tahu macam mane susahnye abah bekerja dan carik duit untuk keluarga. Sebab ape budak perempuan tu cakap macam tu? Sebab ade sekali tu nak pegi beli Mcd adik budak perempuan tu mntk nak beli set prosperity burger. budak perempuan tu bole ckp kat adik budak perempuan tu, "Mahal la. amek set lain la" Time tu mak dgn abah ada. Mak ckp "Ha skrang baru tahu mahal. Macam tu jugak la dulu time akak senang senang je mintak abah nak mekdi nak mekdi" terdiam terus budak perempuan tu kat situ. -.-  Terima Kasih Abah!

Umur Abah sekarang dah 58 tahun. Abah masih bekerja. Tapi abah tak nmpak macam 58 tahun. :)

Insyallah. budak perempuan tu akan sedia upaya membalas jasa Abah dan emak sepanjang mereka membesarkan budak perempuan itu.

Untuk mengucapkan selamat hari abah secara lisan di hadapan abah adalah satu perkara yg sukar bagi budak perempuan tu. Semakin besar semakin segan dengan abah. Tapi hakikatnya budak perempuan tu sayang sangat dekat abah dia.

Selamat Hari bapa kepada semua bapa di seluruh dunia

Terima kasih abah!

I know my dad would not read this. but from the bottom of my heart. I love him very much! *crying* Everyday is abah's day n emak's day!



p/s: Apa kata sempena hari bapa ni kite tuka gmbr profile FB dengan bapa masing masing.? 

39 comments:

  1. slmt hari baba!

    aku jg hari2 nanges...hurmmm..


    syg kamoo

    ReplyDelete
  2. Awwww, sweet gila! Diana pun malu dengan abah sendiri. Tak pernah nak cakap selamat hari bapa or wtv T____T

    ReplyDelete
  3. hahaha...sy pun pgl ayh sy abah!!!sssy pun susah nak ckp sy syg abah...huhu....

    ReplyDelete
  4. hahaha...sy pun pgl ayh sy abah!!!sssy pun susah nak ckp sy syg abah...huhu....

    ReplyDelete
  5. sdh betul cte bdk prmpn tu..T_T berair bc,dgn sepenuh hti membaca cte dia.Btw,papa x ske bergambar.sme plk perangai kami,tp dia lg kuat la.nangis skli lg.. T_T

    ReplyDelete
  6. sobsss..sayu jer baca. =')

    abah kite is da best hero ever kannn. ^_^v

    ReplyDelete
  7. rindu arwah ayah.. sob sob sob.. :'(

    ReplyDelete
  8. suka & like kisah sempena hari abah tu.. sbb kami adik beradik pun mmg panggil abah gak..
    kebetulan besday abah kami jatuh pd hr yg hr ni 17/6 so boleh ler celebrate 2 sekali. cuma masalah nyer tak tau nak hadiah kan apa..

    ReplyDelete
  9. as salam, seronok tengok "aku" tu dapat ambil gambar masa hari bersejarah dengan abahnya. MMD pun naik stage 2 kali kat Uitm SA tanpa "bab", "bab" pergi sebelum MMD tamat pengajian. tapi "bab" tentu gembira bila anaknya ni dah berjaya.

    ReplyDelete
  10. selamat menyambut hari bapa :)
    i love my dad :)

    ReplyDelete
  11. alah comel jer. slmat hri abah! hehe

    ReplyDelete
  12. yups
    memang mak ayah kita bekerja keras membesarkan kita
    bila kita cari duit baru ktia tahu susah nya hidup ni
    kan?

    Maharaja Lawak Minggu 12

    ReplyDelete
  13. @Dianaabtol! even nak cakap "akak sayang abah" pun susah :(

    ReplyDelete
  14. @b a m b a m ' ssabar ye.. byk2 bedoa utk arwah.. al-fatihah..

    ReplyDelete
  15. @My Mom's Diarythanks sis.. dah cukup gembira bila buat mereka berbangga dgn kejayaan anak mereka :) byk2 berdoa utk arwah ayah sis ye. al-fatihah..

    ReplyDelete
  16. @amir aizathehhe dalam entry boleh la.. ckp depan2 err T__T

    ReplyDelete
  17. @Hansyerpp.. terlepas ckp aritu rase bersalah sgt.

    ReplyDelete
  18. wahh , jom2 kite tukar profile fb , tp da lepas kan hari bpa , xsempat , huhu

    ReplyDelete
  19. dear , anys x delete pn , u silap komen entri laen :P


    ni entri yang u komen

    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2011/06/tutorial-update-blog-guna-sms.html

    ReplyDelete
  20. nice one..selamat hari ayah gak :)

    ReplyDelete
  21. bangga bila kita dapat buatkan ayah kita gembira..walaupon kadang2 kegembiraan tidak la sebanyak yang di jangka..tpi bila dapat membuatkan ayah kita senyum..itu sudah memadai..selamat hari bapa...

    ReplyDelete
  22. hahaha...menceriakn lagi ker???
    hahaha =p..wahhh kauuu..
    hepi ending je...
    grrr..
    selamat hari ayah..=)

    ReplyDelete
  23. saye pn manges mase wat entry khas utk ayag saye..huuu...:(

    ReplyDelete
  24. Happy Fathers day too~ Im sure your father is very proud of you ^^

    ReplyDelete

This is best brooooooo!