Sunday, July 17, 2011

Exam PTD (M41) bukan mudah seperti yang di sangka


Assalamualaikum.
Aku pasti ramai yang bertungkus lumus jawab exam PTD semalam kan? Exam yang dinanti nantikan oleh semua calon PTD. Amacam? boleh jawab ke boleh? Untuk aku ini pengalaman pertama aku menjawab exam kerajaan.

  
Exam bermula seawal jam 9.00 pagi. Tapi 8.30 dah kena masok dah. Prepare nak isi details dekat borang OMR. Seriously aku agak kekok mula mula masok dewan exam. Ye la dulu exam time study aku tgk keliling sume baya baya aku jek. Ini aku tgk keliling bapak orang mak orang mak cik pak cik ha sume golongan la ade.

Bermula dengan Seksyen A-Pengetahuan Am.
Seksyen ni mengandungi 60 soalan objektif. Kena jawab dalam masa 45 minit. Soalan kat sini agak mencabar ye. Perlu tahu isu isu semasa. Aku agak blur kat sini. Soalan tentang rancangan ekonomi malaysia (RMK10) dan lain lain soalan tentang Malaysia. Ade jugak soalan bonus macam Siapakah olahragawan Malaysia pada tahun 2010? Trojan Horse adalah sejenis?


Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah
Mengandungi 40 soalan objektif. Jawab dalam masa 45 minit. Kemahiran logik, kemahiran menginterpritasi data dan konsep matematik. Seksyen ni sangat la mencabar otak aku untuk mengira. Calculator dilarang sama sekali di bawa masok ke dalam dewn peperiksaan. Ikutkn aku boleh je jawab soalan soalan tu. Tapi perlukan masa untuk mengira. Dannnnnn 10 minit terakhir aku masih di soalan ni 21 :(((((( Memang lepas tuh aku taraaaaaaaaaaaaaaam jek ah.

Seksyen C -  Pengertian dan kefahaman terhadap Esei-esei
Seksyen ni paling aku suka. Jawab siap ade lebih lebih masa lagi. Macam bagus jek kau ni mira. Macam la sume soala yg jawab tu betol kan. HAHA. Seksyen ni ada 4 petikan esei, 20 soalan objektif. Jawab dalam masa 35minit. Petikan esei ni selalu nye di ambik dari artikel, keratan akhbar, yang berkaitan dengan isu semasa. Artikel dekat reader's diagers pon ade. Untuk seksyen ni au mmg tak baca der artikel 300-500 patah perkataan tu. Aku baca soalan dulu. Terus carik jawapan kat artikel tu. Kalo baca panjang² tu belom tentu masok otak segala isi penting dalam artikel tu. So better tgk soalan dulu.

Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
Mengandungi 3 soalan. Jawab 1 soalan dalam masa 1 jam. 300 hingga 500 patah perkataan. Alah macam jawab soalan SPM, jawab esei tu. Ha cemgitu la. Time tulis esei ni feel macam tengah type entry kat blog. HAHAHA. Ade gak terlepas bahasa pasar. Sukati jek nak tulis tanpa Bahasa Melayu yang betul. Esei bahasa melayu kemain laju je la aku menulis nye sampai nak kremm tangan aku di buatnye. Oh ye soalan esei ni pon isu semasa je jugak. Mostly nak pandangan kita pasal isu tu.

 paper terakhir. woooot wooot

Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris
Macam esei bahasa melayu jugak. Ada 3 soalan jawab 1 soalan dalam masa 1 jam. 300 hingga 500 patah perkataan. Jenis soalan pon lebih kurang macam esei BM. Yang lainnya kena jawab dalam BI lah kan. Di sebabkan ini paper terakhir dan kena buat esei BI plak, yang mane BI aku agak lah lomah kan. So, esei aku tak de la panjang macam esei BM sebelum tu. 

So far okay la boleh jawab. Cuma seksyen B tu agak bengang siket sebab tak cukup masa. Memang aku maen hentam keromo jek. Agak agak lulus ke tak aku? Peduli hape aku. Lulus tak lulus belakang cite. Yang penting aku dah ade pengalaman exam PTD ni. Bukan senang nak lulus, ada yang ambik smpai 3 kali pon blum tentu lulus lagi. Kalau lulus exam ni ada bahagian 2 plak.

Korang yang amek exam ni jugak macam mane? ok tak?

Kita tunggu 24.8.2011 ni untuk keputusan nye.

p/s: Selamat pengantin baru kepada Huda dan Uzair. Sorry Huda aku tak dapat datang wedding ko :( dah plan dah nak pegi. Tapi exam ni jatuh pada hari yang sama dengan wedding ko. Sorry! Selamat pengantin Baru!

21 comments:

  1. bestnye..serius! teringin sgt nak tau cm ne exam PTD ni..coz insyaallah pas grad nak amek ujian ni..tp lec bgtau sgt2 ssh..n byk lg peringkat..pas mira amek ni t ade ujian fizikal ke? lec kata cm ade...gud luck for u

    ReplyDelete
  2. gle byknya soalan..mle la nk teringat memori lme.ahaha ^^





    xpe...





    mira kn terer.... ;)








    semoga dpt la grab jawatan yg diinginkn. :)

    ReplyDelete
  3. hmm..akak dah amik 3kali. tp takde rezeki ke peringkat seterusnya pun.

    part paling susah rasanya..esei. sbb tandus idea.

    nasihat akak, pengetahuan am kena luas. kalau baca paper, baca semua bhg. walaupun tak minat sukan.
    cth soalan dulu: Pasukan manakah yg menang Piala Dunia 2004? manalah akak tau!

    GOOD LUCK!

    ReplyDelete
  4. bhgn A kali ini agak mencabar
    hadusss

    ReplyDelete
  5. ada step2 dia eh..mcm susah je....good luck moga ada rezeki awok yee

    ReplyDelete
  6. wahhh...cam bes jek menghadiri exam tuh!
    heheheh

    ReplyDelete
  7. @terataiflowerzthanks babe. lepas abes degree trus apply spa okee? insyaallah akan di panggil nnt..

    ReplyDelete
  8. @Ujie btol la tu kak. part esei tu aduyai. nak lagi esei BI. huuuuuu

    ReplyDelete
  9. @alien awak amek jugak? bahagian b susah kannn

    ReplyDelete
  10. @merahitujambumekasihhh. skadar mencuba nasib je...

    ReplyDelete
  11. banyak betol soalan nye...
    btw smoga berjaya dapat jawatan itu..
    amin...

    ReplyDelete
  12. pergh.. sempat lagi kau ambik gambar time exam ye. examiner tak marah ke?

    ReplyDelete
  13. Aik? samalah tak dapat pegi wedding uzair dan huda sbb pegi exam PTD..but saya kawan uzair, ni pun saje2 browse t'masuk blog ni pulak..haha..btw exam tu agak susah jugak, cuma bezanya saya paling confident seksyen B, sbb saya mmg minat math. Yg seksyen A tu paling susah kot. Cnthnya, mcm soalan yg Olahragawan tu mula2 dah betul jawab Azizulhasni, last2 minit bila semak blk jwpn tukar Chong Wei..yg Trojan Horse tu dgn yakin jawab 'worm', siap dlm hati cakap bnyk2 soalan, ni lah yg senang skit..last2 bila check blk rupanya spyware da..haha..

    ReplyDelete
  14. pergh .. macam tuh punya susah rupanya .. thanx share .. lepas ni kalau dapat peluang amik exam ni dah tau nak prepare ape .. thanx2 ..

    ReplyDelete
  15. eh. sorry. baru terbaca entri ni. hehe. thanks. oke takpa. tu ar pasal. ramai gila member tak dtg kenduri pasal g exam ptd. adeyyy. pasrah ja la. huu.

    ReplyDelete
  16. Yup betul, bukan mudah exam ptd ini. Kami di Laman Kerjaya cuba usaha yang terbaik membantu calon exam PTD 2014. Good luck kami ucapkan! Sila layari blog kami untuk beberapa contoh soalan PTD terkini :)

    ReplyDelete

This is best brooooooo!