Thursday, June 30, 2011

Ramai yang tak boleh login Blogger.com? Try ni!


Ramai aku tengok kat blogger Ping mengeluh tak boleh bukak blogger.com tak leh bukak dashboard. Tadi aku kena jugak. Bad Request/Error 400. Aku ingat aku sorang je yang kena. Aku try la godek godek browser ni. Aku clear kan cache and cookie.

Tau tak kat mane nk clear kan cache/cookie? Pegi browser tools > option> privacy> clear history> tick sume dalam kotak tuh. Suddenly dah boleh. Korang try la. Kalo tak boleh jugak. Mmg blogspot tengah problem la tu. Peace!

Moise chocolate cake with fruits & chocolate topping


Sape tak terliur tgk gmbar ni cepat cakap!


 Moise chocolate cake besar RM 40/=

Moise chocolate cake kecil 1 cup RM 2/=


Untuk tempahan sila hubungi Aunty Azian di Facebook beliau. Aunty Yan pon ade bukak tempahan utk kek hantaran. Boleh tengok koleksi kek hantaran yg Aunty Yan buat kat Facebook beliau.

Contest: Eh siapa Mira Edora tu? Akan ditutup.


Masih ingat Contest: Eh siapa Mira Edora tu? Ke dah tak ingat? Hari ni 30 Jun 2011 kan? So hari ni contest akan ditutup jam 11.59PM(30 Jun 2011). Masih ada beberapa jam lagi untuk yang berminat nak join contest ni. Semalam pun masih ada lagi yang sudi join walaupun entry contest tersebut dah smpai ke bawah. Thanks. :)

Seramai 45 peserta telah mengambil bahagian. Err dah macam ambil bahagian lari marathon pulak ayat aku ni. Okey okey. Sambutan dari korang semua sangat sangat aku hargai. Tak sangka plak ramai macam tu yang join. Juling mata aku nak baca balik sorang² dan hayati. Sebelum ni aku dah baca jugak korang punya entry tu. Tapi bila dah banyak² lupa pulak yang mana satu. So aku akan baca semula, dan juri jemputan akan mengadili entry yang terbaik dari korang semua.

Tak sangka korang semua ni memang berbakat dalam penulisan. Kalo tak korang tak de la blog kan? tak gitu? Hehe. Cerita² sangat menarik. Tak tau nak pilih yang mana. 

Okaylah kepada korang yang dah join. Korang boleh check link korang dekat SINI. Kalo link korang tak ada, inform aku eh? Kadang tu aku terlepas pandang. Rasa macam dah masukkan semua. I'm sorry! ^_____^



Thanks!

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #6


What is Wordless Wednesday?
Submit your #WW here. On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. Read more: Wikianswer

Samsung Galaxy S is mine now


Tuesday, June 28, 2011

"Saya tak ready lagi. Bagi saya masa" Lepas 4 bulan betunang ngan orng lain.


Ingat lagi tak entry ini. Entry tentang putus cinta. Kawan aku sorang ni sangat tabah. Walaupun macam macam yang dilalui. Walaupun jantan tak guna tu tinggalkan dia begitu sahaja tanpa sebarang kata putus. Sakitnye putus cinta tu orang yg penah rasa je tahu macam mana. Aku pun penah lalui. Tapi a long time ago. Dan kalau boleh tak nak alami nye lagi. Aku nak story tentang kawan aku yang aku gelarkan beliau sebagai 'S'.

Ape korang rasa bila hubungan yang korang bina dah 5 tahun, putus macam tu je? Tanpa sebarang alasan tanpa sebarang jawapan blah macam tu je. Nak kata ada masalah tak ada. Elok je datang umah jumpe mak ayah mamat tu time ada kenduri kat mamat tu. Elok je datang time convocation S. Siap lepak² ngan aku lagi berphotshoot time convo.

Kononnye bagi alasan "Belum ready nk bagi komitmen". Suruh bagi masa. Kepala hotak kau berjambul belum ready. Dah 5 tahun kau kate belum ready nak bagi komitmen? 

Kononnye bagi alasan "Terlalu mendesak nak ajak kawin" Kalo rase si dia mendesak. Cakap terus terang. Tak payah bila putus baru nak cakap. 

4 bulan S bagi masa dekat mamat tuh. S masih tunggu mamat tuh kembali kat dia. Bagi ruang utk mamat tu tenang kan diri. 4 bulan S merana. Sume sakit dia yg tanggung. Air mata jadi peneman.

Lepas 4 bulan tup tup mamat tuh dah betunang. Mmg kurang ajar btol. Kau mintak putus kononnye belum ready nak bagi komitmen. Kau mintak putus kononnye kate S terlalu mendesak ajak kawin. Tup tup dah bertunang? Memang kuang ajaq sungguh la.


Hancur nye hati bila orang yg ditunggu tunggu selama ni untuk kembali ke pangkuan, untuk kembali bersama, tiba tiba bertunang dengan orang lain. Hancur luluh hati. Jatuh terjelepuk. Hanya tuhan je yang tahu. 

Kalo ikutkat ati aku, nak je aku maki mamat tuh. Tapi aku maki pon bukan dapat ape. Bukan boleh putarkan balik masa kan? Tapi aku mmg tak boleh blah la dgn mamat ni. 

Senang² je cakap "Awk lupekan la saya. anggap la kita tak ade jodoh" Lepas 4 bulan kau tinggalkan die terkontang kanting sorang² baru kau nak mintak maap. Baru kau nak cakap cenggitu. Bullshit.

Tolong lah lelaki lelaki di luar sana jangan la buat kaum wanita yang lemah ni macam ni. Kalo tak nak cakap tak nak. Jangan main tarik tali. Jangan bagi alasan alasan yang sangat bullshit. Jangan bagi harapan yang tak kan ada smpai bila bila. 

Jangan sesekali cakap "Bagi saya masa untuk fikirkan balik semua ni" JANGAN. Kalo hati tu dah taknak terus terang. Jangan beri harapan palsu. Kami kaum hawa ni, kalo betul dah sayang sanggup tunggu smpai dapat jawapan yang pasti.

Tolong jangan permainkan hati wanita dengan harapan palsu yang sangat bullshit.
Kepada 'S' buang dia jauh jauh dari idup ko. Even dia cakap nak bekawan dengan ko. Aku tahu hati ko tak kuat lagi bila tgk dia ngan org lain kan? So better jauhkan diri dari dia. Jangan amik tahu pasal dia. You deserve to be happy. Sedih sebab mamat tak guna macam tu? Better dont. Enjoy your life :) 

Tutorial : Title Bar Maker (Title bar bergerak gerak)




Ini namanya title bar ye adik adik. Tulisan dengan title bar tu bergerak gerak. Acane nak gerakkan dia?

Mula mula pegi dekat sini http://www.bosiljak.hr/titlemaker/. Pastu akan keluar macam kat bawah ni


  1. Add title bar message : letak Ayat ape yang korang nak letak ikut suka ati
  2. Choose an effect: kalo macam aku punye, aku letak 'message scroller'
  3. Yang lain² korang bole experiment sendiri. Ikut cita rasa sendiri
  4. Preview. Kalo nak tgk ghupe title bar korang macam mana. 
  5. NOTE: preview hanya boleh di lihat menggunakan Mozilla Firefox. Gune Google Chrome mmg korang takan nmpak. bila dah save dkt chrome nmpak. Pelik kan? aku tak ada jawapan di situ. korang try la.
  6. Dah siap then Generate Code. Copy code tersebut
  7. Pegi dkt dashboard > Design > Add gadget > HTML
  8. Paste dekat HTML. Then save!
  9. Dah siap! mari berjoget dgn title bar baru~ :D

Sekian terima kasih =)

30 days challenge - Future / Dream wedding




Day 1 - wedding dress
Day 2 - Place for the ceramoni
Day 3 - Wedding Party Gifts
Day 4 - Flowers
Day 5 - Music
Day 6 - Rehearsal Dinner place
Day 7 - Wedding Ring
Day 8 - Reception
Day 9 - How many people?
Day 10 - tux
Day 11 - Colors
Day 12 - bridesmades dresses
Day 13 - Flower girl dress
Day 14 - Shoes
Day 15 - Hair
Day 16 - Who is going to marry you?
Day 17 - Traditional wedding march or another song?
Day 18 - Reception food
Day 19 - vaile
Day 20 - Invitations
Day 21 - Wedding cake
Day 22 - Wedding topper
Day 23 - Who is going to be the flower girl?
Day 24 - Who is going to be the ring barrier?
Day 25 - Honeymoon
Day 26 - Who will be your brides maids?
Day 27 - Maid of honor?
Day 28 - Who will walk you down the ile?
Day 29 - Are you going to write your own vows?
Day 30 - Jewelery you will wear?


Basically kalo tgk list dream wedding  ni lebih kepada cara barat, aku buat challenge ni nnt aku ubah ikut adat Melayu ye.


Mampukah aku habiskan 30days challenge ni? 

Saturday, June 25, 2011

[VIDEO] SEPAH Juara Maharaja Lawak. NABIL paling kayo!


Tekaan aku tepat kan kan kan 


Sepah
Juara 350k bahagi 3 ?



Nabil
Tempat ke 3. 150k kaut sorang!
Dis is best broooooo!
p/s: Aku minat Nabil ngan Sepah je. 

Friday, June 24, 2011

Finalis Maharaja Lawak 2011



Malam ni adalah malam yang dinanti nanti kan oleh semua peminat Maharaja Lawak. Yang pastinya finalis Maharaja Lawak mesti tengah bertungkus lumus membuat persiapan terakhir sebelum malam ni. Bagi aku setiap peserta ada dorang punye keunikan tersendiri. 


Tapi aku memang tabik spring dekat Nabil sebab dia dapat bertahan sampai ke Final. Satu satu nya peserta solo. Kadang kadang macam kesian dekat Nabil. Dah macam tak de idea. Dia sorang kan. Yang lain sume ade partner. So senang siket nak buat sketsa lawak ke ape ke kan. 2 minggu sebelum ni, aku tengok Nabil pandai bawak Spiderman-tak-bernyawa-tu sebagai partner dia. At least dia boleh communicate dengan Spiderman-tak-bernyawa-tu.

Untuk malam ni korang rasa sapa yang bakal bergelar MAHARAJA LAWAK

Ini pilihan aku mengikut turutan 1 - 4



 



Good luck untuk mereka semua.  Malam ni suree penuh umah aku. Tepon mak tadi, mak cakap sedara mara aku da pakat ramai² nak tengok kat umah aku. Marilah bergelak ketawa dengan mereka! Weeeeeeee~
Tiba tiba aku macam tersuka kat Jepp sepah c(:

UPDATED
Tekaan aku tepat! SEPAH JUARAAAAAAAAAAAA!
Tapi Nabil paling kaya. 150k kaut sorang je weh!

Ape itu Grapevine?
Lady gugu in da houseee
Gadget terkini dari Samsung berlumba lumba dengan Iphone2 

Kadang kadang Nuffnang tak adil

Assalamualaikum.

Kadang kadang aku rasa Nuffnang tak adil. Setelah sekian lamanya aku tak dapat apa² campaign. Last campaign bulan lepas kot. Sedih sedih sedih. Berblogging macam dah tak seronok plak. Ah poyo la kau Mira. Cuba kau dapat seketul BE. Kemain melompat lagi kau.

Tapi betol ah aku cakap. Traffic blog aku kira okay la. tak de la terok. Nak kate aku tak letak Ads aku da letak dah. Skryper? Leaderboard? Between content? Sume aku da letak. Tgk iklan ape je bejoget joget kat atas tu? MilkDEAL. dan kadang kadang tak ada langsung. Sedih kan?

Nak kata aku bukan Glitterri? Aku berstatus Glitteri. Nak kata aku tak update survey? Update profile? Sudahhhh. I update it regularly. But whyyyyyyyyyyyyy? 

Aku dah cashout earning aku sebelum ni. Smpai skang aku tak dapat lagi cheque from Nuffnang. Takpe tunggu smpai ujung bulan ni.

Merajuuuuuuuuuuuuuuuk lapanplohlapan jam dgn Nuffnang.

Kbai.

p/s: Ini entry luahan perasaan kepada Nuffnang. Ikut korang la nak cakap aku mata duitan ke ape ke. Tesentap bila da lama tak dapat campaign. Aku buat salah ngan Nuffnang ke?

Thursday, June 23, 2011

Marks & Spencer SALE start today! (23 June 2011)



Alhamdulillah blog aku masih selamat.Enough pasal hacker hacker ni. Malam tadi smpai aku mimpi blog aku terus hilang. :(

Wednesday, June 22, 2011

Aku tak kacau kau, tolong jangan kacau aku! Paham?!!


'He' tried to hacked my blog again! If apa apa jadi kat blog ni esok, paham paham je la 'he' dah hacked my blog. How do i know? Google anta verification number dkt my phone. Mmg totally f***ed up la kau ni! Takde keja? Fuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Aku tak kacau kau, tolong jangan kacau aku. Paham?! Ada ilmu gunakan kat tempat yang salah buat apa?. Get a life men! 

Korang better secure korang punye blog cepat. Ikut tips papanda ni! .


Pengalaman ngeri Blog kena Hacked






Khas utk Fuuuuuubuk


Sinopsis utk hari ni. Sangat tension nak edit satu satu yg hilang. Sobss 
Jangan la hacked gua lagi weh. Gua tak kacau lu pon.




p/s: blog takleh upload gmbr. Tepaksa buat manually guna code html.

Tutorial : Remove Navbar


Okeh ari ni tutorial senang. Dah ramai tau rasenye. Takpe aku buat untuk aku jugak. Kot² ilang lagi template aku bole rujuk tutorial sndrik Okey here we goo

Ini namanya Navbar


Ctrl + F cari code kat bawah ni. *Tayah ctrl + f pun tak pe. sebab code ni area2 atas je*


<b:skin><![CDATA[/*
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name:     Rounders
Designer: Douglas Bowman
URL:      www.stopdesign.com
Date:     27 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */

Dah jumpe? Good. Copy plak code ni

#navbar-iframe {
   display: none !important;
}


then paste dekat bawah code pertama tadi. Akan jadi macam ni


<b:skin><![CDATA[/*
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name:     Rounders
Designer: Douglas Bowman
URL:      www.stopdesign.com
Date:     27 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */
#navbar-iframe {
   display: none !important;
}

preview dulu. dah jadi baru save. Done!

Blog gua kena hacked bhaiii


Seronok tak blog kena hacked? seronok tak seronok tak? Korang jangan nak pelik tgk template burok aku ni. Aku tgh syok baik punye buat keja melambak kt office ni tetibe dapat msg dari Yuyu."Mira, blog u kena hacked ke?" Thanks yuyu! Tanpa buang masa aku terus bukak www.miraedora.com. Nasib boleh log in. Template hilang!.


Mekasih Dragon Force Malaysia.
Mekasih Dragon Force mekasih bebanyak. mmg dah tak de koje agaknye. 
Mekasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! 
dem yuu!

Tuesday, June 21, 2011

Contest: Eh siapa Mira Edora tu?


Entry melekat sehingga 30 June 2011. Scroll bawah siket utk entry terbaru ye.



Syarat utama contest
  • Buat satu entry bertajuk "Eh siapa Mira Edora tu?" dan mengarang cerita dogeng kau orang dengan menggunakan keyword "Aku & Mira Edora" Yang tak kenal aku jangan risau. Korang reka la cerita dgn creativity korang. Lawak, sedih, benci, ape ape saje. yang penting menarik! Mesti lebih 100 patah perkataan :p
  • Letak header blog ni kat entry korang dan link kan ke blog ni
  • Dah siap letak url entry kat ruang komen bawah cni
Cerita yg paling menarik perhatian juri akan di jadikan pemenang. Susah ke? Tak susah kan? Juri sape? bukan aku sorang yg menjuri yer. Kang nt ade kate tak fair plak kan. Kalo gune random.org macam tak kena je. penat² korang kerah idea tup² pilih pakai random.org. tak best la kan? 

Hadiah? 

  • 3X standard Dollydle mirip muka anda di tempah khas dari The Dollydle's Cottage
  • 2X plushie comel sponsored by Ezloveycraft
  • 3X Gelang Crystal sponsored by Rieyah
  • 2X Perfume Marks & Spencer sponsored by Yuyu
  • 1X Hand & Nail Cream Marks & Spencer sponsored by Yuyu
  • 1X Domo kun hp charm tempah khas dari Ezloveycraft
  • 5 hadiah saguhati blog review dr aku sendiri. Seminggu 1 blog review


Ade sape sape nak sponsor hadiah? 
*bajet cam femes amous plak kan*
kehkehkeh

Tarikh tutup 30 June 2011. Lama ni. Ade masa korang nak karang cite best best. Aku tau korang kan hebat 

Sunday, June 19, 2011

Jom pergi Scuba Diving!!



Discovery Scuba Diving (DSD) PROMOTION 2011

Sebelum tu kasi aku terangkan dlu pasal Discovery Scuba Diving (DSD) ni yer. Ok, sape kate org x de lesen menyelam x leh nak diving? SALAH ye disitu sbb korang yg tak de lesen tu leh gak rase. Gile ko nak wat lesen semate2 nak DIVE sekali 2 je. MAHAL LAH !.. DSD ni sememangye untuk orang yang TAK DE LESEN DIVING tapi TERINGIN SANGAT NAK DIVE !hahaha.. Eh ! ni bukan cobaan tau ! ini betul betul punye cite. Jom Cekedaut..!!
Pulau Tioman



PAKEJ NI TERMASUK :

Ferry Pegi dan Balik
Marine Part Fee
Bilik Twin Sharing(air-cond)
Discovery Scuba Diving (1 Dive)
Diving Equipment
Instuctor Fee
3 Hari 2 Malam

RM420.00
(kalau ramai, boleh kasi diskaun lagi ;p)

Makan tak termasuk sbb lain org len citerasenye kan, 
but dont worry kat sane makan tak mahal pon..
Ok, Sebarang pertanyaan boleh email
atau
Korang leh inbox kat FB aku. Klik SINI utk ke FB aku..
lagi 1 kalo korg nak nek bas, nak aku uruskan pon boleh.
JUST LET ME KNOW YAWW!!
Tarikh PAKEJ ni 8 JULY 2011
Lokasi: Salang tioman

******************
Information di atas aku copy paste dari SINI


Aku memang teringin sangat nak pegi under sea ni. Dari dulu lagi ngidam. Tak pernah pergi dan tak de peluang nak pergi. Sememangnya aku cinta kan laut dan pantai. Jom pegi reramai jom? Dapat murah lagi kalo pergi ramai ramai. Kite bole jadi geng nanti! 

‎~~ Scuba diving Scuba diving Scuba diving Scuba diving ‎ ~~ 



Friday, June 17, 2011

Sempena Hari Abah (19 June 2011)


23 tahun dulu
Seorang budak perempuan lahir di bumi yang penuh warna warni. Budak perempuan ini telah menambah kan keceriaan dalam keluarga encik A dan puan A. Anak perempuan yg ditunggu selepas 2 orang anak lelaki. Budak perempuan comel tersebut di sambut dengan laungan Azan oleh Abah kesayangan the one and only.

Ketika berusia 7 tahun
Budak perempuan tersebut sudah mula akan ke sekolah. Ketika umur macam ni budak perempuan tu sangat rapat dengan abah dia. Ke mana sahaja abah pegi mesti nak ikut. Sampai kan abah pergi kerja pun nak ikut. Abah selalu bawak pergi makan breakfast dekat pasar. Abah selalu bawak pergi lepak dengan kawan kawan. Terutama kawan office dia. Abah mesti bawak pergi minum kat kedai dkt dengan office abah. dan kami mesti order air yg sama. Nescafe ice! Sampaikan kawan abah panggil budak perempuan tu 'Minah kepe(cafe)' Sebab suka sangat minum nescafe. Terima Kasih Abah!

Hari hari abah akan pergi amek mak kat office mak. Office mak kat Daya Bumi time tu. Mesti la budak perempuan tu ikot. Pegi mane pon nak ikut. Sementara tunggu mak keluar office budak perempuan tu dengan abah dia mesti singgah kedai uncle dekat dekat situ makan roti kaya bakar dengan nescafe ice! Roti bakar kat situ sedap woh. Terima Kasih Abah!

Budak perempuan tu sangat manja dengan abah dia. Pergi sekolah balik sekolah berjemput. Kawan kawan sekolah lain ramai yang naik bas turun bas, Pergi sekolah balik sekolah sendiri. Terima Kasih Abah!
Ketika berusia 13 tahun
Budak perempuan tu dah masuk alam sekolah menengah. Semakin meningkat remaja. Dan ketika usia ini juga, budak perempuan ni dah kurang rapat dengan abah.Mungkin dah makin membesar dan sedikit malu dengan abah sendiri.

Ketika berusia 18 tahun
Budak perempuan tu dapat Diploma di UiTM. Orang yang paling gembira mestilah emak dah abah budak perempuan tu. Walaupun abah tak menunjukkan reaksi yg sangat gembira tapi budak perempuan tu tahu abah dia bangga sebab anak perempuan dia dapat masok universiti. Terima Kasih Abah!

Dalam masa 3 tahun dekat UiTM Segamat tu, beberapa kali jugak la budak perempuan ni kena demam panas. Demam yg sangat teruk. Abah dan emak budak perempuan tu sanggup datang dari Seremban - Segamat semata mata nak ambik budak perempuan tu bawak balik rumah. Even tengah malam sekali pun. Ada sekali tu 10pm abah budak perempuan tu smpai Segamat. Terima Kasih Abah!

Ketika berusia 21 tahun
Budak perempuan tu sekali lagi membuatkan Abah dan emak bangga. Budak perempuan tu dapat sambung pelajaran ke peringkat Degree. Luckily dekat je. UiTM Shah Alam. Tapi time nak balik seremban pun Abah budak perempuan tu jemput. Mengadanye budak perempuan ni. Alhamdulillah budak perempuan tu tamat pengajian on time. Tamat pengajian dengan result yang membanggakan.  Terima Kasih Abah!
Sekarang..
Budak perempuan tu dah menempuhi alam pekerjaan. Baru budak perempuan tu tahu macam mane susahnye abah bekerja dan carik duit untuk keluarga. Sebab ape budak perempuan tu cakap macam tu? Sebab ade sekali tu nak pegi beli Mcd adik budak perempuan tu mntk nak beli set prosperity burger. budak perempuan tu bole ckp kat adik budak perempuan tu, "Mahal la. amek set lain la" Time tu mak dgn abah ada. Mak ckp "Ha skrang baru tahu mahal. Macam tu jugak la dulu time akak senang senang je mintak abah nak mekdi nak mekdi" terdiam terus budak perempuan tu kat situ. -.-  Terima Kasih Abah!

Umur Abah sekarang dah 58 tahun. Abah masih bekerja. Tapi abah tak nmpak macam 58 tahun. :)

Insyallah. budak perempuan tu akan sedia upaya membalas jasa Abah dan emak sepanjang mereka membesarkan budak perempuan itu.

Untuk mengucapkan selamat hari abah secara lisan di hadapan abah adalah satu perkara yg sukar bagi budak perempuan tu. Semakin besar semakin segan dengan abah. Tapi hakikatnya budak perempuan tu sayang sangat dekat abah dia.

Selamat Hari bapa kepada semua bapa di seluruh dunia

Terima kasih abah!

I know my dad would not read this. but from the bottom of my heart. I love him very much! *crying* Everyday is abah's day n emak's day!



p/s: Apa kata sempena hari bapa ni kite tuka gmbr profile FB dengan bapa masing masing.? 

Thursday, June 16, 2011

Sebab sebab yang mematahkan semangat aku utk berblogging


Ketika sedih
Time sedih aku mmg tak de masa nak update belog. Bukan aku tanak update belog. Kalo aku update time aku sedih, entry aku nnt sume berunsurkan sedih je. Kan tak best tu? Aku bace balik pon buat sedih balik je acane?

Ketika marah
Kalo marah tahap siket siket tu boleh update lagi kot? Kalo tahap marah buat tangan aku menggil, darah mendidih, badan panas, kepala panas, mmg tak leh handle la nk update belog. Kalo update jugak, semua kata kata kesat akan keluar. Not nice kan? Aku kan perempuan melayu terakhir =P

Ketika weekend
Macam aku penah cakap sebelum ni, aku mmg FAIL update belog time weekend. Bukan tak nak update. But time weekend macam macam event nak buat. Event? ceh macam kau tu artis plak ade event sane sini. HAHA. Event tu means, aku dok umah mak, diam diam layan cite kat TV dan malas nak ulang alik naek atas nak online. Ulang alik naik atas? sbb PC kat umah ade kat ruang tamu family kat atas.

Ketika beberapa hari meninggalkan belog
Cer korang try 2 3 4 hari tak update belog, dan korang picit kat Create New Post tu, korang g try tekan tekan keyboard. Bape lme amek masa untuk memulakan ayat pertama? Ade idea tak? ade idea tak ? ade idea tak? Haaaaaaaaa tu la masalah aku kalo dah 2 3 4 hari tak update. So nak memulakan update sangat lah susah. Otak tepu. Tahu tak otak tepu cam ne? Ha camtu la. Camne? ish paham paham la sendiri. Tgk bila da start menaip, kan tanak berenti macam sekarang ni?


Ketika ketiadaan internet
Dah tak ada connection internet acane nak online kan? acane nak bukak blogspot. acane nak Create new post? Even kalo line internet ada, tapi slow macam kura-kura lagi buat aku hangin so mmg tak de la aku nak update belog.


p/s: ok lepas ni kalo agak agak aku tak update belog tu pepaham je la ye. korang anggap je salah satu sebab di atas. okey u olss. sayang korang <3

Bai sumorang! 

Gengblogger kena hack?

"I'm not anonymous. I'm adam oscar dimarco"

Setuju dgn ayat dia "Dont focus populor blogger only, promote them too
Adam ni siap promote list url blogger lagi. Cuba tgk link blog korang ade tak? 
Blog aku tade plak :D

Semakin menjadi jadi hackers sekarang kan. Hurm.

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #5

What is Wordless Wednesday? 
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. Read more: Wikianswer

Tuesday, June 14, 2011

........


Andai kamu merasai kekecewaan, ketahuilah bahawa kekecewaan itu menambahkan kekuatan dalam diri kamu
Andai kamu merasai kesedihan, ketahuilah bahawa di sebalik kesedihan itu ada kegembiraan yang menanti.

Permudahkanlah jalan kami Ya Allah.

Be strong sayang. No matter wut I always be by ur side. 

Monday, June 13, 2011

Padan lah muka aku


Padan lah muka aku. Sape suro tak update belog time weekend. Kan dah merudum traffic. Kahkahkah. Aku mmg fail abes nk update blog time weekend. Mmg tak penah nye berjaya time weekend nak blogwalking, nak update belog, nak balas comment, nak balas jejak. Mmg sangat FAIL. dan itu la akibatnye. Dan dan dan aku mmg tak de idea nak update ape.
ok bye!

Saturday, June 11, 2011

PIALA FA 2011 [Terengganu 2 - Kelantan 1]

VS


Terbaik ah game malam ni. Mula² sumpah bosan ape la tak gol gol ni. Dah last last minute gila ah mencabar game ni. Sakit tekak aku jerit jerit kat umah tadi. Eh aku bukan orang Kelantan even orang Terengganu okeh? Aku just layan game PIALA FA malam ni je. 

Kelantan bermula denggan selesa. Dah nak abes game boleh plak masok gol sendiri kan? Kesian. Ape lagi Terengganu plak mengasak time setengah jam tambahan. Terbaik game laju gila. Aku tutup mata je bila bola da smpai depan gol. HAHAH tak sanggup nak tengok. kehkehkeh.

Gol kedua Terengganu nmpak sangat kekecewaan pada pemain Kelantan. Nak lagi Apex. Tengok je bola masok gol time tu. Tak leh nak bwt ape dah. Takpe. Bukan rezeki mereka tahun ni. 

Tapi ada insiden tak best. Sape lah gatal tangan baling baling mercun tu. Btol btol dekat ngan gol. Kalo kena pemain kat situ camne? ish dorang ni. Tak profesional langsung! 

Eh tetibe aku semangat bola plak. 

Tahniah utk Terengganu !

p/s: update sebab game bola ni jek. ok bye!