Assalamualaikum sumorang!
Update pasal bola lagi. Sape kate perempuan tak minat bola? Sebenarnya aku bukan la minat sangat tengok bola ni. Rules men bola ni pon aku tak berapa tahu. Tapi sesejak aritu g stadium tengok Malaysia vs Liverpool tetibe rasa cam best plak tengok bola kan.
Semalam tgk Singapore VS Malaysia ramai² kat umah bersama family tercinta. Suara aku je kot yang memekak time tu. HAHAHA. Ape yang boleh dirumuskan semalam punye game;
1. 1st gol Malaysia pada saat ke 20
Ini sangat menakjubkan. saat ke 20 ye bukan minit ke 20. Aku rasa saat ke 20. Tapi aku rase kurang dari 20 saat kot. sebab time aku tgk gol da masok jerit² sket tgk kt jam tv tu 0:20 Gol cantikk dari Safee Sali
2. Padang bola tak cantik
Disebabkan padang bola kat Singapore tu padang tiruan, pergerakan pemain pon macam tak stabil. Dorang main pon macam kelam kabut je aku tengok.
3. Safee Sali kena attack
Time ni kalo tak silap aku first half. Slumber badak je player Singapore sepak kaki Safee Sali. Btol² attack kat lutut plak tuh. Pergh da la kaki Safee baru lepas injured kott. Zzzzzzzz
4. Keeper Malaysia & Barisan pertahanan
Bola smpai dia boleh tengok je? Bukan sekali. 2 kali okey. Muka redha je bila tengok bola menuju kat dia dan masok gol. Erghh. Memamg la sesetengah orang akan cakap "cakap senang la, cube tgk ko main" sebab aku tak reti main la aku nmpak macam mane ko maintah hape2. Aku tak paham apesal dorang tak kuar kan Apek. Ade yang kata Apek belum fully recovered dari injured.? Err keeper smlm tu sape name die? Sharbinee eh? Kekalahan Harimau Malaya semalam nampak sangat pertahanan yang sangat rapuh. Ye sangat rapuhhhh
5. Safiq rahim flying kick player Singapore
Ni aku tak bape nak pasti secara sengaja or tak sengaje. Memang tepat kat dada player Singapore tuh. Trus kad merah di layangkan. Time ni yang power tinggal Amirul je. Safee Sali pon dah kuar. Tskk
6. Padang bola ke padang gusti?
Seapanjang perlawanan tu aku tengok tah bape puluh kali tah player Singapore konon jatuh tergolek. Lari lari lari langgar apstu tegolek. Haish~
7. News Feed Facebook
Time game ni berlangsung, aku buat live kat facebook. #sayetakdetwitter. Wall aku penuh ngan status pasal bola. Hahaha. Dan news feed facebook penuh pasal Harimau Malaya. Sangat teruja!!
Banyak lagi nak di ulaskan sebenarnya. Walaupun Malaysia kalah dengan Singapore 5-3, harapan aku perlawanan Malaysia VS Singapore Khamis ni dapat menebus kekalahan dengan kota singa. Harimau Malaya mengauuuuuuu! Semoga Apek turun padang. Semoga Apek fully recovered dari injured die. Semoga Aidil pon turun padang. Semoga barisan pertahanan kukuh bagai konkrit!
28 Julai 2011 bersamaan hari Khamis jam 8.45mlm, mari kita sama-sama meramaikan stadium nasional bukit jalil. Pakai jersi Harimau Malaya yang awesome tu!
Tengok sini untuk cara mendapatkan tiket dan harga tiket. Insyallah I'll be there. Lepas keje zasssss ke bukit jalil. :D
nota kecik: Semangat bola, semangat harimau malaya tengah membara dalam diri aku. so jangan nak pelik =P



























