Tuesday, August 23, 2011

Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41)



Esok 24 Ogos 2011. Ada apa dengan esok? Cer teka cer teka. Orang orang yang ambil Exam PTD sure tau kann. Makanya esok akan di umumkan Keputusan Peperikasaan Pegawat Tadbir dan Dipomatik (M41).

 

Aku cam rase biasa je nak tengok result. Macam tak rase ape pon. Tak macam tunggu result time study dlu. Huhu.  Ape ape pon tahniah untuk mereka yang lulus nanti. Dah lulus exam ni kena pegi ecam PAC plak. Banyak stage woooo. Ingat senang² je nak dapat title Pegawai Tadbir dan Diplomatik?

UPDATE:

thanks Nuraitul sebab bagi tau keputusan da di tunda. Baru baca kat portal SPA. Pegi kat web www.spa.gov.my untuk cek result dan maklumat lanjut.

Friday, August 19, 2011

Berjubur ngan wanita?


Entry di kala bosan. sepatutnya aku balik Seremban abes keje tadi. Tapi di sebabkan aku malas nak menghadap kerenah KTM yang asek rosak tuh aku decide balik esok pagi. So terjadilah entry bosan malam ni.



Yaya pecah kan dara dgn bf? 
Ape kejadah nye keywords macam tu naik kat blog aku ni? Blog aku suci murni gitteww. Time time bulan ramadhan yang mulia ni pon ade je orang mencari cerita cerita yang tak berapa elok.


Berjubur dengan wanita?
Lagi macam hamsap punye keywords. Ape la agaknye dorang tgh browse kat google tu kan?


Lydia Jamaluddin
Seriously aku tak kenal lagsung sama Lydia Jamaluddin ni. Kawan skolah dlu ade la Lydia Fariza. Tu pun tah kemane ilangnye.


Putus Cinta
Nak kata aku bagi tips putus cinta ke takde plak. Cuma aku ade cita pasal putus cinta dekat entry ini dan entry ini


Masquerade
Ni pon agak top gak keyword ni kat blog aku. Mungkin sebab entry ni kot dan entry ini

Cik yuyu putus cinta
Ohh emm geee. Yuyu zulakha kah yang dimaksud kan? Den pon tak tau.


Sekian entry bosan malam ini. 


p/s: Gwa tak sabar nak balik esok. Alia dah pandai jalan! 

Lesson learnt #2


Lelaki tak suka bila kekasih hatinya bercakap tentang ex-boyfriend nye dahulu. Don't ever tried to talk talk talk about ur past with ur ex-boyfriend. Even time korang cite tu bf korang macam tak bape nak kisah, tp al kisahnya mereka tak suka. Sekali dua boleh la. Kalau dah bertahun still naik lagi nama ex-boyfriend mmg cari nahas la. Nak bercerita pasal ex-boyfriend boleh. Tapi tanya dia dulu. Selesa or tak if korang nak cerita pasal ex-boyfriend. Kalo dia kata tak selesa, better dont. Past is past. You with him now. And both of you happy with your relationship. Enough.

:)

penahbegaduhsebabini. T_T

Thursday, August 18, 2011

Lesson learnt #1


Jangan terlalu berangan/berharap future anda macam tu macam ni. nak kawen dgn boipren 5 thn lagi bla bla bla. Apa kata pikirkan apa yang akan berlaku esok. Macam mana kita nak buat hari esok lebih baik dari semalam. macam mana kita nak jaga hubungan kita supaya lebih happening dan wonderful. bila kita pikir kan apa yang kita perlu buat esok dan seterusnya, baru lah kite berjaya nak sampai 5 tahun akan datang. tak gitu? 



Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #11

layakplakakudapatduetrayalagi.T_T

Friday, August 12, 2011

Rasa terancam rasa tak selamat.


Assalamualaikum. Aku masih dalam keadaan terkejut. Baru sampai office. Sepanjang nak dekat setahun aku dok umah sewa aku skang ni, tak penah aku rasa macam ni.

Tadi kuar umah macam biasa aku akan jalan kaki sampai ke bus stop kat jalan besar. Dalam sepuluh minit jugak berjalan untuk ke bus stop lalu depan rumah rumah orang. Aku kalau berjalan memang tak pandang orang lain. Trus menuju ke bus stop kat jalan besar. Otw tu aku call ady, macam biasa pagi². Sebelum pegi kerja aku akan call dia dlu. Dah letak fon terus la berjalan ke bus stop.

Belum smpai ke jalan besar lagi, dekat perumahan tu jugak ade satu keta myvi biru metallic lalu. Tetibe dia benti kat tgh jln di mana aku bediri kat tepi jalan tuh.

"Hai. U nak pegi keja ke? Pegi bus stop ?"
"Ha'ah. Nak g keje. Tunggu bus kt bus stop bawah"
"Jom la I tumpangkan. I hari hari nampak u kat sini tau.
"Eh tak pe la. I boleh jalan sndri pegi bus stop bawah"
"Jom la i tumpangkan. U keje mana?"
"I keje midv."
"I pon keje midv juga. naik la i tumpangkan"
"Eh its okay. i dah lambat ni. nak ujan dah. i pegi dulu"
"Eh kejap la... *reverse keta*. I nak berkenalan dengan u boleh? nama i jeff"
"I dah lambat nk pegi keja ni. Nak ujan dah" *terus jalan tak toleh belakang dah*
Time aku nak blah tu aku nampak muka Jeff tu macam tak puas hati aku tak nak tumpang dia.

Takut. terancam. rasa tak selamat. Terus aku call Ady. (Ady tak keje kat KL. Dia kat Melaka) Walaupun aku tau time tu dia da masok keje. Aku mengadu kat ady ape jadi kat aku tadi. Aku on phone ngan ady smpai kat simpang perumahan nak ke jalan besar tuh. Dekat simpang tu aku nampak keta tu lagi. Dia tunggu lagi kat ctu. Maybe dia nampak aku on phone, dia terus jalan. 

Sepanjang aku duduk situ aku tak perasan langsung kereta tuh. Tak tau la sama ada dia orang situ jugak ke. Orang luar ke. Tapi seriously aku tak perasan langsung. 

Aku masih dalam keadaan terkejut. Aku takut lepas ni dia ada ikot aku lagi. Kawasan perumahan kat situ pagi² agak sunyi. Cuma beberapa rumah yang pagi² dah bukak pintu n buat aktiviti luar rumah. And mostly org tua tua.

Ape yang aku ingt skrang kereta myvi color purple biru. aku try google myvi clour tu tak jumpe plak. n no plate just nmpak WSD jek. no blakang tak sempat nak pandang. cuak punye pasal. Aku cam muka dia. Indian. 

Aku rasa tak selamat. :(( 
Lindungi lah hamba mu ini Ya Allah.

Thursday, August 11, 2011

Bangga ke tak puasa secara terang terangan?


Assalamualaikum pembuka bicara. Macam mane puasa? Dah masuk hari ke 11 dah umat islam berpuasa. Tapi masih ada yang tak berpuasa lagi. Tak puasa bukan sebab masalah kewanitaan #period atau ibu mengandung atau sakit yang tidak dapat di elakkan. Tapi tiada sebab tak berpuasa.

Yang perempuan. Alasan tak berpuasa. Memanjang je period. Kau period sebulan ke ape? Monopous ek? Opsss. Muda² lagi dah monopous? Kesian laki kau nanti. Tak dapat zuriat lah nampaknya. Eh dah la tak puasa. Dengan bangga nye terang terangan pegi beli makanan time lunch kat cafeteria. Dah la beli makan kat cafeteria. Makan pulak kat cafeteria? Eh ape kau ni? Tak reti hormat langsung bulan yang mulia ni. Kau bajet muka kau macam chinese look or indian look or wutever look lah? macam tu? kalau muka tu dah memang muka melayu tak payah la nak kononnye kau tu bukan melayu. Eh tapi kau ISLAM kan? Tak reti hormat ke? 

Officemate aku punya mak ada bukak cafeteria dekat Menara *tut* area bangsar. Time puasa memang dia tutup kedai. Bukan tak nak berniaga. Tapi takut menambah dosa. Sebab apa? Sebab orang ISLAM secara terang terangan beli makan time lunch. Takkan nak beli makanan untuk berbuka kot? Awal sangat tu kak oi. Dan yang tak boleh belah nye. Amek pinggan, amek nasi, amek lauk. Makan kat situ? YA ALLAH. 

Yang lelaki. Ape je ek alasan kau tak berpuasa pada bulan ramadhan yang mulia ni? Period jugak ke? Errr sejak bila ada hormon² kewanitaan ni? Dua alam ke? Oppssss. Pegi cafeteria, beli waffle. Pegi belakang cafe, masuk balik tgk dah tak de dah waffle dalam plastik tu? Eh dah hilang?  Eh ajaib. Eh ade orang suh beli kan ke? Ehh. Org 'atas' tu nampak tauu. 

Yang lelaki time puasa terang terangan pegi kedai 4D. nak beli nombor ape tu bang? errr no kan banyak kat henpon la kat laptop la, di mana mana je pon ade nombor bang. kenapa nak pegi kedi 4D tu. Abg tak malu ke keliling abg sume bukan islam? 

Hormatilah bulan ramadhan yang mulia ini. Sedangkan orang bukan islam pon reti nak hormat orang islam berpuasa. Ini kan lagi kita yang dilahirkan sebagai seorang Islam.


Semoga bulan yang mulia ini kita sama² dapat menambahkan amalan kepada-NYA.




i'm on twitter @mira3dora do follow me :)

Saturday, August 6, 2011

5/8/2011 - KTMB MALAYSIA BERMASALAH. PEOPLE FAINTED. NO AIR COND. FORCE TO WALK TO THE NEAREST KTMB STATION.



Berpusu2 nak balik.. terpaksa mendaki, cr jalan lain nak balik
 Credit picture to KTMB fan page
Entry ni sambungan dari entry semalam. Punya la aku tak puas ati, aku google lagi ape masalah smlm. Mmg ktm bermasalah smlm http://www.facebook.com/ktmber​had?ref=ts&sk=wall aku kira bersyukur masih dekat station midv menunggu tren. ada yang dalam tren sampai seputeh tren stuck. no air cond. people fainted. people force to walk to the nearest ktm station. sungguh menduga perjalanan semalam..

6.55 pm - 5/8/2011 : Cabel terputus antara stesen putra & segambut.
Credit picture to KTMB fan page

 
mungkin kalau aku naik tren yang ke-2 smlm yang aku tak dapat naik tu sure aku stuck macam kat girl atas ni.


KTMB Malaysia tolong lah ambik tindakan yang sewajarnya. Kalau ada pilihan pengangkutan yang lain dah lama kami semua tak naik KTM. Tapi tiada cara lain. Yang pegi keja senang naik KTM. Yang nak ke Seremban tak payah susah payah ke KL naik bas ke Seremban. PLEASE. UPGRADE UR SERVICE. BUKAN SEKARANG JE KTM BERMASALAH. DARI DULU LAGI.


Friday, August 5, 2011

Dugaan bulan puasa


Pagi tadi aku sangat happy nak tunggu 5.30ptg tepat aku nak balik seremban terus. Tiket tren aku dah beli awal² pagi tadi lagi sebab taknak bersesak sesak beli tiket blk keje 5.30 tuh. Tepat 5.30 aku chow trus pegi ktm midv. Kt luar KTM ade org jual kuih. Aku beli 2 ketul karipap dan 1 ketul kuih keria. bersamaan RM1.20. 

Sampai ktm aku tgk dah ramai orang dah. pelik. selalu time macam ni tak ramai lagi. Ok fine aku tunggu je dlu. Aku tgk jam 5.45ptg. Aku tunggu lagi. Tren arah KL smpai. Tren arah Seremban tak sampai lagi. 6.15ptg tren pertama arah Seremban sampai. By that time tren arah KL sampai lagi. means 2 tren arah KL. 1 tren arah Seremban. Macam biasa. Ramai padat penuh macam sardin. Ok aku mengundur dulu. tunggu tren seterusnya.Penunjuk masa tren kat KTM menunjukkan tren arah seremban pkol 7. 

Tren kedua sampai. Pon tak dapat masuk. Padat penuh sesak bertolak tolak. macam sardin. mengundur lagi. 7.25 azan maghrib. Buka puasa duduk besila atas lantai minum air Teh chrysanthemum dan kuih 3 ketul. Kenyang. 7.45 cukup 2 jam aku kat KTM Midv tuh. Penunjuk masa tren tunjuk pkol 8 baru ade tren. Aku sabar menunggu. Sabar lagi. Makin lama penunjuk masa tu asek tuka je masa. Mula² kol 8pm, pastu 8.15, 8.20. Ahhhh tak leh jadi. aku tepon hotline KTM trus. Hati dah panas. mmg panas gila. Smpai kan ady kena tempias. Sorry syg.

Call hotline KTM. 

Aku: Cik ape masalahnye dgn KTM hari ni? 

KTM: Tren mmg ada masalah cik. Tren dari arah seremban dan tren dari arah KL di tamatkan perkhidmatan. Ada masalah sambungan bla bla bla

*Ah mmg aku dah menyirap dah time tu*

Aku: Dari pkol bape ye sebenarnya masalah ni?

KTM: Dari pkol 7 tadi cik

Perghhh laagi cam haram. baru nak announce. 

Aku sangat marah sekarang. Nak menangis pon ade. Lapa pon dah jadi tak lapa. menunggu 2 jam lebih yang sia sia. Refund tiket beratur panjang lagik. Pastu balik umah sewa terus. Kesian kat dorang yang nak balik jauh². NaK cari alternatif lain? Dah memalam macam ni nak dituju kan kemana?

SANGAT KECEWA DENGAN SERVICE KTM. TOLONG LAH TAMBAH TREN LAGI. TERUTAMANYA KTM. KTM DAH MACAM SARDIN. DARI LABURKAN DUIT BUAT BENDA TAH HAPE HAPE YANG TAK MENDATANGKAN UNTUNG KAT RAKYAT LEBIH BAIK TAMBAH PENGANGKUTAN AWAM. 

SEMALAM KUAR BERITA KATA NAK TAMBAH TREN. MASA MENUNGGU LEBIH KURANG 2 MINIT. KITA TUNGGU DAH LIHAT. JADI KE TAK.


Thursday, August 4, 2011

Eye shadow super cooll

 Macam rumput pon ade gak ni

 cam real je zip dia

 auummmm aummmm tgk bola Harimau malaya bes pakai camni

 sumpah mcam harem hahah

 niceee

peminat hello kitty pasti gemarkan ini
phew ada bulan siapp cemgini kene tutup mata je la

 macam kena bakor 

 errr 


 
siyes cantik !! pegi prom nite mesti goges yuu

Adik adik abang abang jangan men mercun yerr


Assalamualaikum. Eh haaaaaaaaaaiii. Selamat berpuasa sumeee!! rindu tak rindu tak? Seminggu lobih den tak update belog yaww. Bese ah. Bizi siket. Sesejak officemate aku bwt perangai, keje aku makin betambah tambah. Macam siot. Sila la blah cepat dari office tu supaya ko tak makan gaji buta. Ok ini luahan perasaan yang tiada kena mengena dengan tajuk.

Aku baru lepas tengok berita nih. Baru puasa ke 4 dah kuar berita orang men mercun meletup memang la men mercun meletup kan? kalo tak meletup bukan mercun nama nye. ok sambung. Baru puasa ke 4 dah putus 3 jari. muka cedera. Adoi. Kamon kamoonn. Kenapa la dogil sangat korang ni? Dah tahu mercun tu bahaya nak main jugak. Kan dah beraya tanpa jari nnt. Kamon la. Tahun lepas lagi teruk. Bangsal yang ditempatkan utk mercun mercun tu meletup. Habissssssssss bekecai. Ponnnn dekat negeri yang sama. Malas-nak-cakap-negeri-mana-google-sendiri.

Eh esok dah ari jumaat. Yeayyy balik seremban. Buka pose ngan family. yeayyy. Seminggu ni aku mmg jimat abes ah.yeayyy. Bape banyak kali kau nak yeayy mira ? yeayy. ok stop.  Dah 4 hari pose aku tak pegi bazar ponnn. Haaa jimat betol. (Sebenarnya tak de bazar yang terdekat pon ngan umah aku) kan dah kantoi. kehkehkeh. Tapi kalo ada pon aku tak pegi KOT. kot la. Ye la. pegi bazar abes duet woi. Bek la aku masak sendiri kat umah. sedap tak sedap lain cite. asalan perot aku kenyang. 


Menu sahur dan berbuka :

Isnin: 
sahur - roti butterscotch 2 keping + air soya kotak + air masak secukupnya
berbuka - kurma sebiji + nasi + ayam masak lomak cili api (lauk mak masak dari umah) + ikan bilis ngan kentang sambal (masak sendiri-nak-mensyen jugak) + air masak

Selasa:
Sahur - roti butterscotch 2 keping + air kotak coklat + air masak secukupnya
Berbuka - kurma sebiji +  nasi + lauk ari isnin ade lobih + telur dadar + air masak

Rabu: 
Sahur - roti butterscotch 2 keping + air kotak coklat + air masak secukupnya (eh macam sama je dengan ari selasa?)
Berbuka - Kurma sebiji + nasi + ayam goreng instant + ikan bilis ngan kentang sambal + telur dadar + kicap + air masak

Khamis: ari ni lew
Sahur - roti butterscotch 2 keping + air soya kotak + air masak secukupnya
Berbuka - Macaroni goreng podeh (masak sendiri-nak-jugak-mensyen-dalam-ati-hopefully-future-mother-in-law-baca) + Teh o ais laici + air kosong. 

Phew ari ni makan cam omputih siket. feel macam makan kat kedai. KAHKAHKAH. Padahal berbuka sorang sorang jew T_____T Nak buat cemana. Family jauh. Boipren jauh. Osmate kadang buka kt umah kadang tak T_____T tapi takpee asalkan aku dapat berjimat pose ni. Anak buah bederet woi menunggu duet raya.

Kenapa aku tak sahur makan nasik? ramai tanye aku diet ke? errr tak diet pon. Tapi pepagi mmg tak boleh la nak sumbat nasik. Makan roti pon dah cukup. Smpai petang tak lapo. Alhamdulillah. Lagipon aku ni liat siket nak bangun sahur. Tiap hari sahur pon boipren yang kejutkan ^_____^ matamacam kena gam tak boleh nak bukak bile die tepon. Siap bagi arahan kat aku suh bangun n duduk besandar kat dinding lagi. Punye la takot aku tido balik lepas letak tepon. HAHA. 

 Eh perasan tak tajuk entry punye content satu perenggan jek. yang lain sume takde kena mengena dengan tajuk entry. Tak pe la tak de orang nak bace pon. 
p/s: thanks sebab masih sudi follow blog ni walaupun lame tak berupdate.
mintak ampun mintak maap tiada ati nak berbelog.

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #10



Coconut Shake Klebang, Melaka

Ayam Penyet Ria - Wangsa Walk


Saje nak buat korang terliur. K bai!