Friday, September 23, 2011

Bila ko plak nak kawin? Bila ko nak tunang?


Di usia² yang dah boleh menikah sekarang ni banyak btol soalan cepu emas aku dapat time time pegi bekunjung raya umah sedara mara. Tak lupe juga kawan kawan yang dok bertanya bila pulak aku nak menikoh? betunang? Haaaa. Kadang² da naik muak dengar soalan yang sama. Haha. Tp aku pekak kan telinga saje. 

Ape yang selalu aku jawab? 

1. Belum sampai seru (jawapan paling biasa orang jawab)

2. Allah s.w.t dah tentukan setiap perkara untuk umatnya. Jodoh & ajal. So kita follow with the flow. 

3. Duit tak cukup lagi. nak support? boleh jee. esok gak boleh kawen.

4. Belum cukup ilmu rumah tangga di dada. 

5. Tunggu ko kawen dulu baru aku kawen.

6."Bape lama ko dah keje then ko decide nak kawen? kalo 3 tahun ko keje then baru kawen, so aku camtu jugak la" (Kalo yang bertanya tu kawan² yang dah kawen)

kebanyakan kawan² aku yang dah kawen tanya aku camtu, aku jawab dengan jawapan no 6 tu. sure terdiam mencari kata kata. kehkehkeh. Kalo misalnya perempuan tu baru setahun keje then dah kawen. Aku tanye plak bape lama laki dia dah keje and kumpul duit utk kawin. Muahhaa.

bagi yang berstatus macam aku ni. Bole guna ayat² di atas untuk menjawab soalan cepu emas tersebott.

K bai.

Tuesday, September 13, 2011

Hairstylist Korea yang comel dan sangat awesome


Korang penah tengok Star King tak? Kat astro channel 393? Aku tepengaruh ngan Star King ni pon dari angah aku ngan kakak ipar aku la. Every saturday pkol 3.30pm mesti da tepacak depan tv. bukan aku sorang je, mak, abah, adik aku pon join gak tgk Star King ni. Die cam realiti show jugak la. Tapi bukan dok menyanyi je menari je. Memacam bakat ada. Yang penting best dan lawak. 

Video bawah ni korang mesti teruja. Especially yang free hair. Walaupun tak de subtitle English korang tengok je la hairstylist yang comel tu. Umo da 30 lebih  tapi macam 20 lebih comel gila!

Layannn...





amacam ? Best tak?

Thursday, September 8, 2011

Dak kecik yang semakin membesar, semakin comel dan semakin cerdik


Ingat lagi tak pasal anak buah aku yg sorang tu? Alia? Dah lama aku tak cite pasal Alia kan? Sekarang Alia dah 1 tahun, 1 bulan, 8 hari. Alia dah pandai jalan tau! Suka sangaatttt. Alia baru jer pandai jalan time bulan puasa aritu. Sekarang ni dia dah confident dah jalan. Mula mula dulu asal bediri je tak smpai seminit dah duduk balik. Hehe.

Lady boss jawab tepon =P

 First time naik kereta ni


Alia dah pandai jalan

say eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

 say aaaaaaaaaaaaaa

hai kakak hai abang hai auntie hai uncle

Alia bermain dengan control astro

kemain pandai menukar channel ikut suka. (Abaikan suara asing tu). Bukan control astro je dia reti tuka tuka channel, control aircond pon dia pandai on/off tahu? kalo handphone tu jangan cakap la. Memang dari kecik lagi. pantang nampak handphone sket mula la dia nak. Iphone and Ipad paling dia suka. kalo x kasi tunggu la dia jerit. HAHAH

Sayang Nur 'Aaliyah sangat²

Wednesday, September 7, 2011

Kakak kembarku Eira Syazira bakal bernikah dengan Azad Jasmin 16 September ni


Kurang 2 minggu lagi kakak kembarku (perasan) Eira Syazira akan bernikah dengan jejaka pilihan hati beliau iaitu Azad Jasmin pada 16 September 2011. Dorang ni sangat sweet okay. Selama dorang bercinta dah lebih 3 tahun ni, jarang aku dengar gosip yg yang tak best pasal hubungan dorang.

pic credit: google

Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah Eira di Putrajaya pada 16 September ini. Tapi majlis resepsi akan diadakan pada bulan November nanti. Sepanjang dorang becinta ni tak de pon nak menunjuk² macam 2 orang yang terlepas kes khalwat tuh. Uewwww

pic credit: google

Ape pun tahniah untuk kakak kembar ku (perasan lagi) dan Azad Jasmin. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Kami semua mendoakan kebahagian korang berdua :) 

*kalo korang percaya Eira Syazira kakak kembar aku mmg aku nak gelak guling guling

Monday, September 5, 2011

Raya part 2 [amaran keras entry penuh gambar kahahkah]


RAYA PART 1 [click]

Haluuuuu Assalamualaikum. Semalam kemain kan tepek 2 gambar je kat entry. kemain lagi tepek gmbr sendiri pulak tuh. kemain kemain kemain apesal cam best je sebut kemain ni. Apesal ek kemain lagi ramai yg betunang time raya ni. Jeles aiii tahuuu?

Okeh mari kita layan entry yang penuh gambar raya. Raya pertama je banyak gambar.

Gadis dan bunga
Mereka adalah kazen paling rapat. Dari depan Aida(11), Atiqah(23), Adila(17), Mira Edora(24) Auww auwww ai paling muda tahu? n_n kalo dorang ni tak de mg tak happening la gwa cakap luuu. 

Gadis dan rumput
gambar tak nmpak kaki sebab kaki masing masing pakai selipar cabuk. kahkahkah

Bersama Noh hujan
Mereka adalah adik beradik. Mereka sangat happening. Ada macam Noh hujan tak yg tetengah tu? kehkehkeh

Emak terchenta <33
Sama kan tahi lalat kami? hehehe
Readyyyyy
Yeayyyyyyy. Memasing jerit time snap gambar ni. Macam la dapat dengar plak kan. HAHAH
Ini adalah sebahagian daripada family. Tahun ni ramai yang takde. Even family aku pon just kami berempat je beraya bersama time 1st raya. Abh, Mak, Aku n Ajim. Angah balik umah mak mertua dia. Along plak beraya nun jauh di tengah laut. Sob sobb. Insyallah tahun depan betambah lagi sorang dalam family aku. Boleh beraya sakan thn depan.

 Rose among the thorns. Cehhh ayat kaw
Time ni kat Seri Menanti. Tu je la satu satu nye kampung yng kitorang sume boley bergambar sakan macam dok kat kampung sendiri. Umah ni sebenarnya umah adik wan aku. Kitorang mane ade kampung. Umah wan aku kat balakang umah aku je pon. Tu pon dok kat taman. Time raya taman tu kitorang yang konker.

Hai nak bekenalan boleh?
Kemain korang. sat g komen byk lew yang tanye pasal jejaka gigi besi ni. Kannn kemain tauu. Adik sedara aku ni woii. Nak ngorat? Tanye akak sedara dia dulu. Btw adik sedara aku ni free lance photographer. Kalo rasa rasa nak photographer boley la contact dia. Bole tgk testimoni beliau :) Fiqqq akk promote ko ni fiqq. Promote untuk photographer okay. Bukan promote diri hang :P

I just love this picture
Ni raya kedua. Time ni kat umah Mak Lang. Kat paroi je. Umah mak lang taman dia orang lain tak leh challenge. Cantik okayy. Tengok la gambar tu. Tgk real life lagi cantik. Gambar ni pecah² siket. Copy dr FB pakcik aku eheh. Agak agak mane aku eh?

Gadis kampung menanti kekasih hati :)
Gadis kampung la sangatt. balik kampung baru panas siket da kecow. HAHA. By the way ceh nk gak speaking, masih belum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua readers kesayangan aku. Terima kasih sebab sudi jenguk blog aku yang da lama tak berupdate ni. Mintak ampun mintak maaf kalau entry entry sebelum ni ada mengguris hati sape sape secara tidak sengaja.

The worst part untuk raya tahun ini adalahhhhhhhhhh AKU TAK DAPAT SATU SEN PON DUIT RAYA OKAYYYYY!!! 
T__________T

 kbai.


gmbar utk first raya. gambar second raya tak masok lagi. kalo masok mau meletop blog aku ni.
credit to my uncle Rie Saleh for those picture. :)

Sunday, September 4, 2011

Raya part 1



 
 Polaroid

 

Senanye takde idea nak update. tepek gmbr je boleh? nt update lagi. K thanksbye