Monday, November 21, 2011

Aku Bukan Tomboy - menyelami dunia tomboy dan pengkid


Dah lama tak men'review' movie2 terbaru kt pawagam. Ye la last skali aku tgk cite Hantu Bonceng je kot. smlm baru la ada masa nk pegi tgk movie and ngedate skali. Da sebulan lebih xjumpe rinduuu. Ok stop. Tu nt cite.

Smlm berpeluang menonton Cerita arahan Syamsul Yusof yg terbaru. Aku Bukan Tomboy lakonan Scha Al-yahya, Shahiezy sam, Syamsul yusoff dan beberapa lagi pelakon yg aku tak bape ingt nama. Bagi aku cite ni cite komedi ringan je kot. Lawak mmg lawak. Tp x de la smpai pocah perut den golak. Ok tipu golak mano ado smpai pocah perot. Hiperbola btol kau ni mira. Tp ye la just komedi ringan time tensen2 boleh lepak g tengok cite ni.

Jln cerita ni syamsul yusoff btol2 buat research pasal tomboy dan pengkid ni. Seriously kalau nak tau pengkid tu cemana tengok la cite ni. Dlu aku ada kawan tomboy. Tp aku tak sure la die pengkid or tak. Means yg kapel2 ngn pompuan la kan. Tp yg aku tau die tomboy. Tp pakai tudung. Kesian kan? Crisis identity. Aku mmg kawan ngn sumorang. Termasuk la tomboy. Tomboy lain dari pengkid. Tomboy just cara pemakaian jer yg menyerupai lelaki. Yg pengkid plak dah la menyerupai lelaki, minat kaum sejenis, konon belagak cm lelaki.

Dalam cite ni Farisha @ scha al yahya seorang tomboy. Die tomboy bukan pengkid. Naluri wanita still ade. Minat kat lelaki. Berangan ade boyfriend. Farisha seorang gadis penghantar pizza yg 1 hari tu kena langgar ngn mamat blur or Burn lakonan syamsul yusoff. Mamat ni mmg sgt blur Burn mempunyai seorang PA yang sangat gedik lakonan Eira Syazira. Sumpah gedik dowh. Mamat blur ni kena control ngn PA die smpai die jumpe farisha die terus berubah tak ikot ckp PA gedik tu lgi.

Shahiezy sam berlakon sebagai kawat karib kepada farisha ni mulanya x ngaku yg die suke kt farisha tomboy ni. Bile farisha dah mula kuar ngn Burn tu baru die terasa kehilangan kawan karib die tu.

Sumpah muka takley bla rase nk penyepak je. HAHAHAHA

Agaknye ape terjadi pada mereka bertiga? Farisha, Burn dan Sam. Minah minah pengkid plak berebut si farisha tu jugak. Sape yg berjaya dapatkan farisha? Sila la tonton sendiri. Hehehe.

Lps nonton movie, ngedate area melaka. I love melaka. Cewaaah dan dan love melaka kannn. No la kalo nak ngedate kt seremban sumpah aku x tau nak g mane. X de tempat menarik selain jusco seremban 2 tu aiyoohh.



Suke lepak kat epi pantai cenggini. Siapa kah lelaki misteri itu? Ecececce macam xkenal plak kan. Ngedate lagi sebulan akan datang. Cinta jarak jauh itu best tahu? Dah lama x jumpe then nak jumpa mesti semangat gila! Penampilan mesti rase nk perfect je. Bape kali aku tgk cermin sblm kuar umah. Muahaha.

Till then. Assalamualaikum.

Friday, November 11, 2011

Bila perempuan tengah angau bercinta


Penah tengok tak orang yang tengah angau becinta? Alah korang yg tgh becinta tu macam tak penah lalui saat saat macam ni kan? Saat saat yang bila

Mandi tak basah
Tidur tak lena
Makan tak kenyang
Senyum sorang sorang 
Tengok gambar pon boleh senyum sorang sorang

Aaaaaahhh nk di jadikan cite, tadi aku on the way balik dalam KTM, ade la sorang minah ni dok seblah aku. Ok, seblom die duduk tu die dok begayut kat tepon bersayang - honey la ngan boipren die. Ok fine bese la tuh kan. Pastu die dok seblah aku. Dok seblah aku die dok tgk gamba gambar die ngan boipren. Ok fine. bese la tu kan tengok gambar gambar ngan boipren. Ala korang nak kate aku bizi body la tu jeling jeling orang seblah kan? Dah tu seblah aku je mmg la nampak dgn ekor mata ku yg tajam ni. cewah.

Ok sambung. Pastu die dok scroll scroll gambar die ngan boipen die, pastu dok senyum sorang sorang. Aku rase la gambar gamba tu di ambik pada hari yang sama. tgk kaler baju ape sume same jeee. Hebat kan aku jeling2 org seblah? muahaha. Pastu pastu ade org call. adik die kot. Lepas jawab call tu die dok scroll balik gambar gambar yang sama.

Pastu pastu yang tak boleh bla nyeeeee die boleh ckp sorang sorang 













"Sweet nyeeeeee"







Astagaaaaaaaa. Aku cam er er aku salah dgr ke ape ni?Korang boleh bayangkan tak aku buat muka macam mana? Die tak de la kuat sgt ckp. Tapi kira kuat gak la aku kt sblh die boleh dengar kan?

Ok pompuan ni mmg tengah angau!!


Monday, November 7, 2011

Sebulan update satu entry kira okay la tu


Hai Assalamualaikum. Bulan September hanya 6 entry sahaja. Bulan October pula makin hebat. Hanya 1 entry sahaja. Nampak tidak kemalasan di situ? Ya mmg sangat terabai blog sekarang. Sebab musabab utama MALAS. Melawat blog orang pun tak. Apetah lagi blog sendiri yawww.

Bai de wey, reason paling kuat yang korang kena percaya adalah aku tak lagi menyewa di KL. Now onwards aku ulang alik dari Seremban - MidValley by KTM. Walaupun KTM senantiasa menaikkan kemarahan aku, tapi aku tetap meggunakannya. Oleh sebab itu aku jarang sangat nk bukak blog, mencarik idea untuk menulis. Kalau dulu time budak budak baru nak up berblog bole la aku nak cite kan segala kat blog ni. dah macam diari kehidupan plak kan. Tapi sekarang aku rasa macam dah tak sesuai je. Lagipun nothing interesting nak kongsi. Hari hari benda yang sama. keje keje keje keje. Merungut pasal keje. Keje banyak. tensen keje. Tu je lah. Kan tak best tu?

Sekarang dah bulan November. 2011 dah semakin melabuhkan tirainya. Agak agak aku punye Azam 2011 yg penah aku buat dulu tercapai tak agaknye? Kita nantikan thn depan. HAHA. Aku suka ujung tahun. Dengan harapan Bonus sebulan gaji ke dua bulan gaji ke dapat ujung tahun. TAPI hanya mimpi di siang hari la nampaknya.

Hujung tahun ni banyak Agenda. Agenda utama, my Along's Wedding. Nanti kad da siap aku jemput korang sume datang ye. Tp bukan aku la yg kawen. Along aku yg kawen. HEHE. Baju untuk along kawen aku da siap tempah. tunggu siap je. Kan Along kawen aku yg over gituuu.
Okay lah. Saje menunjukkan muka kat cni. Ye lah da lame korang tak jejenguk blog aku yg da besawang ni kan. Kasi up sket la kat dashboard korang tu. HAHA.

Encek kekasih dah tido. Saya mahu tido jugak. Kenapa esok kerja?