Monday, June 25, 2012

Dengan pas mingguan anda boleh jimat sehingga 50% !




Asslamualaikum dan selamat berpuasa. Eh? Ye belum masuk ramadhan lagi tapi aku tgh berpuasa ari ni. Puasa ape paham paham je sudah. Okeh?

Aku adelah pengguna tegar KTM komuter. Amboi ayat pengguna tegar dah macam ape plak kan. Sejak sejak dah dekat setahun aku ulang alik Seremban - Midv ni aku just gune TnG je. Sentuh dan blah. Tak payah aku nak beratur panjang setiap kali nak naik KTM. Asal aku cite kat orang aku ulang alik Seremban - Midv pegi keja hari hari, mesti sume cakap "Miraaa jauh nyee ko ulang alik. larat keee? Tabah btul ko hari hari redah manusia dalam train tu" Bahaha. nak beuk cemano. Den ghaso tu lagi jimatttt. Dari den dok KL menyewa. *Sigh

Mari kita main kira kira kos sebulan aku ulang alik Seremban - Mid Valley :

Seremban - Mid V - Seremban 
RM5.9 sehala x 2kali = RM11.80 (utk sehari)

Seremban - Midv - Seremban
RM11.8 X 5kali = RM59 (utk seminggu. Isnin - Jumaat sahaja)

Seremban - Midv - Seremban 
RM11.80 x 20hari (utk sebulan.Isnin - Jumaat sahaja) = RM236

So sebulan aku kene peruntukan around RM250 utk top up SentuhDANBlah (baca: TnG)

Dan sejak bulan lepas aku terpandang la promosi khas KTM ni. Jimat hingga 50% utk pas mingguan. Sebabkan bulan lepas TnG aku masih ada baki, so masuk bulan baru ni aku pon try la kan beli pas mingguan ni pagi tadi.


Seperti yang kau orang bole tgk tu RM30 untuk semingguu!!! Seminggu tu dari Isnin - Ahad tauuu. So kalo time sabtu ahad aku nk g midv pon tade hal la. sebab dah ade pas mingguan ni kan. So mari kita calculate brape banyak yang aku dah jimat kat cini.

RM 30/wk x 4wks = RM120

Peruntukan asal aku untuk ulang alik keja utk sebulan adalah RM236.
Peruntukan baru aku untuk ulang alik keja utk sebulan adalah RM120.

RM236 - RM120 = RM116

Aku dah jimat sebanyak RM116!!! 

RM116 tu aku bole beli macam macam hoii. Beli barang untuk diri sendiri, barang umah, barang dapur mahupun untuk barang menjelang majlis nanti. Ihikksss.

Saya suka saya suka. (gaya mei mei upin upin)


Ok itu je nak cite. K bai.

4 comments:

  1. ha'ah jimat kot. jauhnya awak, mmg pengguna tegar lah ye.

    ReplyDelete
  2. dia nk tunang da..x habaq.senyap2 je kn telan sorg2.cani la kwn. -.-

    ReplyDelete
  3. boleh lah kita dating kat mid valley!

    ReplyDelete

This is best brooooooo!