Tuesday, September 11, 2012

Engagement | Sponsor


Cite pasal engagement lagi. Harap korang tak bosan la ye. Walaupun aku tau ade yang cakap "Weh majlis tunang ko dah macam kawen" Aku? Senyum je :) Biar la ape orang nak cakap. Okeh back to the topic. Sponsor. Alhamdulillah. Ade beberapa orang yang sudi sponsor untuk hantaran dan majlis tunang aku dan menjadikan nye lebih sempurna. Alhamdulillah.. 

Parcel paling besar aku dapat. Kotak ais jual ikan lagi =P

Ni first sponsor aku dapat dari kawan blogger. Ayu. First aku invite ayu untuk majlis aku ni kan. Terus die cakap, "nak bagi satu hantaran la" Aku cam memula tak caye la kan. Bia betol ade orang nak sponsor hantaran untuk tunang kan. Hahah =P Then ayu trus cakap nak sponsor coklat yang macam time die tunang aritu. Coklat ni die tempah dari arahchoclate. Memang cantik! 

Chocolate dan bekas santek!

Ni la rupe Coklat yang aku cakap tu. Siap kotak yang cantik lagi. Kotak tu bole buat tempat barang² accessories aku. Tapi! Ni bagi kat belah pihak ady. Kuikuikui. Da la coklat die pon cantik. Nak makan pon sayang tahu! Oh ye. Kawan sekolah aku (Shabariyah) pon ade sponsor coklat macam ni jugak. Tapi kotak kecik punya. Ekceli untuk belah pihak ady la kan. Tapi time kawan sekolah aku smpai, rombongan pihak lelaki dag bergerak pulang. Hukkk. Shaba, takpe kan aku amek? heeeeeeee tak malu >.< Thanks ayu. Thanks shaba. Alhamdulillah


Kuih raya sodap!

Ni plak second sponsor untuk hantaran. Kuih raya. Almaklum lah. Aku kan tunang time musim raya lagi. So idea to give kuih raya secara spontan. Actually mak cik aku jual kuih raya. Ekceli aku nak beli dari mak cik aku. Aku ck kat mak cik aku, kuih ape ape yang sedap la kan. Nak 3 balang. nak buat untuk hantaran. At last time aku amek kuih tu dari mak cik aku, mak cik aku cakap tayah bayar. die sponsor. Syukur Alhamdulillah :)

Buah buahan tempatan

Hantaran tunang tak sah kalau tak de buah buahan tempatan kan? So buah ni sepatutnye aku nak beli sehari sebelum majlis. Ye lor kang beli awl² busuk plak kan. Then 2 hari sebelum majlis, Mak teh aku tnye mak aku dah beli buah ke belum. Mak aku cakap le belum kan. Sebab nak beli esoknye. Haaa time tu la mak teh cakap mak teh nak sponsor buah. Syukur alhamdulillah :) 

Kek caramel

Kek yang santek dan sodap ni jiran depan umah aku sponsor. Thanks aunty! Sehari sebelum majlis, time tu dia baru balik keje dengan husband dia, dia hnatar depan umah. Aunty tu cakap, buat la ape yang awak nak dengan kek ni. Nak makan sendiri ramai² boleh, nak wat letak kat hantaran pon boleh. Heeeeee. Thanks a lot aunty! oleh sebab hantaran aku da cecukup dan dulang hantaran pon cukup² je, so we decide untuk bagi makan kat tetamu² yang hadir nanti. Syukur alhamdulillah.

Marshmallow in a jar

Marshmallow dalam jar comey ni di sponsor oleh @Ainieynokey a.k.a kakak sedara saye. Ekceli time jumpe kak Aini time raya, memula kak aini nak sponsor kek. Pastu kek da cam banyak kan. Then tak jadi lor. Huhuhu. Malam lepas kitorang beraya bersama tu, Kak Aini whatsapp aku. Die cakap nak sponsor gift untuk tetamu pulak. Heeeeeeeeee aku cam tak caye la kan memula. Sebab aku punye bajet gift limited je. Meaning that tak sume tetamu yang dapat la. Thanks akak for the gift! *hugs* >.< Alhamdulillah Nanti aku cite pasal gift untuk next entry okeh? :)

Ekceli, ade lagi beberapa sponsor yang aku tak sempat nak snap gambar. Sponsor untuk menyempurnakan lagi majlis tunang aku. Mak cu sponsor kek untuk tetamu makan (Mak cu memang kepakaran nye dengan kek). Thanks untuk smak cik, makcik aku yang sponsor tenaga, idea dan macam macam lagi untuk majlis tunang aku ni. Nak list kan satu satu sponsor memang smpai berjala entry ni. Terima kasih banyak² untuk mereka² yang dah terlibat secara langsung dan tidak lansgung dalam majlis ini. Yes aku tau ni majlis tunang je. Bukan majlis nikah or kawen. Tak salah kan aku nak share? 

May allah bless all of them. Amin

3 comments:

  1. ni namanya murah rezeki bertunang, mcm2 sponsor ada

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah..rezeki kawin mana th lagi byk

    ReplyDelete

This is best brooooooo!