Saturday, March 31, 2012

Sesi melawat tapak pembinaan


Assalamualaikum.  Hai! Rase macam terpaksa update belog sebab dah bersawang lama sgt. Sebulan bape entry je ade? bulan ni je baru ade 2. I should read an article about "How to become a blogger" Deym tak reti dah nk berceloteh kat sini. T.T

Erm erm semalam berpeluang pegi ke tapak pembinaan Shopping Mall baru yang akan di buka tak  lama lagi. Penah tgk bangunan yang separa siap kat bawah ni? Sesape yang lalu kat area Kelana Jaya tu mesti tau bengunan ni kat mana.


This is Paradigm Mall. Heard that will be open on 23rd May 2012. Okayyy. Ape kejadahnye plak aku buat kat sini kan? Hehe. FYI our new baby outlet will be open here soon! So once dah official opening for Paradigm Mall. Jgn lupe drop by @ M&S yer :P



 -not me-

Ni first time aku masuk kat tapak pembinaan macam ni yang separa siap. Kena pakai safety helmet. Jalan bawah kren² yang besar. Jalan bawah besi² tu. Fuh. Takut jugak la ape ape jadi kan. Time aku pegi ni plak baru lepas ujan. Hamek kaw. berlecak la jalan.


Sedikit gambaran our new baby outlet. Besaaaaaaaaaaaaaaaaaaar sgt. Besar die lebih kurang macam KLCC outlet. Pening kepala aku. Sebab ape penin? Sebab our new baby outlet ni la hari hari aku stress. hari hai aku balik lambat. Sebab ape? Sebab kena plan. Bape byk lines bape byk ways bape byk quantity kena letak dalam outlet ni. Nasib la baru umukan bonus 2 bulan gaji.
 
Perempuan-fitting room-cam whore tak dapat dipisahkan.

In the Middle of our new baby outlet. Jangan bagi tau yang aku dah gemu. 
Aku sedia maklom dah.

Office-mate. Merchant team. Ladieswear, Lingerie, Home & Beauty, Kidswear, Mens department.

Pejam celik pejam celik hampir 2 tahun dah aku kat sini. Banyakkkkk sgt pengalaman aku dapat kat sini. Banyakkk sgt perangai perangai manusia yang aku tengok kat sini. Banyak sangat ragam orang yang keje sini then bape bulan blah. Banyakk sgt benda yang buat aku stress kat sini. Tapi ape nak buat. Itu la kehidupan realiti. Dengan duit yang aku dapat bulan bulan kerja kat sini la bole menampung perbelanjaan nak kawen nanti. Walaupun penat ulang alik Seremban - KL - Seremban. Demi mencari rezeki yang halal kan?



Tuesday, March 27, 2012

Al-Fatihah...


Beberapa hari sebelum pemergian beliau.
Atok; Jah, besday awk bile ye?
Nenek; besday sy ari ni la. Kenapa?
Atok: sy dah tempahkan 'kek' besday paling besar utk awk. Tp 'kek' tu x smpai ari ni la. Awk kena tunggu sampai ari jumaat.
Nenek; awk tempah kat mana pulak kek besar tu?
Atok: ada la. Awk tunggu je la ari jumaat nt.. 'kek' tu smpai ari jumaat..

Jumaat (23032012) yg mulia atok meninggalkan kami. 'Kek' itu yg di maksud kn nye. Dan atuk dah tempah kek awl2 kat kedai kek Jalan Reko. Siap bayar lagi. Kelmarin org kedai kek tu siap call suh amek kek yang atuk dah tempah ;( Sebulan sebelum dia meninggalkan kami, atuk macam tau² yang dia akan meninggalkan kami.Banyak kali dia ckp kat pak cik aku "Ayah nak pegi jauh ni.." 

Lepas dia pegi, nenek nak kemas² barang atuk terjumpa dokumen² yang atuk da asing kan utk kesenangan nenek mencari. dokumen² yang utk digunakan time dia tak ada nanti.. Bacaan tahlil pon dia da siapkan if time dia pergi tak ada siapa yang boleh bacakan, dia suruh pakcik aku baca kan. Hurmm. :(

Time aku umur macam ni, aku belum penah hilang ahli family aku lagi. dulu time kecik ada la. tpi time kecik tak tau pape. Time umur macam ni, baru aku tau betapa sakitnya hilang org tersayang. :(

Atuk kandung aku dah lama meninggal dunia. Time tu aku umur dalam 2 -3 tahun..Even atuk aku ni atuk tiri, tapi aku tetap sayang dia. Dia seorang yang sangat baik. Sangat disenangi ramai. Orang yang kenal dia tahu la dia macm mana. Sejak dia pegi aritu tak tertahan air mata aku ni berjurai jurai kuar.  Sebelum atuk di bawa ke masjid, di mandikan, di kafankan, di kebumikan sempat aku cium dahi atuk.. sejuk..;'(

Aku terkilan sangat time ari jumaat tu aku tak sempat nk jumpa dia sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir. time tu aku kt office. Mak msg dalam pkol 3.30++pm "Kak, atuk dah nazak. Akk nak pegi tgk tak.." Dapat je msg tu aku terus save kerja2 aku terus off pc n ckp ngan Boss aku, aku nak balik. Trus aku pegi spital serdang. Sampai sane dalam kol 5pm. Train lambat plus tunggu angah aku amek kat KTM Serdang. Sampai je lobby spital, Mak tepon. Kak, atuk dah tak ada.... Berjurai air mata aku......... :(

Ok aku da tak bole nak teruskan lagi. 

Al-fatihah utk atuk aku Zainudin bin Hamzah. 1941 - 2012.

Semoga atuk tenang di sana..

Friday, March 23, 2012

Ring hunting



Seperti perancangan yang kitorang dah buat 2 ke 3 minggu lepas, so semalam ber cincin hunting. Ape ke buruk sangat la ayat aku ni kan. Ah ghasak la. Hwehweh. Actually ari tu time kuar dah survey sikit² dah. Poh Kong, Tomei, Emas Sri Pinang. Dekat Poh Kong kalo emas 916 dorang takde letak batu. (Zircon) Org tu kata emas 916 dorang tak letak batu sebab keras. Aku cam pelik la kan. Aku iye kan je la. Sebab aku bukan nye pakar pon pasal emas² ni.

Pastu pegi plak Tomei. S/A kat situ tunjuk kan la cincin² yang dorang ada. Dorang ada je cincin emas 916 yang ada batu. S/A dorang sndri ckp yang kat Poh Kong mmg takde cincin emas 916 yang ltk batu. Poh Kong just ada cincin emas 795 yang ltk batu. Kalo beli emas 795 rugi la kan. Komposisi emas die sikit. Range harga kat Tomei pon boleh tahan la. Amek yang 916 + batu zircon. Range harga dlm RM400 - RM1000. Depends on brape gram & batu & design.

Pastu aku ckp ngan #futurehusband kite beli je kat kedai bese². Tayah ade brand² kan. Ye la macam Angah n Along aku 2-2 beli kat Kuala Pilah. Aku dgr pon emas kat Kuala Pilah murah murah. Harga bole kawtim. 

So smlm we had a long journey to Kuala Pilah. Long journey la sgt kan. Dri umah aku ke Pilah 30-40minit je. Kalau tak jem. Pegi ngan mak abh skali tahuuu. Haa. Kol 9 am #futurehusband dah terpacak kat depan rumah. Kenmain tau Abh nak dok blakang ngan mak. Abh cakap "Abh nk jugak merasa dok blakang cane" Like a boss. hahah.Sepanjang perjalanan #futurehusband byk diammmmmmmmm. Segan katenyeee. Kalo dengan aku kenmain mulut byk cakap. Dok nyakat aku je kejenyee. So we had bfast @ Pilah. Nasi lomak sodap. Heh. 

Lepas bfast menuju ke kedai emas. Area pekan Pilah tu mmg banyak kedai emas. Aku tgk kiri kanan jalan kedai emas. Kedai emas biase² je. Mostly family business. So aku pegi ke kedai emas Chan Kwong. (Google image tak de plak gmbr kedai ni). Time aku smpai kedai tu ade jugak beberapa pasangan lain yang tgh nak beli cincin @ gelang. Sume da nak kawen letteww. Hwehwehwe. Usha² dulu cincin mana berkenan. Ada 795 ada 916. Ada 916 yg bertatahkan berlian. Harga die youuuuu RM1k dan keatas. Beralih kepada 916 bertatahkan batu Zircon. Cantik jugak. Satu satu uncle tu kuar kan cincin. Dia kasi aku yg design baru punya. Try pakai okayyyy cantik kat jari aku. Terus terminat yang tu. Browse lagi yg lain.



 Kepingin yang macam ni. Tapi emas. Tak jumpe pulak. Cantikkk. 

At last aku amek jugak cincin yang uncle tu tunjukkan memula tu. Try la cincin tu tapi longgar. Size 13 or 14 maybe. Longgar sgt². Nasib ade design yang sama tp size lain. Apek tu kasi size kecik. Bila tanya ni size ape uncle. Size 11.5 youuuu. Tengok betapa kurusnya jari aku. Jari je la yang kurus kan. Badan gomok Y_Y. Cincin risik aku size 13. Agak longgar. tp still boe pakai tak terkuar la. Sbb time tu #futurehusband tak tau size jari aku n die g beli ngan mak abah n adik dia. Size 13 tu size jari adik dia. Hwehwhewe. So aku confirm amek yang tu. #futurehusband tnye tanak amek yang berlian ke? Aku ckp aaaa tamau la mahal sgttt. Cincin yang aku confirm nak amek tu 916 + zircon. Harga tak silap aku RM800++ Bukak harga mmg harga gitu. Pastu uncle tu kate bole kasi kurang. skali kurang dapat lagi murahhhh. Hwehwehwe. #futurehusband trus g bank sederet ngan kedai emas tu, trus withdraw duit. Bole lagi nak mntk kurang dari harga tu. Hahah mmg tak dapat la kan. Hikss. 

Otw balik tu aku memperagakan la cincin tu kan. besinar sinar jari ai. Sukaaaaaaa! Ade ke #futurehusband suro pakai terus. Tak seperiseee la kann. Okayy enough pasal cincin. Tak sabar ai nak pakai cincin itu.

Tips membeli cincin
So anyone yang nak kawen nak beli emas cincin/gelang/rantai nasihat aku beli la kat kedai kedai yang tiada jenama. Maksud nye yang kedai² kecik biase² je. Sebabnye kos upah dorang murah. Mostly family business kan. Kalau pegi kat Poh Kong ke, Tomei ke, Habib ke, harga dorang lebih mahal sbb kos upah dorang mahal. Nak tahu tak, kedai emas yang besar² tu pon kadang dorang ade amek dari kedai yang kecik² tu tauuu. So tiada beza amek kat kedai berjenama dengan kedai biasa² je. Emas tetap emas jugak.

Till then.Daaaa~

Saturday, March 3, 2012

Game : Temple Run

Addict main benda alah ni.