Friday, September 21, 2012

Cuti Umum 2013

 Mempersembahkan cuti cuti 2013 :P

 
 
Credit picture: Ceriterahmad
*tertakluk kepada perubahan


Tahun 2012 pon tak abes lagi. dah tengok Cuti umum 2013 plak kan. Hidup mestilah pandang ke depan. ye dak? Halah kau mira sebab nak kawen tu ah sibuk tengok cuti umum tahun depan. macam la tak tau. Eh mmg la tau . sbb aku yang tgh taip ni.

Senanye aku tengah berkire² ni pikir bile tarikh yang sesuai untuk majlis kami. Ye la. tahun depan ramaaaaaaaaaaaaaaaaaai gila kawen kot. Yang pastinye Jan - Mac 2013 calender aku dah penuh dengan jemputan kawen kawan kawan. Alhamdulillah. 

 So agak² nye bile yer? :D

Thursday, September 20, 2012

The Warung Mid Valley & Nasi Ikan Cili Padi



Ari ni nak cite pasal entry makan. Makan (mane tak gemuu. kan da ade org tegur kat cbox tu, kak mira nmpak berisi. mmg dah berisi sgt dik oi). Korang penah dengar kedai makan nama The Warung? Kalo korang kaki Mid Valley (baca: selalu g MidValley) sure korang tau kat mane tempat ni. Aku dah 2 tahon kat Midvalley ni ulang alik lalu The Warung tu baru tahun ni aku start makan kat situ. Yang tak tahu The Warung ni kat mane, kedai ni kat Level 1. Menghala ke KTM & Rotiboy & F.O.S for Kids. Ha tak jumpe gak aku tak tau la korang kan.


credit gmbr: google

First time aku minum kat kedai ni time bejumpe ngan mereka ni. Tapi time tu minum je. Tak makan pon. Tahun ni baru beriye la aku makan kat sini. Tu pon sebab dah tak tau nak makan mane kat MidValley. Hari hari makan kat Oasis tak pon tapau dari Makan Place. Bosan ok. Bosan tak tau nak makan ape dah. 

credit gmbr: google

The Warung ni quite nice jugak la tempat dia. Lepak lepak gosip gosip santai santai bole la nak makan kat sini. Tempat die open. Macam konsep warung btul la. Siap ade basikal tua lagi tau.

Credit gmbr: goodyfoodies.blogspot.com

Aku suke lepak makan kat sini sebab suasananye menenangkan. Tengok gambar atas tu. Dok tepi tu tengok luar luas pemandangan. Tenang otak aku dok pikir pasal keje je. Ari tu lepak ngan ex-officemate aku si Raihan pon aku bawak die makan sini. Die pon da terpengaruh nk makan sini je. Hahaha.

credit gmbr: google
So ape menu kat sini? Menu die banyak. Tapi yang standard la ade kat dorang nye board tu. Korang takleh la plak nak mintak menu bebukan suruh dorang masak bagai. Heheh. So menu utama aku kalau makan situ adalah Nasi Ikan Cili Padi. Tu diaaaaaaaaaaa sedap noksss


credit gmbr: google
Walaupun makanan ni simple je. Tapi rasa dia menepati tekak aku la. Nasi putih + Keropok ikan + sayur campur + Isi ikan yang di celup tepung dan di goreng + kicap cili padi = Superb. Di sebabkan aku ni hantu pedas, makan kat sini tak sah kalau aku tak mntk extra cili kicap. (meleleh air liur). Untuk menyedapkan lagi minum plak teh tarik. Homaiiiigadd awesome gilerr. (siyes terliur aku ni type sendiri pon bole terliur)


credit gmbr: google

Ade skali tu aku nak makan kat sini, macam biase order Nasi ikan cili padi + Teh tarik. Sekali cashier tu kate, "Nasi ikan cili padi dah abes la kak" T___________T rase nak menangis dowhh. Nampak tak betape hebatnye penangan nasi ikan cili padi ni pada diri aku? 

Ade gak menu lain. Tapi aku tak pandang. Hahah. Aku pandang menu yang PEDAS je. Diulangi. PEDAS. 

Lunch ni nak serbu The Warung nak makan Nasi Ikan Cili Padi. Tolong lah adeee. Tolonglah jangan abesss.

Ok bai.

Monday, September 17, 2012

Engagement | Official photographer | Hus Fotografia


Haiiii. Kite da bole tengok sume gambar² dari offical photographer kite. *semalam sibuk nak nagis² sebab tak dpt tengok gmabr* Thanks kat adik sedara kite Dila Ahmad sebab pinjam kan laptop beliau tadi. 


So our official photographer is HusFotografia. Dia adalah freelance photographer. He love photography. So dia buat part time untuk shoot gambar sane sini. Umur dia baya² kitorang je. So kitorang macam selesa la bekerja dengan dia. Heeee 

Moh la layan gambar. Tapi kite letak siket je la. Agipon gmbr ni kite yang edit. tak superb macam photographer kite. 


menunggu rombongan pihak lelaki

awk nak munge? hekhekhek

L: Will you marry me? P: Yes I do *blushing* 

The ring

Cincin di jari manis
Alia nak posing atas pelamin jugak mak lang

DVD yang Hus kasi mengandungi 726 keping gambar. Kite perlu memilih 150keping gambar untuk dimuatkan dalam album. Tahu tak betapa juling mata aku nak pilih gambar satu satu? Kalau boleh aku nak masukkan sume.Sebab sumenyeeee cantikkkk!! Tapi pasrah la. Sebab dalam album hanya untuk 150keping gambar sahaje T_T

Okeh sekian sahaje gambar yang terpilih untuk publish di blog tersayang. Tunggu album siap pulak. So far kite sangat berpuas hati dengan gambar² dari Hus Photographia. Service dia pon kitorang suka. Sebab macam tak segan² sangat la bergambar. He he he. 

Rasenye ni last entry pasal engagement kot? Kot la. Kalau ade lagi lepas ni maafkan sayeee :P

Babai!

Halah. baru tringat! Kite ngan tunang kite tak amek gambar pon dgn photgrapher kiteeeee.  



Checklist Perkahwinan



6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih tarikh dan waktu bernikah.
 Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
 Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
 Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
 Tetapkan tema majlis.
 Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
 Rancang aturcara majlis.
 Uruskan bajet.
 Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
 Hubungi saksi pernikahan
 Pilih tempat kursus perkahwinan.
 Tempah lokasi majlis berlangsung.
 Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.
 Pilih juruandam.
 Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
 Pilih katerer.
 Pilih jurufoto dan juruvideo.
 Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Pilih cincin pernikahan.
 Pilih kumpulan persembahan.
 Pilih kek pengantin.
 Bincang rekaan baju.
 Bincang barang hantaran.
 Pilih penggubah hantaran.
 Rancang destinasi bulan madu
 Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Himpunkan senarai tetamu.
 Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
 Tempah destinasi bulan madu.
 Tempah juruandam.
 Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Tempah pengacara majlis / DJ  (termasuk PA sistem).
 Tempah katerer.
 Tempah jurufoto dan juruvideo.
 Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Tempah cincin perkahwinan.
 Tempah kek pengantin.
 Tempah kumpulan persembahan.
 Tempah penginapan untuk tetamu.
 Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
 Tempah penggubah hantaran.
 Beli barang hantaran.
 Hadiri kursus perkahwinan.
 Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
 Buat rawatan muka. 

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih dan tempah kad jemputan. 
 Sediakan peta lokasi.
 Beli cincin perkahwinan.
 Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
 Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
 Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
 Tinjau lokasi majlis.
 Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
 Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
 Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
 Bayar deposit (jika perlu)

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat 
Agama Negeri masing-masing.
 Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
 Sahkan tempahan pakej juruandam.
 Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
 Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
 Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan kek pengantin.
 Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
 Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
 Sahkan tempahan percutian bulan madu.
 Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
 Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
 Buat tempahan untuk melakukan spa.
 Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
 Pilih senarai lagu / nasyid.
 Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
 Mula membungkus cenderahati tetamu.

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
 Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
 Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis 
perkahwinan.
 Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
 Cetak aturcara majlis.
 Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari 
jauh.
 Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
 Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
 Rancang kedudukan tempat duduk tetamu

SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
 Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
 Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
 Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
 Buat rawatan muka dan badan. 
 Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
 Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
 Sediakan hiasan meja.
 Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
 Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
 Berlatih senyum setiap hari. 

DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar 
Pernikahan.
 Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
 Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
 Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
 Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
 Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
 Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
 Mula kemas beg untuk bulan madu.
 Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan 
profesional perkahwinan dalam sampul surat.
 Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan anda sudah bercuti.
 Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
 Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
 Sahkan semua perincian dengan katerer.
 Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
 Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
 Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
 Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
 Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
 Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
 Buat raptai untuk majlis resepsi.
 Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

SEHARI SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
 Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
 Pakai inai di jari.
 Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN:
 Bangun awal dan mandi sunat.
 Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
 Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
 Lalui majlis dengan penuh gembira!

*pengsan tengok checklist*

kredit to Syokahwin.com

*nangis*


Kite da dapat gmbr dari official photographer. Kite nak kena pilih 150 gambar untuk di muat kan dalam album tunang kite. Kite dapat DVD tu ari jumaat lepas. Eksaited tau nak tgk. Kite usha siket² time kat opis. tapi tak tenteram tgk kat opis. sbb ade je mata memandang. 

Pastu kite eksaited lagi nak tengok kat umah mak cu malam tu. *umah mak cu kat gombak ade kenduri*. dah tengah malam camtu kite suh adik sedara kite bukak kat cd player die kan. Pastu tak boleh read *nangis* kecewa. Pastu kite bukak kat PC kat umah makcu. Boleh bukak. Tapi kite nak tilik satu satu gmbr. Macam tak de privasi. Kite tengok sekali imbas je gambar² tu. 

Balik umah dengan harapan dvd player kat umah bole la read dvd kite ni. 1st dvd player. x boleh bace dvd ni *nangis* 2nd dvd player *along punye* bole bace dvd ni tp kekejap hang. 3rd dvd player *angah punye* Langsung tak kuar gambar. *nangis*

Ngadu kat encek tunang. kite nak laptop baruuuuu huwaaaa *nangis lagi* pastu encek tunang cakap, pinjam la laptop dila *cousin kite* kalau die dtg umah esok. Pilih dr laptop die je. Kite ingt nak transfer ke pendrive. Tapi kite rase pendrive kte tak muat nak masukkan sume gmbr dari dvd ni. Sebabnye siyes banyak gile gambar. Bak kate photographer tu "Gambar korang dah macam gambar kawen dah ni" HA HA HA. Dia yang suggest kn kitorang pose camne camne. Kite ngan encek tunang mane gheti pose pose ni.

Ok sekian saje luahan hati kite utk malam ni. Kite blum cite lagi pasal official photographer kite kan? Nanti kite da bole tgk gmbr² nye and da dapat album dari photographer tu kite story ok? Yang penting photographer kitorang best! 


Wednesday, September 12, 2012

Engagement | Door Gift

Hi bertemu lagi di segmen engagement. 

Proses mencari door gift agak buntu jugak. Tak tau nak bagi ape sebenarnye. Memula cam nak buat sndri gift. Means yang letak dalam paper bag, pastu deco paper bag tu pastu letak barang dalam tu cth muffin ke, coklat ke kan. Pastu aku pikir pikir balik banyak sangat la masa aku nak buat sume tu kan.


So proses mensurvey gifts untuk tetamu pon bermula. Ade one day tu aku ajak encik tunang (time tu still encik kekasih lagi) pegi Nilai 3. Ekceli kekonon nak carik bunga untuk deco hantaran. pastu aku g sane masuk satu satu kedai macam errrrr not my type la nak beli barang² cmtu. Aku cam blur. Kebenda la nak buat ni hoi. Last² aku ngan encek tunang cam ternampak sumthing untuk gift kitorang. Pocket mirror. Tapi harga dia mak datuk kauuu mahal gila smpai RM18++ Terus cam, letak balik la kan. 

Pastu bagi idea kat encik tunang, ape kate kite survey online. sure belambak punye. Balik umah, masing² survey kat online shop. Setelah beberapa hari survey jumpe yang bekenan di hati. dan terus booked. dan encik tunang terus shoot ke shah alam amek barang tu. Time tu encik tunang off day. Aku je keje. dan terus encik tunang pick up aku kat tmpt keje. pUlang sesame smpai ke seremban, dan die terus kan perjalanan ke melaka. Haaa tu gift untuk ladies² aje tau. Pocket mirror idaman kalbu. So 60pcs pocket mirror for ladies.


For ladies

Gift untuk lelaki plak lagi buntu ape benda laaa kau nak kasi. Pastu time tu family mak ngah nak ke Makkah buat umrah pulak. Aku dengan laju nye meminta pertolongan akak sedara aku @Ainieynokiey untuk belikan gift untuk lelaki. Cer teka kebenda? Hehehe. 

Tasbih + Gelang/Key chain + Minyak atar

Kat arab sana murah. Satu bekas yang berisi tasbih + gelang/key chain + minyak atar tu just RM1.80 je duit kite. So aku beli dalam 50pcs. Ye lor selalunye lelaki tak ramai datang majlis² cenggini. Hehehe.


Last but not least. Marshmallow in a jar. Sponsor gift from akak sedara tersayang kak Aini and kak Hanim. Terharu sangat sangat tahu tak! Sbb gift aku limited kan. So dengan tambahan gift ni, boleh la tetamu lain yang dtang dapat jugak gift. 72pcs from kakak kakak sedara saye. Time awal² dorang kasi ni, aku cam blur ni nak bagi sape plak? time bile nak kasi? Kang ade yang tak dapat cane plak? Haa 2 3 hari jugak la aku pikir benda tu. Huuuu

marshmallow in a jar

Kenmain tau aku takde idea camne aku nak deco benda alah ni supaya nampak comey siket. takde la kotok kosong cenggitu . 

Gambar no (1) menggunakan reben yang banyak. No (2) (3) dan (4) menggunakan reben pendek. Ikat² bentuk reben dan tampal. Posisi je lain. No (2) dan no (3) cam weird ghupenye letak cenggitu kan. At last decide buat yang cam no (4) tu. Idea idea ni aku whatsapp gambarr kat encik tunang tanye pendapat die. Dan die pon setuju dengan gambar no (4) tu. 
Untuk menyedapkan lagi pandangan mata, aku pon dengan rajin nye mendesign THANK YOU tag sendiri. Sesimple yang mungkin la aku buat. Dengan berbekalkan printer kat office, aku pon beli la kertas keras yang cam cantik² sikit ghupe die dan print kat office. =P So kat atas tu la ghuper nye lepas print menggunakan sponsor dakwat ink dari office. KAH KAH KAH.

Balik umah ape lagi proses menggunting sesatu plak. Dah la kecik kecik kan. Jejuling mata aku gunting² ni. dah lame tak menggunting citenye. Smpai terlelap² la aku kat katil tu. Sume ni di buat lepas balik kerja. Selalunye aku balik keje around 8-9 baru smpai umah. So balik mandi, sesiap kan diri dan buat la ape yang patut kat door gift ni. Ikat reben smpai melecet jari (okay tipu) tampal kat pocket mirror, bekas tasbih dan tempat marshmallow. 

dan taraaaaa ini la hasilnye :D 
(credit picture tu kak aini)





Tuesday, September 11, 2012

Engagement | Sponsor


Cite pasal engagement lagi. Harap korang tak bosan la ye. Walaupun aku tau ade yang cakap "Weh majlis tunang ko dah macam kawen" Aku? Senyum je :) Biar la ape orang nak cakap. Okeh back to the topic. Sponsor. Alhamdulillah. Ade beberapa orang yang sudi sponsor untuk hantaran dan majlis tunang aku dan menjadikan nye lebih sempurna. Alhamdulillah.. 

Parcel paling besar aku dapat. Kotak ais jual ikan lagi =P

Ni first sponsor aku dapat dari kawan blogger. Ayu. First aku invite ayu untuk majlis aku ni kan. Terus die cakap, "nak bagi satu hantaran la" Aku cam memula tak caye la kan. Bia betol ade orang nak sponsor hantaran untuk tunang kan. Hahah =P Then ayu trus cakap nak sponsor coklat yang macam time die tunang aritu. Coklat ni die tempah dari arahchoclate. Memang cantik! 

Chocolate dan bekas santek!

Ni la rupe Coklat yang aku cakap tu. Siap kotak yang cantik lagi. Kotak tu bole buat tempat barang² accessories aku. Tapi! Ni bagi kat belah pihak ady. Kuikuikui. Da la coklat die pon cantik. Nak makan pon sayang tahu! Oh ye. Kawan sekolah aku (Shabariyah) pon ade sponsor coklat macam ni jugak. Tapi kotak kecik punya. Ekceli untuk belah pihak ady la kan. Tapi time kawan sekolah aku smpai, rombongan pihak lelaki dag bergerak pulang. Hukkk. Shaba, takpe kan aku amek? heeeeeeee tak malu >.< Thanks ayu. Thanks shaba. Alhamdulillah


Kuih raya sodap!

Ni plak second sponsor untuk hantaran. Kuih raya. Almaklum lah. Aku kan tunang time musim raya lagi. So idea to give kuih raya secara spontan. Actually mak cik aku jual kuih raya. Ekceli aku nak beli dari mak cik aku. Aku ck kat mak cik aku, kuih ape ape yang sedap la kan. Nak 3 balang. nak buat untuk hantaran. At last time aku amek kuih tu dari mak cik aku, mak cik aku cakap tayah bayar. die sponsor. Syukur Alhamdulillah :)

Buah buahan tempatan

Hantaran tunang tak sah kalau tak de buah buahan tempatan kan? So buah ni sepatutnye aku nak beli sehari sebelum majlis. Ye lor kang beli awl² busuk plak kan. Then 2 hari sebelum majlis, Mak teh aku tnye mak aku dah beli buah ke belum. Mak aku cakap le belum kan. Sebab nak beli esoknye. Haaa time tu la mak teh cakap mak teh nak sponsor buah. Syukur alhamdulillah :) 

Kek caramel

Kek yang santek dan sodap ni jiran depan umah aku sponsor. Thanks aunty! Sehari sebelum majlis, time tu dia baru balik keje dengan husband dia, dia hnatar depan umah. Aunty tu cakap, buat la ape yang awak nak dengan kek ni. Nak makan sendiri ramai² boleh, nak wat letak kat hantaran pon boleh. Heeeeee. Thanks a lot aunty! oleh sebab hantaran aku da cecukup dan dulang hantaran pon cukup² je, so we decide untuk bagi makan kat tetamu² yang hadir nanti. Syukur alhamdulillah.

Marshmallow in a jar

Marshmallow dalam jar comey ni di sponsor oleh @Ainieynokey a.k.a kakak sedara saye. Ekceli time jumpe kak Aini time raya, memula kak aini nak sponsor kek. Pastu kek da cam banyak kan. Then tak jadi lor. Huhuhu. Malam lepas kitorang beraya bersama tu, Kak Aini whatsapp aku. Die cakap nak sponsor gift untuk tetamu pulak. Heeeeeeeeee aku cam tak caye la kan memula. Sebab aku punye bajet gift limited je. Meaning that tak sume tetamu yang dapat la. Thanks akak for the gift! *hugs* >.< Alhamdulillah Nanti aku cite pasal gift untuk next entry okeh? :)

Ekceli, ade lagi beberapa sponsor yang aku tak sempat nak snap gambar. Sponsor untuk menyempurnakan lagi majlis tunang aku. Mak cu sponsor kek untuk tetamu makan (Mak cu memang kepakaran nye dengan kek). Thanks untuk smak cik, makcik aku yang sponsor tenaga, idea dan macam macam lagi untuk majlis tunang aku ni. Nak list kan satu satu sponsor memang smpai berjala entry ni. Terima kasih banyak² untuk mereka² yang dah terlibat secara langsung dan tidak lansgung dalam majlis ini. Yes aku tau ni majlis tunang je. Bukan majlis nikah or kawen. Tak salah kan aku nak share? 

May allah bless all of them. Amin

Friday, September 7, 2012

Engagement | Orang kate...

Assalamualaikum


Orang kate masa bertunang paling banyak dugaan nye. Ramai orang kate gitu. Aku banyak dapat nasihat macam tu dari family, kawan kawan, sedara mara, dan sahabat handai. Bila dengar camtu sape la tak cuak kan? Lagi kerap dengar orang cakap macam tu lagi banyak la otak ni berfikir bukan-bukan. 

mak, abah, | bakal abh mertua, bakal mak mertua.

Gaduh gaduh dalam hubungan benda biasa la kan? tapi orang kate, time tunang, gaduh nye lain macam? Tu sume orang kate. Dan ade jugak aku dengar pengalaman dari kawan kawan aku. Kalau boleh elak benda macam tu kite elak la kan. ye tak? Sape la nak tengok hubungan yang dah lama terbina terputus di tengah jalan. Tak nak! 

my family saye | family encik tunang

Time tunang orang kate, kadang kadang benda kecik pon boleh jadi gaduh besar. Kalau boleh jangan layankan perasaan sangat. Jangan terlalu layankan emosi. Emosi syaiton tuh! Banyakkan bertolak ansur. Bawak berbincang. Jangan sebab nak pilih tema kaler pon nak begaduh plak kan? Ahhh. syaiton sumer tu!

kakak ipar 3 + 2 | bakal adik ipar

Time tunang orang kate, ade saje anasir luar yang datang menganggu. Elakkan la dari berniat untuk bermain hati dengan orang lain. Elakkan la nak rapat rapat dengan jantina yang bertentangan. Elakkan la dari berkongsi masalah yang terjadi antara kite ngan tunang dengan orang lain. Hati manusia kite tak tahu macam mane. Ade yang dari luar nye nampak suke tengok kite bahagia bersama pasangan. Tapi hakikatnye dalam hati nye ade anasir² jahat yang boleh merosakkan hubungan antara kite dengan tunang.

Cousins

Orang tua-tua kata, tak elok tunang lama-lama. Kalau boleh dicepatkan, cepatkan la. Bagi kami, kalau boleh memang nak cepat. Sape taknak cepat mendirikan masjid kan? Tapi kerja kawen ni bukan satu benda yang mudah. Banyak benda kena buat. Kursus kawen pon den tak poie lagi. 

"Dear Mr FiancéeMay our love growth until Jannah. Insyaallah. Amin"

Semoga Allah s.w.t lindungi kami dan hubungan kami dari perkara² yang tak diingini. Insyallah. Amin. Kawan².. tolong doakan kami yer. Thanks.

Tuesday, September 4, 2012

Engagement | MUA, Baju, Mini Pelamin | RenzBridal





Proses mensurvey mak andam, baju, dan mini pelamin agak sukar jugak la. Tp aku booked awal taon aritu lagi. Lame takkk? Haha. Lepas je merisik 28/01/2012 aritu, trus g survey2 bridal dkt² Seremban ni. Memula beriye la pegi kat area seremban. Satu satu kedai pegi. *thanks to my lovely cousin sebab teman* Sbb nak tgk baju dan pakej die cemane. Memula cam tanak mini² pelamin ni. Tp bila da survey² tgk kalau x de mini pelamin cm lebeh kurang je harga. Tambah siket dpt mini pelamin. Tp hati kental lagi tu tanak amek mini pelamin. 


Jatuh hati dengan pelamin ni

Sampai laaaa survey² kat facebook plak. Jatuh cinta terus dgn mini pelamin tu. Terus laaa amek RenzBridal. Baju dia cantik cantik. Mmg bekenan di hati. Memula nmpak RenzBridal  punye facebook dr sorang photgrapher ni la. Dr situ la dapat  RenzBridal nye facebook. Usha usha baju yg die ade tengok tengok pelamin dalam album facebook die terusss la jatuh cinta dgn sume tu. Trus buat apointment ngn kak rin. Dtg umah dia. Trus booked!. Takde dah tgk lain. Aku ni kalau dah bekanan satu tu, tu je la. Tak de dah nak pandang yang lain. So here we go  RenzBridal is my official make up artist, engagement attire and mini pelamin.


Kak rin punye magical touch sgt² la memuaskan ati aku. Bayangkan la time² da nak dkt majlis tuh kenmain jerawat naik bagaikan cendawan tumbuh selepas ujan. Kak rin mekap kan abes tak nampak jerawat² merah aku tu. Sooooo amazinggg. Kau orang nk tgk gmbr sblm muka aku di tepek mekap? Sile ke facebook kak rin. Kau orang mesti tak caye tu muka aku teruk gila wuuuu -.-


So sesape yang dok area Seremban, yang nak kawen or tunang, I really recommend RenzBridal for your MUA, wedding attire, pelamin. Korang mesti berpuas hati dengan haril kerja mereka.  

Sekian.

Monday, September 3, 2012

Engagement | I'm someone fiancée


Cakkk. Assalamualaikum! Rindu kite tak? :') 

Syukur Alhamdulillah. Kite dah pun menjadi tunangan kepada Mr A pada Sabtu lepas bersamaan dengan 1 September 2012.


Banyakk sangat nak cite senanye. tp nak cite satu entry kang korang bosan plak kan. Okey engagement entry ni akan ada banyak part. Jangan korang bosan je dah la. HAHA. Dr MUA, Official photographer, catering, door gift, hantaran, daaaaaaaaannn memacam lagi la. Hikss. saya suka saya sukaa.

Ni entry teaser je. Aci tak? Lalalala