Monday, July 8, 2013

Wedding Cake| Ombre Cake





Cerita pasal Kek Pengantin pulak.Sebelum majlis aku banyak jugak survey survey kek untuk di jadikan time sesi memotong kek. Ekceli mengade je sebenarnya, Orang catering tu memang da sediakan kek tu. Ade 2 choice either kite nak kek or kte nak pulut kuning. Aku pilih pulut kuning sebab aku nak kek sndri. Hahaha.

Survery punya survey, aku minat la sgt dgn Ombre kek. Tau tak ombre kek tu cemane? Ala takan tak tahu kottttttttttttt. Hehehe.


My lovely wedding cake :)

Aku memula survey tu ade gak la tgk tgk harga kan. Skali tgk, mak aih mahal gilos. tak sanggup aku T_T. Memula macam da give up la. Macam nak redha je amek kek/pulut kuning dr catering tu. Skali aku dapat idea, Mak Cu aku mmg buat kek. Tapi die belum penah buat Ombre kek lagi. Deal la dgn Mak Cu. Skali mak cu kate die okey je. Aku pon melompat kegembiraan la kan.! Aku bagi contoh kek tu. Dan hasilnya sangatttttttttttttttt la aku suka. Cantik! Dan menepati tema time majlis. Heeeee. So korang yang nak tempah kek macam ni, bole contact Mak Cu aku kt Facebook Puan Azian Ibrahim. Korang try la rekues cake macam mane korang nak, insyallah Mak Cu boleh buat. :)


comey lotey kat sebelah pulut kuning :D
Thank you Mak Cu! :*

Untuk tempahan boleh la contact mak cu saye!

Sunday, July 7, 2013

Henna | Inai Pengantin


Okey mari kite review pasal inai pengantin @ Henna. Time kawen ni la time pakai inai cecantik. Dulu rajen la pakai inai time kecik kecik. Inai daun  ditumbuk lumat pastu gaul dgn uncang teh. kasi merah kaw kaw punya. Tp time nak nikah aritu aku tempah kat orang ukirkan inai kat tgn & kaki. Homai eksaited gila weh.

Ekceli aku memula plan tanak pakai inai ukir2 tu. Tapi last minit ubah pikiran. Sebab dah jatuh cinta dgn ukiran inai someone kt facebook. Pastu member aku plak dengan baik hati nya nak sponsor bayarkan inai ni. Aku lagi la eksaited. Terus la PM kak Norish kat facebook. 2 bulan sebelum tu aku ade gak PM kak Norish kat facebook tnye pasal harga kan. Survey punya survey aku rase kak norish la yang paling murah. Yang buat mahal nye sebab transportation charges. Kak Norish kat Shah Alam. Aku kat Seremban. Tu yang costly sket -.-Deal ngn kak Norish sgt la senang. PM kt FB, pastu whatsapp, bg tarikh, confirmakn tarikh dan masa nikah. Bayar deposit RM50. So done. 

Kak Norish inaikan aku pagi Sabtu. Kalo tak dia nk dtg Jumaat malam. Tapi jadual dia pack sgt. So pepagi Sabtu dia dtg umah all the way from Shah Alam dengan adik dia. 2 3 hari sebelum nikah aku cam x rase neves ke ape ke. Bila da start pakai inai, baru la terasa, betul ke aku nak kawen dah ni? Betul ke aku akan jadi isteri orang? Haha. Dalam kol 10am cmtu Kak Norish smpai dgn adik dia dan bemula lah sesi menginai. Seriously wa ckp lu kak Norish punya ukiran sgt halus!! Aku suka sgt. Teruja kot tgk kak Norish mengukir inai kat tgn & kaki. Senang je tgn dia melentok liuk ukir inai tu. respek gila la. kejap je da siap. Adik dia pon tlg inaikan jugak. Tugas adik dia pakai kan kt ujung ujung jari. dun worry dia tak pakai jari pon. So tak risau bersentuhan dgn lelaki ke ape ke. sbb dia just pakai alatan dorang tersendiri. 





Bila da pakai inai time kat rumah ramai sedara mara, yang lain pun teruja nak pakai. Adik sedara aku 2 org pon pakai jugak. Just ukiran je la. Sebelah tgn RM5. KalaU pakai 2 belah tgn RM10. Kalo inai untuk pengantin plak harga dia bergantung kepada corak yang korang nak. So bila kak Norish dtg nak inaikan dia akan bagi beberapa catalog yang ada sample corak yang bole korang pilih :) Aku ni mata da minat kat corak yang aku tgk sebelum ni. So kak Norish bawak catalog pon aku tgk tgk cmtu je. coz mata dan hati dah terpaut dekat corak yang aku nak tu. heeeeeeeeeeee

 

So inilah hasilnyaaaaaaaaaaa. Ni baru lepas basuh. Yang best nya kak Norish ni, dia akan tunggu smpai Inai ni kering, then dia akan basuhkan skali. Then dia akan bagi tips tips untuk mengelakkan warna inai dari cepat pudar. Oh ye. Di sebabkan aku punya waktu nikah malam tu jugak. So kak norish ckp aku tak payah pakai inai ni lama lama. coz tkut gelap sgt nanti tak cantik.




Beberapa minit sebelum di nikahkan. Time ni kauorang tahu tak, jantung macam nak tecabut hoi. Bila da pakai baju nikah, tudung, veil, makeup sume, baru la rase kenevesannye. phewww. Dari atas nak turun bawah, nak meredah tetamu tetamu kat bawah tu aku rase macam errrrr. tak tau nak ckp. Malu kot. Mata sume tetumpu kat kite kan. Heh. Perasan. 



Rase sangat kekok memula dok atas pelamin nih. Bahaha. ok ni gmbr sume bkn dr Official Photographer yer.


Gambar malam agak gelap. Hai encik suami. Saye syg awak :')

Bride-to-be yang masih mencari Henna ni bole la try contact Kak Norish

Facebook
0173276448

You ols mesti tak menyesal :)

Friday, July 5, 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum w.b.t

Hai korang! Okey hari ni baru berkesempatan nak menaip bercerita dan menulis di blog kesayangan ni. Homai. Ai bizi gile yuuuu. Bizi lah sgt kan. Ahaks. Hari ni aku genap seminggu bergelar Isteri kepada Suami kesayangan ^Aydrin^ Alhadmulillah :') Saye sudah bergelar Puan! Yeay! Lepas ni maybe byk post pasal review kawen je *kalau mood rajen nak menaip lah*. Korang layan je la eh? HAHA. Ni pon encik suami tgh main Candy Crush. So Puan Isteri ngadap la blog kejap. Hehe

Aku start cuti kawen last week hari Rabu. Tu pon setengah hari keje. Lps keje tghari tu shoot pegi Melaka sbb last fitting baju kat Mak andam. Nanti aku review mak andam okeh? :) Cuti 3 hari sebelum tu la menggunakan tenaga & momentum paling banyak utk settle kan sumenye. Sejak nak majlis kawen aritu aku asyik tak cukup tido je. Kalo dlu aku muka bgn lps subuh tido balik. Da nak kawen punye pasal, muka aku la paling awl bgn. Kol 5 lebeh jam da bunyik lepas tu tak  leh tido dah. Kepala otak banyak beno berpikir. T_T Kau orang ingt senang ke kawen? Senang memang senang. Tapi preparation tuuhh. Biase la pompuan kan. Mende sume nak perfect jek. 

Aku Nikah ari sabtu malam. So khamis jumaat tu, settlekan umah, pasang kapet, sapu, mop, alihkan kusi meja, phewwww. Nasib la abg abg dan adik aku sume laki. Aku pon mengangkat dah macam laki dah. Hwehwhehw. 

Aku sangat² bersyukur mempunyai mak abh, mak cik, pak cik, cousin yang banyaaaaaaaaaakkk sngt menolong sbeleum majlis, semasa majlis dan selepas majlis. Tak terungkap dengan kata² betapa aku berterima kasih sgt² kat dorang sume.Alhamdulillah. Semoga Allah s.w.t yang dapat membalas jasa mereka. 

Sebelum majlis aku agak kelam kabut siket. Sebabnye, aku pakai inai pagi sabtu sebelum aku nikah. Tp alhamdulillah hasilnya sangat la memuaskan hati. Lepas tu, org khemah plak pasang khemah lambat. Khemah siap pasang dgn meja setting ape sume dalm kol 6.30pm -7pm cmtu. Mane la aku tak berangin. Tapi nasib la tepat pada masanya dorang pasang. 

Aku cerita part by part la nanti eh? Nak review mana dlu pon aku tak tau ni. Eksaited nak cite sume. *macam ade org nak bace* Ok la. Nnati aku sambung lain hari. Encik suami panggil. Solat jemaah sat. :') Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah. 

Tuesday, July 2, 2013

Officially Aydrin's wife :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada 29/6/2013 jam 9pm++ dgn sekali lafaz sy sah bergelar isteri kepada Aydrin. 


Teaser dlu eh? Nanti update. Gmbr dr OP je byk. Heeeeee :))

Monday, June 10, 2013

Save The Date

Assalamualaikum.

Hai korang. Lama betul blog kesayangan ni tergendala. Smpai kan aritu domain da expired pon x tau. Nasib la sempat renew. Kalo tak RIP la www.miraedora.com. Kelam kabut jugak la aku nak renew domain ni. Renew trus 2 tahun. *kang lepas 2 tahun lupa lagik* hahaha!

30 June 2013

Okey lah. Pejam celik pejam celik tnggl lebih kurang 20 hari before hari bersejarah aku ngn encik tunang. Aku da rase kecut2 perut da bila pikir ada lagi benda nak kena settlekan. I'm only have saturday & sunday to settle all the stuffs. -.- can i have 48hrs per day? Can i?

Kad dah siap di pos. Anyone yg nak kad let me know in comments box okeh? I will not reveal ur comment below. Dun worry! :) will be happy to see u guys on my wedding day. Sempat lagi ni nak pos kad kite kat korang sume. Nasib la dkt midvalley ade pos office. If not payah gak la nak pos kad utk kawan2 sume. Yang dah kasi alamat sblm ni, i'm sure you all da received my wedding card yg x seberapa tu kan? Hope to see guys there ya!!

Tuesday, April 9, 2013

Wordless Wednesday

Cuba teka kat mana?

Friday, March 15, 2013

Kursus Kahwin - Usrati Centre Seremban

Assalamualaikum

Lagi 3 bulan nak kawen baru nak pegi kursus kahwin. belum terlambat kan? Hehehe. Pegi lambat² siket la bagus. Baru la 'fresh'. Kalau g awal² nanti da nak kawen da tak fresh ilmu ilmuan tu. Hahaha.

Memandangkan aku stay kat Seremban, memula tu aku mencari gak la kat mane plak la nak pegi kursus kawen kat Seremban ni. Cousin aku pegi dulu kat Senawang. Pastu cari punya carik jumpa la Usrati Centre ni. Nak di jadikan cerita, Usrati Centre ni dekat la sangat dgn umah aku kan. Jalan kaki je da smpai. HAHAHA. Depan umah je weyh. Kat deret umah kedai depan nun. 

Aku ajak encik tunang pegi skali. Memula die cam tanak pegi kat Seremban. Ye la. kan 2 hari. Kang die kena ulang alik Seremban-Melaka 2 hari plak. Mak aku offer la tido umah kan. Tapi die sendiri tanak. Die cakap sebelum kawen die taknak biasa kan tido umah aku. Respect sama encik tunang ku. huehuheue. So at last encik tunang pon amek kursus kawin kat tempat yang sama. So 2 hari tu ulang alikla die Melaka-Seremban-Melaka. Tak jauh pon. Around 45 minutes.  

Alhamdulillah
Ape yang best nye kat Usrati Centre ni yang aku rase la tak de kat tempat kursus kahwin yang lain, die ade slot 'perancangan keluarga' Haaa. Nak cite lelebih kang aku plak yang malu. korang pepaham la sendiri. Founder Usrati Centre ni adalah seorang doctor. So dia tau la ilmu² perancangan keluarga. Kalau orang yang tak open mind akan ckp doctor tu lucah la ape la (doctor tu sndri ckp kat kitorang yg ade peserta kursus kawen die ckp doctor tu lucah) Tapi bagi aku tak. Tu sume ilmu. Kalau kau pikir lucah, lucah la jadi nye. Kalau kau pikir benda tu sebagai ilmu, bermanfaat la utk kau nanti :) 

Selain tu Ustaz dan ustazah nye best² okeh. Aku suke ustaz Shahrizan ngan Ustazah Hashimah. Siyes best. Gelak banyak. Tu la buat tak ngantok. :))

Yeayy da bole kawen bahaha =P

Untuk anak² Negeri Sembilan yang tengah mencari tempat kursus kahwin, aku suggestkan korang daftar dekat Usrati Centre. Tempat senang nak carik. Tempat senang nak parking. Bayaran RM80 siap makan dan minum. Minum pagi & Makan tengahari. 

Untuk maklumat lanjut boleh pegi ke Facebook dan website dorang

Kursus Pra Perkahwinan Islam Sikamat Seremban (Usrati Centre)
453-1, Jalan Sri Pulai 26, 
Taman Sri Pulai 2, Sikamat, 70400 Seremban



usrati_ghani@yahoo.com
06-761 5951
dah boleh is borang ni la kan? :))



Monday, March 4, 2013

Cop Mohor

Assalamualikum


Hikhikhik. Omey dakkkk ? Ini adalah cop mohor kami berdua.
Copyright reserved by me. No copycat pleasee.
Thank you Euphoria Craftwork for this cute hand-craft rubber stamp. 


Friday, March 1, 2013

Cerita Kad Kahwin part 3 | Ilham Lagenda

Assalamualaikum

Dengan bangganya ingin sy menyatakan di sini yang kad kahwin kami dah siap!Yeayyy! Suka angat angat *lempang muka sndri* =P Macam di beri tau dari entry lepas kad kawin kami tempah dari Ilham Legenda. Time memula tempah tu dorang tanya bila nak kad ni kan. Aku ckp ngan encik tunang, paling lewat pon dorang siapkan awl bulan 4 la kot kan. Time tu da siap sedia nak tampal nama atas sampul and nak pos aku bajet dlm tengah bulan May. Skali dorang siapkan cepat wey. 2 minggu je da siap. Melompat gembira la kitorang nak tengok kad yang kitorang 'design' sendiri. Hihihi.

Memula encik tunang punya kad siap dulu. Dia tempah 1000pcs kan. So maybe dorang ade printing ikot batch kot. Hari ni batch utk 1000 keping. Esok batch untuk 500 keping. So encik tunang punya la tak menyaba kan, akak Ilham Legenda tu text encik tunang ckp kad sebelah laki da siap. Terus la dia g amek hari tu jugak. Padahal akak tu cakap kad pompuan maybe esok akan siap. Mmg btul pon kad pompuan esok nye siap. So encik tunang pegi 2 kali la ke kedai tu untuk amek kad kawin kitorang. Hihihi. Oh ye. Kedai Ilham Lagenda ni dekat Melaka. So encik tunang la yang uruskan. :')

Da siap yeay!

Yang best nye pasal Kad yang kitorang tempah ni, dapat EXTRA kad kawen. Macam encik tunang order 1000 keping (19sen/sekeping), encik tunang dapat 100 keping kad EXTRA. Tapi tak de sampul surat la. Yang aku plak tempah 500 keping (35sen/sekeping) dapat EXTRA 50 keping tanpa sampul surat. DOUBLE YEAY! Takesah la kan tak de sampul surat pon. Huhuhu. 

Korang yang bukan duduk kat Melaka pon boleh tempah jugak. Dorang buat delivery. tp ade delivery charges la kan. Macam POS laju gitu. So yang nak pegi ke outlet dorang alamat dan details lain seperti di bawah :)

Alamat:
No.5, Jalan MP1, 
Taman Merdeka Permai, 
75350 Batu Berendam, Melaka.

Phone number: 
Cik Syida - 016-2168922
Cik Syura 016-7728922 (Waktu pejabat)
Email : sales@ilhamlagenda.my


Bila kita berurusan dengan orang, yang paling penting adalah? 
SERVICE! 
Service utk ILHAM LAGENDA 5 bintang. Qualtity kad pon bagus! 
Yeay!


p/s: Hari ni genap 6 bulan. Lagi 3 bulan 4 minggu ^^

Wednesday, February 20, 2013

T i g a t a h u n

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Genap 3 tahun berkenalan dengan encik tunang. Tahun pertama bercinta, tahun kedua bertunang. Tahun ketiga? In sha allah kami akan mendirikan masjid :)

 Selama 3 tahun ni macam-macam benda dah kami lalui. Suka, duka, marah, menangis, geram, gelak, ketawa, merajuk, mengade ngade. Alhamdulillah sampai kami ke tahap ni. Ada lagi 4 bulan untuk kami melangah ke tahap seterusnya. Semoga semua yang kami rancangkan berjalan lancar. In sha allah. Amin

Re-post picture from Engagement Day

Selamat Ulang Tahun ke-3 syg :)
Ucapan lain untuk encik tunang? Tak payah la. Biar aku ngan dia je tau :')

Kawan kawan, tolong doakan kami yer? 
^_^



Saturday, February 16, 2013

Cara Mudah kumpul alamat kengkawan untuk pos kad kawen

Assalamualaikum

Amboi, tajuk entry aku kenmain la panjang kan. Motif? err sebab tak tau nak letak title ape yang padat dan senang difahami. Har har har.

Kad kawen tak siap pon lagi. Tapi aku dengan eksaited nya nak mengumpul alamat kawan² untuk memudahkan aku prepare awl². Nanti bila kad da siap, aku terus jek tampal alamat korang kat kad sampul kad kawen tu. Sekarang ni memang tgh buat checklist nama kengkawan. So alang² untuk memudahkan kerja, kumpulkan dalam satu form jer. So ape² nanti aku just rujuk je la form tu :) So here we go, kawan kawan belog yang nak kad, tolong isi form kat link bawak ni yer =D



Thanks dekat Mummy-to-be Huda Luna for the tutorial. Sangat menyenangkan idup kumpul alamat guna Google Docs ni. Info info yang korang dapat trus akan di summarize kan dalam Excel Form. Nak tau tutorial buat Google Docs ni klik trus kat Mummy-to-be Huda Luna ye? Nanti kalau kad dah siap, Insyallah smpai la kad kami dekat korang.

Thanks!


Thursday, February 14, 2013

Kasut Kahwin | Wedding Shoes


Assalamualaikum

Semalam saje la gatal google pasal kasut kawin kan. Aku tak sure bridal yang aku amek tu sediakan skali kasut kahwin or tak. Lupe plak nak tanye pasal kasut ni. Takpe nanti aku tanye balik. Sementara tu kite cuci mata dulu dengan kasut kahwin yang superb cantik dan simple ni.





Aku paling sukaaaaaaaaaaaaaaaa la kasut ni. Simple tapi cantik sangat. Sweet gila kau tahu! aku da bayangkan kaki aku yg comel ni pakai kasut ni. Oh em jayyy. Santek nye *perasan* Agak² ni bape inch eh? macam tak tinggi sangat. tapi macam tinggi. tapi tetap cantik. bape banyak tapi da





Yang ni pon sangat cantik blink blink nye tu. Tapi kenapa tinggi sangat? aku yang tinggi ni betambah tinggi. plus aku dah la tak biasa pakai kasut tinggi cenggitu. Sebab gemok dan berat sangat so tak larat nak pakai heels tinggi tinggi ni. Hahaha mau tegolek comel kang time wedding nnt kahkahkah tegolek comel pon bolehh ^_^


 
Flat shoesssssssss. Blink blink tu buat cantikkk. Boleh tak kawen nanti nak pakai flat shoes je? macam aku katekan tadi, aku tak biasa la pakai heels tinggi tinggi ni T_T pakai kejap da la. Time wedding nnt bape jam plak aku nak pakai kasut tinggi nanti. sobbb.  Dan satu lagi, nanti aku lagi tinggi plak dari encik husband time wedding nt. Tinggi kitorang same. So kalau pakai terlebih sikit tinggi, ternmpak la kecomelan ketinggian aku .=P

source


Yang ni pon nice jugak. Simple dan sweet. sebab bunga atas tu. tinggi pon tak tinggi sangat. Kalo tinggi camni aku bole la tahan lagi nak bediri lelama kann.


 

Okeh skang mari kite layan Bridal Collection dari Jimmy Choo pulak. Sangat la cantik kasutnyeee. Antara yang aku suke adalah kat bawah ni. Tapi harganya mesti la mahal kann. Takpe. Kite berangan ape la salahnye kannn


Kasut ni sure stabil bila bediri lelama. dan sure tak penat. Sebab tapak nye tak tirus kan. Dapat kasut ni wat kasut kawin cantik gak. takpun kasut hantaran ke? Encik tunangggg sila ambik perhatiann =P
 

Aaaaaaaaaaaa melting abes tgk kasut ni. Design dia kalau pakai kat kaki, mesti kaki nmpak seksi abess. Tapi tinggi jugak la kan. Tapi die bukan tirus takpe. Cantik nye wehhhhh T_T








 

Tapi dalam banyak² kasut yang list kat atas ni, aku paling tersuka skali kasut yang first skali. Nak DIY sndrik bole tak? Carik kasut kosong cam atas ni, pastu tmbah kan la blink blink nye kan? Tapi per soalannya, adekah aku rajen men DIY? Hahaha.


p/s: ade tak orang pakai flat shoes time kawen? setakat ni aku tak penah nampak pulak T_T


Wednesday, February 13, 2013

Cerita kad kahwin | Part 2



Assalamualaikum

Eceh. nak part part la bagai kan. Ok utk part 1 boleh rujuk entry ni. Kad  kahwin dah siap tempah. Yeay! Eh baru tempah je. belum siap lagik. Encik tunang yang uruskan pasal kad kawen. Time die cuti aritu die pegi survey² kad kahwin area Melaka. Actually kitorang survey kedai kad kahwin utk printing jer. Sebab gune design sendiri kan. So haruslah paling murah skali kitorang survey. Hihihi. 

Entry sebelum ni kate nak wat dekat Kad kahwin borong kan. Yer la situ murah gile kot. Encik tunang pegi la kedai tu utk  tanye harga dan bekenaan design kitorang tu. Encik tunang cakap, 1st smpai kedai tu dia da tak suka da. Sebab? Service nye. Langsung tak welcome customer. Kite plak yang tecangak cangak dalam kedai tu. Bukan la nak ckp suh jemput masuk ke ape kan. At least kite masuk kedai tu welcome la customer, tnye ape yang customer tu nak ke ape ke kan. Lain la kalo pegi shopping mall pastu promoter ikut bontot korang tu aku tak suke la kan. Encik tunang tetap masuk dan tnye la ape yang patut. Ah bila tanye, jawab pon cm nak tknak jer. Maybe kakak tu ade masalah ngn boipren nye atau tgh datang bulan. *besangka baik* Soo reject. Even harga die murah, mmg macam ape yg kitorang nak, tp sebab servis tak bagus tepaksa reject. Oyye, kad kahwin borong banyak cawangan, tapi kalau nak tempah guna design sendiri kene pegi ke HQ mereka.

Second kedai encik tunang pegi kedai mane tah. lupe plak. Yang last nye encik tunang pegi ke kedai Ilham Lagenda. Service nye tiptop (hopefully berterusan) Sgt welcome kan customer. Customer jadi selesa nak tanye ape je yang kurang pasti. Kakak kat kedai tu sedia menjawab. Dan harga die pon  not bad. Sama harga dengan kedai yang pertama tu! Nak lagi kalo design sndri, dorang akan tolak dalam RM30-RM40 cmtu. Aku ngan encik tunang punya kad asing². Sebab design kad kami tu mmg utk sebelah pihak je. Lagipun majlis sebelah lelaki sebulan selepas majlis sebelah perempuan. Better buat asing kad. Encik tunang tempah 1000pcs. Aku tempah just 500pcs sahaja. Pelik tak? haha selalunya Sebelah perempuan la akan banyak kan. Hihihi. Bukan ape aku tak tempah banyak² sebab bedasarkan pengalaman abg abg aku yang kawen sebelum ni, kad kahwin dorang tak penah nye la habis distribute. Heharap time aku ni, habis la kan di distribute kan. Berapa harga aku dapat? 1000pcs/RM0.19sen sekeping dan utk 500pcs/RM0.35sen sekeping. Memang harga yang macam ni aku carik. Heheh. Paling mahal pon aku akan carik RM0.50 sekeping. 

Artwork kitorang dah dapat. dah semak dan berpuas hati dengan hasil artwork tu. Heharap outcome die pon menepati piawaian aku la kan. Hahaha. Kad akan siap lagi 2 minggu kot. Tapi aritu aku ckp ngan encik tunang paling lewat dapat pon awal April. Tu paling lewat la. Lagi cepat dapat lagi senang keje aku prepare ape sume kan. Bukan aku tak servey kat area Seremban. Tapi mane yang aku tengok sumenye harga RM0.50 ke atas. Kan da lari bajet tu? =P

p/s: Agak agak kalau aku start kumpul alamat kengkawan dari sekarang over sangat tak? 4 bulan lagi sebelum majlis. =D

Saturday, February 9, 2013

Bausch K - Cincin pengantin lelaki

Assalamualaikum

Last week (cerita basi) misi mencari cincin untuk encik tunang berjaya. Kemane kami ? Korang tengok title ka tatas pon da tau kan. Baush K. Macam entry lepas aku ade membebel pasal ring hunting kan. So at last dah dapat jugak. 

Senanye ade cerita di sebalik cincin ni. Memula encik tunang cakap dia takmo cincin. Dia ckp cm membazir la ape la kan. Aku berkeras jugak nak belikan utk dia. Aku da mula ah nak merajuk kan. Aku mula ah buat ayat-ayat merajuk aku "Nanti da kawen, org ingt awk blum kawin lagi. Tak de cincin. Nk ngaku single la?" Hahahaha. Kejam tak? Wuuwuwu. 

So sampai Mid Valley, memula mmg meround la carik barang hantaran kat. Ade lagi barang hantaran yang tak lengkap. So pusing pusing, aku punya jam da settle. On the way nak g kedai jam aku tu, lalu la kedai Bausch K ni. Memula pegi, enicik tunang belek belek je dulu, satu satu die mintak salesgirl tu kuarkan. Smpai yang last skali tu, lama dia pegang cincin tu tenung, tah apa yang di fikirnya. Last-last dia cakap "Nanti la" Aku da cam. eeeeeeeeeee geget gak dia ni kann. Pastu aku cakap, tak pa. kita pusing² dulu. Sebelum balik singgah balik situ, itu pon lepas aku pujuk pujuk dan pujukkkk lagi. Baru la ambik cincin tu. Eh bukan ambik. tapi beli yer. =P 

*credit pic to Google*

Al-kisahnye pasal kedai ni, dah 2 tahun aku keje kat Mid Valley ni, hari-hari aku lalu lalang depan kedai ni. Boleh aku tak perasan langsung? Sebab nye, bila aku google, carik kedai ni kat floor mane, rupenye kat laluan aku pegi balik ke KTM mid Valley. Sengal takkkk? Mungkin sebelum ni tak ambik kisah pon kan. So sekarang mmg tengah mencari baru la tehegeh-hegeh amek tau kat mane. Bahhaha.

Gambar cincin nye taboleh ah nak publish skrang kan =P

Barang kat Baush K ni semua nye stainless steel. Selain cincin, ade jugak barang² accessories lain cth: Gelang, rantai, earing, dan lain lain. Bila beli kat sini ape yang aku dapat? Firstly of course la dapat cincin nye kan. Second, dapat Warranty card. tu yang atas kecik tu warranty card nye la. Setahun. Warranty card ni termasuk, batu permata dengan polish kan calar² kalau tak silap aku. Di sebabkan encik tunang tak ambik yang ade batu permata, so warranty card tu hanya utk yang calar² dan polish tu je la. Third, boleh engrave nama or ape² je la yang korang nak tulis kat cincin tu. 10 huruf dan kebawah bayar RM5 jer. So kitorang letak la "Mirady" Hikss Gabungan nama Mira + Ady. Uhuk uhuk.  Harga macam mana? Sooooo much affordable I tell youuuu. Pengantin bajet cam aku ni harus lah mencari harga yang terbaik :D

So kepada yang mencari Bausch K, ni alamat nya


Pavilion Shopping Mall, KL

P5.01.00, Level 5
Contact No: 03 - 2145 5262

Mid-Valley Megamall, KL
F 095, 1st Floor
Contact No : 03 - 2287 5262



IKANO Power Center, PJ

Lot G-23A, Ground Floor
Contact No: 03 - 7710 5262


One Utama Shopping Center, PJ

F 200, Level 1
Contact No: 03 - 7722 5262

Ok jumpe lagik!


Monday, January 28, 2013

Perfect Pallete | Warna tema



Assalamualaikum


Sekarang ni tgh usha usha color combination ape yg sesuai. B2B sume mesti tau kan mane nak search utk rujukan color combination yang sesuai? Ok utk yang tak tau lagi rasenye blog The Perfect Pallete yang paling sesuai utk korang.

Sebenarnye banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk sgt color combination yg aku minat. Contoh contoh nye cam gini. 

 Aqua + Fuschia









Aqua + white + Orange
  

*sangat suke yang ni*





Aqua + Antique Gold + Light Green









Aqua + Ivory + Dark Peach + Peach





Dalam banyak² tu aku suke yang no 2 tu. hehe. Yang first combination tu mcm da slalu sgt orang buat. Agak agak korang baju aku kaler ape nanti? :D 

Untuk combination yang lelain korang bole refer kat The Perfect Pallete oke?

 Selamat bermain dgn warna! Hihihi


Friday, January 25, 2013

Cincin Kahwin Lelaki a.k.a. Wedding ring


Assalamualaikum

Bertemu kembali di sesi bride-to-be preparation. Tetibe macam banyak plak idea aku nak menulis kan. Time ade idea ni baik la aku taip. Dari kang aku taip asek backspace jerk. last last aku tekan pangkah. Hahaha. Ok ok back to the topic. Sebenarnye nak carik barang untuk lelaki la paling payah skali. Adakah kaum hawa di luar sana setuju? sapa setuju angkat kening pelis. ok gud. 

Untuk mencari cincin lelaki aku ade survey² dulu kat pak cik google. Ye la. Lelaki Islam mane boleh pakai cincin emas kan. Haram. Cincin Suasa pon tak boleh. Sebab komposisi die ade sedikit emas. So antara stainless steel,silver, platinum, paladium? errr platinum ngan paladium tu macam di luar kemampuan aku kot. Maap sayang T_T

Aku survey² kebanyakannnye la kan B2B & ex-B2B byk beli yang stainless steel. Dan aku ade terjumpe yang Kedai jual cincin lelaki stainless steel tu kat Bausch K  Dorang ade cawangan kat Midvalley, Pavilion, Ikano, One Utama. Harga sangat² affordable. Tapi design dorang agak limited la. Tapi design untuk lelaki ape lah sangat kan. Setakat ni aku blum abes survey lagi kat kedai kedai. Weekend ni nak pegi ngan encik tunang. Mane yang die bekenan grab je. Lepas ni tayah pikir nak carik cincin dah.

Selain Baush K. Ade gak yang suggest Golden Heart, Emas Sri Pinang, J,Bovier sebab dorang ade khas utk cincin lelaki islam. Ok mari kite usha usha cincin yang menarik.


 
simple + solid
titanium babe T_T

BJ02-RS258-8MM-18
J.Bovier

J. Bovier

Bausch K

Bausch K


F&C Jewellery

Ok dah. Tengah² dok survey cincin ni, dok pikir nak cincin silver ke stainless steel? mane yang lagi bagus qualtiy nyer? Ok tak pe. Kite tengok macam mane kate encik tunang nanti yer. Dalam banyak² gambar yang atas tu, aku prefer design cincin yang first tu. Memang mencirikan lelaki sejati gittuw. Tapi tu titanium. Mahai woooo.

Nanti ai update kat mane ai beli cincin untuk encik tunang ai yer. :))