Friday, March 1, 2013

Cerita Kad Kahwin part 3 | Ilham Lagenda

Assalamualaikum

Dengan bangganya ingin sy menyatakan di sini yang kad kahwin kami dah siap!Yeayyy! Suka angat angat *lempang muka sndri* =P Macam di beri tau dari entry lepas kad kawin kami tempah dari Ilham Legenda. Time memula tempah tu dorang tanya bila nak kad ni kan. Aku ckp ngan encik tunang, paling lewat pon dorang siapkan awl bulan 4 la kot kan. Time tu da siap sedia nak tampal nama atas sampul and nak pos aku bajet dlm tengah bulan May. Skali dorang siapkan cepat wey. 2 minggu je da siap. Melompat gembira la kitorang nak tengok kad yang kitorang 'design' sendiri. Hihihi.

Memula encik tunang punya kad siap dulu. Dia tempah 1000pcs kan. So maybe dorang ade printing ikot batch kot. Hari ni batch utk 1000 keping. Esok batch untuk 500 keping. So encik tunang punya la tak menyaba kan, akak Ilham Legenda tu text encik tunang ckp kad sebelah laki da siap. Terus la dia g amek hari tu jugak. Padahal akak tu cakap kad pompuan maybe esok akan siap. Mmg btul pon kad pompuan esok nye siap. So encik tunang pegi 2 kali la ke kedai tu untuk amek kad kawin kitorang. Hihihi. Oh ye. Kedai Ilham Lagenda ni dekat Melaka. So encik tunang la yang uruskan. :')

Da siap yeay!

Yang best nye pasal Kad yang kitorang tempah ni, dapat EXTRA kad kawen. Macam encik tunang order 1000 keping (19sen/sekeping), encik tunang dapat 100 keping kad EXTRA. Tapi tak de sampul surat la. Yang aku plak tempah 500 keping (35sen/sekeping) dapat EXTRA 50 keping tanpa sampul surat. DOUBLE YEAY! Takesah la kan tak de sampul surat pon. Huhuhu. 

Korang yang bukan duduk kat Melaka pon boleh tempah jugak. Dorang buat delivery. tp ade delivery charges la kan. Macam POS laju gitu. So yang nak pegi ke outlet dorang alamat dan details lain seperti di bawah :)

Alamat:
No.5, Jalan MP1, 
Taman Merdeka Permai, 
75350 Batu Berendam, Melaka.

Phone number: 
Cik Syida - 016-2168922
Cik Syura 016-7728922 (Waktu pejabat)
Email : sales@ilhamlagenda.my


Bila kita berurusan dengan orang, yang paling penting adalah? 
SERVICE! 
Service utk ILHAM LAGENDA 5 bintang. Qualtity kad pon bagus! 
Yeay!


p/s: Hari ni genap 6 bulan. Lagi 3 bulan 4 minggu ^^

11 comments:

  1. Wah..nak satu kak.teringin tgk akak tantek ni kawen :-) moga dipermudahkn semua urusan akak.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Thanks dik. Meh alamat meh..

      Delete
  2. wah..bagus nie, kan bagus ader kat area penang jugak.

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak dapat kad akak. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaa saba ye. Akk blom pos lg. Awl lg ni. Kang korang lupe plak anta awl2 hehee

      Delete
  4. murahnye harga dia...so now cik lin xsabar nak tunggu kad jemputan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee saba ye cik lin. Nt kte pos kt awk. Nk anta skang awl sgt kann. Cik lin dah isi form kn.. Insyallah. Smpai la kad tu nt ;))

      Delete
  5. tak sabar nak tgk kad kahwin tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee awak da isi alamat dkt form tu tak?

      Delete

This is best brooooooo!