Friday, March 15, 2013

Kursus Kahwin - Usrati Centre Seremban

Assalamualaikum

Lagi 3 bulan nak kawen baru nak pegi kursus kahwin. belum terlambat kan? Hehehe. Pegi lambat² siket la bagus. Baru la 'fresh'. Kalau g awal² nanti da nak kawen da tak fresh ilmu ilmuan tu. Hahaha.

Memandangkan aku stay kat Seremban, memula tu aku mencari gak la kat mane plak la nak pegi kursus kawen kat Seremban ni. Cousin aku pegi dulu kat Senawang. Pastu cari punya carik jumpa la Usrati Centre ni. Nak di jadikan cerita, Usrati Centre ni dekat la sangat dgn umah aku kan. Jalan kaki je da smpai. HAHAHA. Depan umah je weyh. Kat deret umah kedai depan nun. 

Aku ajak encik tunang pegi skali. Memula die cam tanak pegi kat Seremban. Ye la. kan 2 hari. Kang die kena ulang alik Seremban-Melaka 2 hari plak. Mak aku offer la tido umah kan. Tapi die sendiri tanak. Die cakap sebelum kawen die taknak biasa kan tido umah aku. Respect sama encik tunang ku. huehuheue. So at last encik tunang pon amek kursus kawin kat tempat yang sama. So 2 hari tu ulang alikla die Melaka-Seremban-Melaka. Tak jauh pon. Around 45 minutes.  

Alhamdulillah
Ape yang best nye kat Usrati Centre ni yang aku rase la tak de kat tempat kursus kahwin yang lain, die ade slot 'perancangan keluarga' Haaa. Nak cite lelebih kang aku plak yang malu. korang pepaham la sendiri. Founder Usrati Centre ni adalah seorang doctor. So dia tau la ilmu² perancangan keluarga. Kalau orang yang tak open mind akan ckp doctor tu lucah la ape la (doctor tu sndri ckp kat kitorang yg ade peserta kursus kawen die ckp doctor tu lucah) Tapi bagi aku tak. Tu sume ilmu. Kalau kau pikir lucah, lucah la jadi nye. Kalau kau pikir benda tu sebagai ilmu, bermanfaat la utk kau nanti :) 

Selain tu Ustaz dan ustazah nye best² okeh. Aku suke ustaz Shahrizan ngan Ustazah Hashimah. Siyes best. Gelak banyak. Tu la buat tak ngantok. :))

Yeayy da bole kawen bahaha =P

Untuk anak² Negeri Sembilan yang tengah mencari tempat kursus kahwin, aku suggestkan korang daftar dekat Usrati Centre. Tempat senang nak carik. Tempat senang nak parking. Bayaran RM80 siap makan dan minum. Minum pagi & Makan tengahari. 

Untuk maklumat lanjut boleh pegi ke Facebook dan website dorang

Kursus Pra Perkahwinan Islam Sikamat Seremban (Usrati Centre)
453-1, Jalan Sri Pulai 26, 
Taman Sri Pulai 2, Sikamat, 70400 Seremban



usrati_ghani@yahoo.com
06-761 5951
dah boleh is borang ni la kan? :))



4 comments:

  1. hehehe. da boleh pon kahwin.

    ReplyDelete
  2. yup dh boleh isi dh tu..sy dulu sebelum tunang dh pegi kurus,itu pon under umno..murah..

    ReplyDelete
  3. yoshh..selamat menempuh 3 bulan hidup single ni dgn bahagia..sebelum mnjadi isteri kpd yg tersayang :)

    ReplyDelete
  4. dah boleh kawennnn...yeayyy!! ni mesti nak kahwin bulan June ni kan? :) kite lagi 2 bulan...hehehe =D

    ReplyDelete

This is best brooooooo!