Wednesday, February 20, 2013

T i g a t a h u n

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Genap 3 tahun berkenalan dengan encik tunang. Tahun pertama bercinta, tahun kedua bertunang. Tahun ketiga? In sha allah kami akan mendirikan masjid :)

 Selama 3 tahun ni macam-macam benda dah kami lalui. Suka, duka, marah, menangis, geram, gelak, ketawa, merajuk, mengade ngade. Alhamdulillah sampai kami ke tahap ni. Ada lagi 4 bulan untuk kami melangah ke tahap seterusnya. Semoga semua yang kami rancangkan berjalan lancar. In sha allah. Amin

Re-post picture from Engagement Day

Selamat Ulang Tahun ke-3 syg :)
Ucapan lain untuk encik tunang? Tak payah la. Biar aku ngan dia je tau :')

Kawan kawan, tolong doakan kami yer? 
^_^



Saturday, February 16, 2013

Cara Mudah kumpul alamat kengkawan untuk pos kad kawen

Assalamualaikum

Amboi, tajuk entry aku kenmain la panjang kan. Motif? err sebab tak tau nak letak title ape yang padat dan senang difahami. Har har har.

Kad kawen tak siap pon lagi. Tapi aku dengan eksaited nya nak mengumpul alamat kawan² untuk memudahkan aku prepare awl². Nanti bila kad da siap, aku terus jek tampal alamat korang kat kad sampul kad kawen tu. Sekarang ni memang tgh buat checklist nama kengkawan. So alang² untuk memudahkan kerja, kumpulkan dalam satu form jer. So ape² nanti aku just rujuk je la form tu :) So here we go, kawan kawan belog yang nak kad, tolong isi form kat link bawak ni yer =D



Thanks dekat Mummy-to-be Huda Luna for the tutorial. Sangat menyenangkan idup kumpul alamat guna Google Docs ni. Info info yang korang dapat trus akan di summarize kan dalam Excel Form. Nak tau tutorial buat Google Docs ni klik trus kat Mummy-to-be Huda Luna ye? Nanti kalau kad dah siap, Insyallah smpai la kad kami dekat korang.

Thanks!


Thursday, February 14, 2013

Kasut Kahwin | Wedding Shoes


Assalamualaikum

Semalam saje la gatal google pasal kasut kawin kan. Aku tak sure bridal yang aku amek tu sediakan skali kasut kahwin or tak. Lupe plak nak tanye pasal kasut ni. Takpe nanti aku tanye balik. Sementara tu kite cuci mata dulu dengan kasut kahwin yang superb cantik dan simple ni.





Aku paling sukaaaaaaaaaaaaaaaa la kasut ni. Simple tapi cantik sangat. Sweet gila kau tahu! aku da bayangkan kaki aku yg comel ni pakai kasut ni. Oh em jayyy. Santek nye *perasan* Agak² ni bape inch eh? macam tak tinggi sangat. tapi macam tinggi. tapi tetap cantik. bape banyak tapi da





Yang ni pon sangat cantik blink blink nye tu. Tapi kenapa tinggi sangat? aku yang tinggi ni betambah tinggi. plus aku dah la tak biasa pakai kasut tinggi cenggitu. Sebab gemok dan berat sangat so tak larat nak pakai heels tinggi tinggi ni. Hahaha mau tegolek comel kang time wedding nnt kahkahkah tegolek comel pon bolehh ^_^


 
Flat shoesssssssss. Blink blink tu buat cantikkk. Boleh tak kawen nanti nak pakai flat shoes je? macam aku katekan tadi, aku tak biasa la pakai heels tinggi tinggi ni T_T pakai kejap da la. Time wedding nnt bape jam plak aku nak pakai kasut tinggi nanti. sobbb.  Dan satu lagi, nanti aku lagi tinggi plak dari encik husband time wedding nt. Tinggi kitorang same. So kalau pakai terlebih sikit tinggi, ternmpak la kecomelan ketinggian aku .=P

source


Yang ni pon nice jugak. Simple dan sweet. sebab bunga atas tu. tinggi pon tak tinggi sangat. Kalo tinggi camni aku bole la tahan lagi nak bediri lelama kann.


 

Okeh skang mari kite layan Bridal Collection dari Jimmy Choo pulak. Sangat la cantik kasutnyeee. Antara yang aku suke adalah kat bawah ni. Tapi harganya mesti la mahal kann. Takpe. Kite berangan ape la salahnye kannn


Kasut ni sure stabil bila bediri lelama. dan sure tak penat. Sebab tapak nye tak tirus kan. Dapat kasut ni wat kasut kawin cantik gak. takpun kasut hantaran ke? Encik tunangggg sila ambik perhatiann =P
 

Aaaaaaaaaaaa melting abes tgk kasut ni. Design dia kalau pakai kat kaki, mesti kaki nmpak seksi abess. Tapi tinggi jugak la kan. Tapi die bukan tirus takpe. Cantik nye wehhhhh T_T








 

Tapi dalam banyak² kasut yang list kat atas ni, aku paling tersuka skali kasut yang first skali. Nak DIY sndrik bole tak? Carik kasut kosong cam atas ni, pastu tmbah kan la blink blink nye kan? Tapi per soalannya, adekah aku rajen men DIY? Hahaha.


p/s: ade tak orang pakai flat shoes time kawen? setakat ni aku tak penah nampak pulak T_T


Wednesday, February 13, 2013

Cerita kad kahwin | Part 2



Assalamualaikum

Eceh. nak part part la bagai kan. Ok utk part 1 boleh rujuk entry ni. Kad  kahwin dah siap tempah. Yeay! Eh baru tempah je. belum siap lagik. Encik tunang yang uruskan pasal kad kawen. Time die cuti aritu die pegi survey² kad kahwin area Melaka. Actually kitorang survey kedai kad kahwin utk printing jer. Sebab gune design sendiri kan. So haruslah paling murah skali kitorang survey. Hihihi. 

Entry sebelum ni kate nak wat dekat Kad kahwin borong kan. Yer la situ murah gile kot. Encik tunang pegi la kedai tu utk  tanye harga dan bekenaan design kitorang tu. Encik tunang cakap, 1st smpai kedai tu dia da tak suka da. Sebab? Service nye. Langsung tak welcome customer. Kite plak yang tecangak cangak dalam kedai tu. Bukan la nak ckp suh jemput masuk ke ape kan. At least kite masuk kedai tu welcome la customer, tnye ape yang customer tu nak ke ape ke kan. Lain la kalo pegi shopping mall pastu promoter ikut bontot korang tu aku tak suke la kan. Encik tunang tetap masuk dan tnye la ape yang patut. Ah bila tanye, jawab pon cm nak tknak jer. Maybe kakak tu ade masalah ngn boipren nye atau tgh datang bulan. *besangka baik* Soo reject. Even harga die murah, mmg macam ape yg kitorang nak, tp sebab servis tak bagus tepaksa reject. Oyye, kad kahwin borong banyak cawangan, tapi kalau nak tempah guna design sendiri kene pegi ke HQ mereka.

Second kedai encik tunang pegi kedai mane tah. lupe plak. Yang last nye encik tunang pegi ke kedai Ilham Lagenda. Service nye tiptop (hopefully berterusan) Sgt welcome kan customer. Customer jadi selesa nak tanye ape je yang kurang pasti. Kakak kat kedai tu sedia menjawab. Dan harga die pon  not bad. Sama harga dengan kedai yang pertama tu! Nak lagi kalo design sndri, dorang akan tolak dalam RM30-RM40 cmtu. Aku ngan encik tunang punya kad asing². Sebab design kad kami tu mmg utk sebelah pihak je. Lagipun majlis sebelah lelaki sebulan selepas majlis sebelah perempuan. Better buat asing kad. Encik tunang tempah 1000pcs. Aku tempah just 500pcs sahaja. Pelik tak? haha selalunya Sebelah perempuan la akan banyak kan. Hihihi. Bukan ape aku tak tempah banyak² sebab bedasarkan pengalaman abg abg aku yang kawen sebelum ni, kad kahwin dorang tak penah nye la habis distribute. Heharap time aku ni, habis la kan di distribute kan. Berapa harga aku dapat? 1000pcs/RM0.19sen sekeping dan utk 500pcs/RM0.35sen sekeping. Memang harga yang macam ni aku carik. Heheh. Paling mahal pon aku akan carik RM0.50 sekeping. 

Artwork kitorang dah dapat. dah semak dan berpuas hati dengan hasil artwork tu. Heharap outcome die pon menepati piawaian aku la kan. Hahaha. Kad akan siap lagi 2 minggu kot. Tapi aritu aku ckp ngan encik tunang paling lewat dapat pon awal April. Tu paling lewat la. Lagi cepat dapat lagi senang keje aku prepare ape sume kan. Bukan aku tak servey kat area Seremban. Tapi mane yang aku tengok sumenye harga RM0.50 ke atas. Kan da lari bajet tu? =P

p/s: Agak agak kalau aku start kumpul alamat kengkawan dari sekarang over sangat tak? 4 bulan lagi sebelum majlis. =D

Saturday, February 9, 2013

Bausch K - Cincin pengantin lelaki

Assalamualaikum

Last week (cerita basi) misi mencari cincin untuk encik tunang berjaya. Kemane kami ? Korang tengok title ka tatas pon da tau kan. Baush K. Macam entry lepas aku ade membebel pasal ring hunting kan. So at last dah dapat jugak. 

Senanye ade cerita di sebalik cincin ni. Memula encik tunang cakap dia takmo cincin. Dia ckp cm membazir la ape la kan. Aku berkeras jugak nak belikan utk dia. Aku da mula ah nak merajuk kan. Aku mula ah buat ayat-ayat merajuk aku "Nanti da kawen, org ingt awk blum kawin lagi. Tak de cincin. Nk ngaku single la?" Hahahaha. Kejam tak? Wuuwuwu. 

So sampai Mid Valley, memula mmg meround la carik barang hantaran kat. Ade lagi barang hantaran yang tak lengkap. So pusing pusing, aku punya jam da settle. On the way nak g kedai jam aku tu, lalu la kedai Bausch K ni. Memula pegi, enicik tunang belek belek je dulu, satu satu die mintak salesgirl tu kuarkan. Smpai yang last skali tu, lama dia pegang cincin tu tenung, tah apa yang di fikirnya. Last-last dia cakap "Nanti la" Aku da cam. eeeeeeeeeee geget gak dia ni kann. Pastu aku cakap, tak pa. kita pusing² dulu. Sebelum balik singgah balik situ, itu pon lepas aku pujuk pujuk dan pujukkkk lagi. Baru la ambik cincin tu. Eh bukan ambik. tapi beli yer. =P 

*credit pic to Google*

Al-kisahnye pasal kedai ni, dah 2 tahun aku keje kat Mid Valley ni, hari-hari aku lalu lalang depan kedai ni. Boleh aku tak perasan langsung? Sebab nye, bila aku google, carik kedai ni kat floor mane, rupenye kat laluan aku pegi balik ke KTM mid Valley. Sengal takkkk? Mungkin sebelum ni tak ambik kisah pon kan. So sekarang mmg tengah mencari baru la tehegeh-hegeh amek tau kat mane. Bahhaha.

Gambar cincin nye taboleh ah nak publish skrang kan =P

Barang kat Baush K ni semua nye stainless steel. Selain cincin, ade jugak barang² accessories lain cth: Gelang, rantai, earing, dan lain lain. Bila beli kat sini ape yang aku dapat? Firstly of course la dapat cincin nye kan. Second, dapat Warranty card. tu yang atas kecik tu warranty card nye la. Setahun. Warranty card ni termasuk, batu permata dengan polish kan calar² kalau tak silap aku. Di sebabkan encik tunang tak ambik yang ade batu permata, so warranty card tu hanya utk yang calar² dan polish tu je la. Third, boleh engrave nama or ape² je la yang korang nak tulis kat cincin tu. 10 huruf dan kebawah bayar RM5 jer. So kitorang letak la "Mirady" Hikss Gabungan nama Mira + Ady. Uhuk uhuk.  Harga macam mana? Sooooo much affordable I tell youuuu. Pengantin bajet cam aku ni harus lah mencari harga yang terbaik :D

So kepada yang mencari Bausch K, ni alamat nya


Pavilion Shopping Mall, KL

P5.01.00, Level 5
Contact No: 03 - 2145 5262

Mid-Valley Megamall, KL
F 095, 1st Floor
Contact No : 03 - 2287 5262



IKANO Power Center, PJ

Lot G-23A, Ground Floor
Contact No: 03 - 7710 5262


One Utama Shopping Center, PJ

F 200, Level 1
Contact No: 03 - 7722 5262

Ok jumpe lagik!