Monday, July 8, 2013

Wedding Cake| Ombre Cake





Cerita pasal Kek Pengantin pulak.Sebelum majlis aku banyak jugak survey survey kek untuk di jadikan time sesi memotong kek. Ekceli mengade je sebenarnya, Orang catering tu memang da sediakan kek tu. Ade 2 choice either kite nak kek or kte nak pulut kuning. Aku pilih pulut kuning sebab aku nak kek sndri. Hahaha.

Survery punya survey, aku minat la sgt dgn Ombre kek. Tau tak ombre kek tu cemane? Ala takan tak tahu kottttttttttttt. Hehehe.


My lovely wedding cake :)

Aku memula survey tu ade gak la tgk tgk harga kan. Skali tgk, mak aih mahal gilos. tak sanggup aku T_T. Memula macam da give up la. Macam nak redha je amek kek/pulut kuning dr catering tu. Skali aku dapat idea, Mak Cu aku mmg buat kek. Tapi die belum penah buat Ombre kek lagi. Deal la dgn Mak Cu. Skali mak cu kate die okey je. Aku pon melompat kegembiraan la kan.! Aku bagi contoh kek tu. Dan hasilnya sangatttttttttttttttt la aku suka. Cantik! Dan menepati tema time majlis. Heeeee. So korang yang nak tempah kek macam ni, bole contact Mak Cu aku kt Facebook Puan Azian Ibrahim. Korang try la rekues cake macam mane korang nak, insyallah Mak Cu boleh buat. :)


comey lotey kat sebelah pulut kuning :D
Thank you Mak Cu! :*

Untuk tempahan boleh la contact mak cu saye!

Sunday, July 7, 2013

Henna | Inai Pengantin


Okey mari kite review pasal inai pengantin @ Henna. Time kawen ni la time pakai inai cecantik. Dulu rajen la pakai inai time kecik kecik. Inai daun  ditumbuk lumat pastu gaul dgn uncang teh. kasi merah kaw kaw punya. Tp time nak nikah aritu aku tempah kat orang ukirkan inai kat tgn & kaki. Homai eksaited gila weh.

Ekceli aku memula plan tanak pakai inai ukir2 tu. Tapi last minit ubah pikiran. Sebab dah jatuh cinta dgn ukiran inai someone kt facebook. Pastu member aku plak dengan baik hati nya nak sponsor bayarkan inai ni. Aku lagi la eksaited. Terus la PM kak Norish kat facebook. 2 bulan sebelum tu aku ade gak PM kak Norish kat facebook tnye pasal harga kan. Survey punya survey aku rase kak norish la yang paling murah. Yang buat mahal nye sebab transportation charges. Kak Norish kat Shah Alam. Aku kat Seremban. Tu yang costly sket -.-Deal ngn kak Norish sgt la senang. PM kt FB, pastu whatsapp, bg tarikh, confirmakn tarikh dan masa nikah. Bayar deposit RM50. So done. 

Kak Norish inaikan aku pagi Sabtu. Kalo tak dia nk dtg Jumaat malam. Tapi jadual dia pack sgt. So pepagi Sabtu dia dtg umah all the way from Shah Alam dengan adik dia. 2 3 hari sebelum nikah aku cam x rase neves ke ape ke. Bila da start pakai inai, baru la terasa, betul ke aku nak kawen dah ni? Betul ke aku akan jadi isteri orang? Haha. Dalam kol 10am cmtu Kak Norish smpai dgn adik dia dan bemula lah sesi menginai. Seriously wa ckp lu kak Norish punya ukiran sgt halus!! Aku suka sgt. Teruja kot tgk kak Norish mengukir inai kat tgn & kaki. Senang je tgn dia melentok liuk ukir inai tu. respek gila la. kejap je da siap. Adik dia pon tlg inaikan jugak. Tugas adik dia pakai kan kt ujung ujung jari. dun worry dia tak pakai jari pon. So tak risau bersentuhan dgn lelaki ke ape ke. sbb dia just pakai alatan dorang tersendiri. 





Bila da pakai inai time kat rumah ramai sedara mara, yang lain pun teruja nak pakai. Adik sedara aku 2 org pon pakai jugak. Just ukiran je la. Sebelah tgn RM5. KalaU pakai 2 belah tgn RM10. Kalo inai untuk pengantin plak harga dia bergantung kepada corak yang korang nak. So bila kak Norish dtg nak inaikan dia akan bagi beberapa catalog yang ada sample corak yang bole korang pilih :) Aku ni mata da minat kat corak yang aku tgk sebelum ni. So kak Norish bawak catalog pon aku tgk tgk cmtu je. coz mata dan hati dah terpaut dekat corak yang aku nak tu. heeeeeeeeeeee

 

So inilah hasilnyaaaaaaaaaaa. Ni baru lepas basuh. Yang best nya kak Norish ni, dia akan tunggu smpai Inai ni kering, then dia akan basuhkan skali. Then dia akan bagi tips tips untuk mengelakkan warna inai dari cepat pudar. Oh ye. Di sebabkan aku punya waktu nikah malam tu jugak. So kak norish ckp aku tak payah pakai inai ni lama lama. coz tkut gelap sgt nanti tak cantik.




Beberapa minit sebelum di nikahkan. Time ni kauorang tahu tak, jantung macam nak tecabut hoi. Bila da pakai baju nikah, tudung, veil, makeup sume, baru la rase kenevesannye. phewww. Dari atas nak turun bawah, nak meredah tetamu tetamu kat bawah tu aku rase macam errrrr. tak tau nak ckp. Malu kot. Mata sume tetumpu kat kite kan. Heh. Perasan. 



Rase sangat kekok memula dok atas pelamin nih. Bahaha. ok ni gmbr sume bkn dr Official Photographer yer.


Gambar malam agak gelap. Hai encik suami. Saye syg awak :')

Bride-to-be yang masih mencari Henna ni bole la try contact Kak Norish

Facebook
0173276448

You ols mesti tak menyesal :)

Friday, July 5, 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum w.b.t

Hai korang! Okey hari ni baru berkesempatan nak menaip bercerita dan menulis di blog kesayangan ni. Homai. Ai bizi gile yuuuu. Bizi lah sgt kan. Ahaks. Hari ni aku genap seminggu bergelar Isteri kepada Suami kesayangan ^Aydrin^ Alhadmulillah :') Saye sudah bergelar Puan! Yeay! Lepas ni maybe byk post pasal review kawen je *kalau mood rajen nak menaip lah*. Korang layan je la eh? HAHA. Ni pon encik suami tgh main Candy Crush. So Puan Isteri ngadap la blog kejap. Hehe

Aku start cuti kawen last week hari Rabu. Tu pon setengah hari keje. Lps keje tghari tu shoot pegi Melaka sbb last fitting baju kat Mak andam. Nanti aku review mak andam okeh? :) Cuti 3 hari sebelum tu la menggunakan tenaga & momentum paling banyak utk settle kan sumenye. Sejak nak majlis kawen aritu aku asyik tak cukup tido je. Kalo dlu aku muka bgn lps subuh tido balik. Da nak kawen punye pasal, muka aku la paling awl bgn. Kol 5 lebeh jam da bunyik lepas tu tak  leh tido dah. Kepala otak banyak beno berpikir. T_T Kau orang ingt senang ke kawen? Senang memang senang. Tapi preparation tuuhh. Biase la pompuan kan. Mende sume nak perfect jek. 

Aku Nikah ari sabtu malam. So khamis jumaat tu, settlekan umah, pasang kapet, sapu, mop, alihkan kusi meja, phewwww. Nasib la abg abg dan adik aku sume laki. Aku pon mengangkat dah macam laki dah. Hwehwhehw. 

Aku sangat² bersyukur mempunyai mak abh, mak cik, pak cik, cousin yang banyaaaaaaaaaakkk sngt menolong sbeleum majlis, semasa majlis dan selepas majlis. Tak terungkap dengan kata² betapa aku berterima kasih sgt² kat dorang sume.Alhamdulillah. Semoga Allah s.w.t yang dapat membalas jasa mereka. 

Sebelum majlis aku agak kelam kabut siket. Sebabnye, aku pakai inai pagi sabtu sebelum aku nikah. Tp alhamdulillah hasilnya sangat la memuaskan hati. Lepas tu, org khemah plak pasang khemah lambat. Khemah siap pasang dgn meja setting ape sume dalm kol 6.30pm -7pm cmtu. Mane la aku tak berangin. Tapi nasib la tepat pada masanya dorang pasang. 

Aku cerita part by part la nanti eh? Nak review mana dlu pon aku tak tau ni. Eksaited nak cite sume. *macam ade org nak bace* Ok la. Nnati aku sambung lain hari. Encik suami panggil. Solat jemaah sat. :') Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah. 

Tuesday, July 2, 2013

Officially Aydrin's wife :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada 29/6/2013 jam 9pm++ dgn sekali lafaz sy sah bergelar isteri kepada Aydrin. 


Teaser dlu eh? Nanti update. Gmbr dr OP je byk. Heeeeee :))