Tuesday, July 15, 2014

Warded pada usia kandungan 30 minggu 6 hari


Assalamualaikum. 

Seperti tajuk entry aku kali ni. This is my first time being warded. Seumur hidup dah 26 tahun 8 bulan ni, ni la first time masuk hospital (selain dr time mak besalin kan aku dlu la). 

Mesti ramai tetanye tanye kenapa aku tetibe warded kan. Mcm2 assumption yg aku dgr. Salah makan, kurang darah, kencing manis, darah tinggi & etc. huhu. Tekaan sume tak kena. Aku warded sebab aku jatuh time balik keje sabtu lepas. Kronologi cerita yg tak dpt dilupakan sampai bila bila

12 Julai 2014
Aku balik keje pkol 11mlm. Tp time tu kuar lewat sket. Closing lambat. Dalam 11.20pm @ 11.25pm mcm tu. Aku otw ke kereta. Parking hari tu agak jauh. So menapak la aku jejauh tu.

Dalam beberapa langkah lagi nak smpai keta, aku terjatuh. Kaki tersadung dkt tmpt pejalan kaki. Angkat kaki tak lepas. Hamek kau tesadung jatuh kedepan. Tapi sempat aku tahan dengan tangan & lutut. Tak kene perut pun. Tangan seblah kiri pegang bekalan buka puasa maghrib tu. Tangan kanan pegang hp & kunci keta. Akibatnye, kunci keta tecampak ke dalam semak. Semak yg memerlukan aku turun dari tebing & amek kunci keta kt semak2 tu. Dah la gelap kt ctu. Dan akibatnye jugak screen henpon kesayangan retak macam panahan petir T_T 

T_T penyelamat tangan ku dari luka


dan akibatnye lagi suar keje aku koyak tang lutut T_T. Masuk je keta, trus tepon suami. Tepon da nak menitik air mata tu. Suara da serak2 tahan nangis bagi tau ape yang jadi. Lepas tu trus gerak balik. Usap2 perut. Panggil2 baby #AB xde respon.. Panggil lagi x de respon. Melalak aku dalam keta sesorang sambil drive. Gila kauuu tak melalak. Anak tak bagi respon. Mane tak risauuuuuuuuuu.

Smpai umh dah nk dkt pkol 12mlm. Suami call mak mertua mntk tlg bawakkan ke klinik 24jam. Nak cek keadaan baby dalam kandungan ni. Time tu suami kt tempat keje. Klinik tu plak tak de alat nak cek heartbeat baby. Doc tu suggest pegi hospital terus malam tu. Time tu da 12 lebeh. Aku serius dah tak larat sgt time tu. Sementara tunggu doc pnggil time kt klinik tu, usap2 perut panggil2 baby #AB ade sedikit respon. Tapi tak seaktif macam biasa. So aku decide pagi esok je pegi hospital.

13 Julai 2014
Pepagi tu dalam pkol 10 lebeh gerak pegi hospital. Cadangnye mmg nak pegi cek heartbeat baby je. Cadangnye nk pegi klinik swasta je. Tp klinik swasta yang provide scan 3D & 4D kt melaka ni x byk. Kalau ada pun hari ahad tutup. So suami decide trus pegi hospital je.

Smpai hospital besar melaka pegi emergency. Sebab dah x tau nak tuju kemana. Klinik kt hospital pon mana bukak hari ahad. Pegi emgency. Tmpt first skali nak daftar tu tmpt dorang buat saringan sama ada kes kita ni berat or tak. Aku bajet aku mmg kena tunggu lama ni. Sbb kes tak bape nak berat. Sekali dorang refer kt dalam, kes aku terus dikategorikan sebagai kritikal. Trus kene duduk kat wheelchair kauu. Peh pehh pehh first time.

Kene tolak masuk zone kritikal. Smpai dalam tu doc cek prut. Scan perut, doc tunjukkan jantung baby. Syukur alhamdulillah. Nampak degupan jantung baby kt ctu. Then kena soal memacam. Nasib x kene marah ngn doc sbb lambat refer dekat hospital. Lepas dorang dah soal siasat ape sume, aku di bawa ke wad bersalin. Eh bukan wad. Tp tmpt ibu2 bersalin la. Tp bukan sbb aku nak bersalin. Checkup plak kat ctu.

Smpai kt situ daftar lagi. Aku kene cek blood pressure ngn cek hearbeat baby lg. cek urin then dorang suh aku tuka uniform. Uniform khas utk ibu2 mengandung dan ibu2 bersalin. Gelebeh sana sini baju tu. Kain die beso semacam. Boleh masuk 2 org. Huhu pastu kena amek darah pulak. Amek darah bukan kt tmpt bese aku kene cucuk. Kt tangan yg sakit gila!! Time doc tu cucuk mmg la aku x pandang langsung. Tau2 sakit gilaaa je. Smbil doc tu borak2 ngn aku. Tak lama lepas tu dah abes cucuk dia bg tau la. Tapi x abes lg sbb nak bersihkan darah. Sekali aku toleh hamekk besepah2 darah aku. Kat tangan je penuh darah. Blum lg kat atas meja doc tu. Euwwwwww banyakkkk gilaaa darah. Cucuk kt urat tangan je tu. (Aku cite kat suami, seram sejuk die dgr. Acane nak teman aku besalin nt ni? :P die plak yg pengsan tgk darah nt) 


Sakit ya rabbi

Lepas amek darah tu, doc tnye la memacam lg. ni doc lain plak dr doc kt emergency room tu. Aku ckp la baby ade kurang gerak lepas aku jatuh tu. Pastu die kate kemungkinan aku kne tahan wad sbb baby kurang gerak. Aku dah mcm tak tau nak kate apee dah. Tahan wad?? Huwaaa. Doc tu ckp tu pon kne double confirm ngn doc pakar dlu. Kalau doc pakar suruh masuk wad, tepaksa la dok wad.

dah amek darah tu dok la menunggu kene cek yg lain plak. Di sebabkan tu labour room, lama la tunggu. Ade yg sakit nak besalin. Ade yg kene cek lain2. Macam2. Kesian kt suami kene tunggu lama kt luar. Aku suruh suami balik rumah dlu rehat kejap. Nt petang dtg balik. Sbb mmg for sure smpai ke petang.. Suami balik pon standby baju utk si isteri nye kot kot mmg btul kena tahan wad. (Mmg pon kene tahan wad)

Dalam dok menunggu tu kene panggil buat CTG. Nama penuh utk CTG tu aku x pasti la ape. Sila la google. Tp CTG tu utk cek heartbeat baby. Ada satu alat doc akan letak kat perut kita. Then dpt dgr jantung baby. Kadar denyutan jantung baby tu di recordkan dalam carta. 

Contoh CTG scan. Gambar ihsan google.

Buat CTG ni agak lama. Sakit pinggang aku dok atas katil tu lelama. Dengan sejuk aircond lagik. Dalam 20minit buat CTG tu, doc tgk graf heartbeat baby tak cantik. Heartbeat baby ade skali tu jatuh smpai 100. Normal dalam 140 ke atas. Trus doc stop kan CTG tu then trus pegi scan perut. Time scan tu doc ckp baby ok je. Sume cantik je. Just uri kat bawah. Or dlm bahasa doc nye PLACENTA PRIVIA GRADE 1 
  • "Grade 1 – (minor) the placenta is mainly in the upper part of the womb, but some extends to the lower part."

Grade 1 ni just minor je. Tak merbahaya. Tapi still kena monitor jugak. Lepas tu kena repeat balik CTG sbb doc tak puas hati tgk heartbeat baby jatuh smpai seratus tu but bila scan everything is good. So second CTG buat pon agak lama. Then the result was normal.


Nampak tak graf tu jtuh smpai 100? Tu yg kene repeat scan CTG lg then trus warded. Eventhough 2nd CTG graf dah normal. Still kena warded jugak sbb doc nak monitor heartbeat baby lg utk keesokan harinya.

Time habis 2nd CTG tu dah 6 lebih. Doc ckp, ok lah, kamu boleh berehat dekat ward. Aku macam haaa?? Masuk ward??? Aku tnye doc balik, "doc, knape sy kne tahan ward ek?" Then doc ckp "sebab kamu jatuh, baby kurang gerak, heartbeat baby lemah" danggggggg rase mcm nak lari balik umh teruss.

Tunggu punya tunggu dah nak dekat pkol 7. Kesian kat suami nak bebuka pulak nt. Aku suh suami balik. Nak tnggu aku dah sah2 ddk kat ward nt. Cuma nak menunggu dorang uruskan kemasukan ward segala. Elok time bebuka je dorang bawak aku ke ward. Naik wheelchair lagik. Rasa awkward gila. Sebab aku tak rase sakit pun. Xde bleeding ape2 pun. So rase mcm sehat je la kan. So bermula laaa malamku di ward pada malam ituuuu. 





To be continue.. 


P/s: update gune fon. So paragraph pon tunggang langgang. 

Wednesday, May 7, 2014

I'm 21weeks pregnant

Assalamualaikum. 

Hai sumorang. Kenal lg tak owner belog ni? Hikss. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah swt ni. Alhamdulillah jugak now dah 21wks pregnant. Badan semakin membesar (read:gemok-.-)

Allah swt adalah sebaik baik perancang. Sangat sangat bersyukur atas setiap perancangan DIA. After we get married dlu aku still berulang alik keje KL - Seremban. Sedangkan encik suami still dekat Melaka bekerja. So kami akan berjumpa pon bila masing2 cuti. Masing2 cuti pon x sama. Fyi kami cuti x semestinya weekend. Nak dapat kan weekend tu agak susah. So jarang la kami berjumpa untuk seminggu tu. 

But then awal tahun aritu aku try minta tukar ke Melaka. Alhamdulillah aku dapat jugak bertukar ke Melaka starting early January aritu until now. *feeling blessed* Alhamdulillah. Then mid Jan tu aku rase badan aku lain macam. Time tu tak pikir lagi aku ni pregnant. Tapi time tu period dah lewat beberapa hari. Then nak mempastikan betul ke tak teka teki selama ni. Beli pregnancy test kit jenama clear blue. Sebelum beli tu google dlu prenancy test mana yang bagus, so clear blue antara top pregnancy test yang di gunakan. 

Pepagi 17hb january 2014 bagun Subuh aku buat test tu. Sbb pepagi la yang paling afdal nak buat test tu. Subhanallah. Time ada 2 line tu rasa macam tak pecayaaaaaa je. Seriously. Bedebar weh. Time tu encik suami belum bangun lagi. Macam tak pecaya sebabnya time tu awal lagi. Baru 5wks. Tapi 2 line tu jelas nampak. Alhamdulillah. Lps suami bangun tunjuk kan dia, dia macam blur blur. Ye la baru bangun tido kan. Hehe pastu byk kali suami tanya betul ke ni betul ke ni. Tengok reaksi suami time tu Ya Allah hanya tuhan je yang tau betapa happy nya time tu. Esoknya suami bawak pegi Klinik untuk mengesahkan btul or tak. Alhamdulillah time tu dah 5wks pregnant. Syukur syukur syukur.


Indahnya perjalanan yang Allah swt tentukan. Cuba bayangkan if aku still keje ulang alik Kl-Seremban dgn membawa perut lagi, dengan jarang jumpa suami lagi, adakah aku cukup kuat untuk harungi nye sesorang? Wallahualam. 

1st trimester aritu kesihatan aku mmg teruk sangat. Banyak kali MC. Makan tak lalu. Makan sikit je. Nasik jgn harap nak masuk tekak. Susu? Lagi buat loya. Asal makan je lepas tu mesti rasa nak termuntah balik. Mmg seksa la time 1st trimester dlu. Pegi checkup berat turun. Pastu berat tak naik naik. Nurse kat KK dah risau dah nk suh refer kat doc bagai.

Skang dah 2nd trimester menjadi jadi selera makan. Heeeee mana la tak membesar badan ni. Baby dalam perut alhamdulillah membesar dgn sehat. Kadang2 mengeras perut ni. Last pegi scan aritu kenmain kesayangan ni tak dok diam dalam perut mummy dia. Wiwiwi. Nanti dah 24wks mummy scan awk lagi ye syg ^^


Mummy dah 'besar' wiwiiwwi

Mummy daddy love you. :*

Kain English Cotton Gred AAA


Assalamualaikum sumorangg. Lame nau tak menjenguk cni kan. Hehe. Ade tak yang berminat dengan kain  English Cotton? Kualiti kain superb! Konpem tak menyesal :)) 

Meh layan keindahan corak corak english cotton 100% cotton premium ni :) 

Teaserrr.. 


Scroll lg utk gmbr yang lebihhhh jelas. 













                           Sold Out




English Cotton. 100% premium cotton. Gred AAA. You feel it. You will love it. Trust me :) 

Kualiti kain: 
• 100% Cotton Premium ๐Ÿ‘
• Gred AAA ๐Ÿ‘
• 3.5 Meter Bidang 60"
• Tidak Luntur / Tidak Kecut / Tidak Kedut
( Colour might slightly different due to lighthing )

Berminat?
• Print screen or give Code then
• Boleh PM http://facebook.com/miraex OR
• Wechat Id mira3dora



So hurryy upppp ladies. While stock last. Phewittt~~ ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ