Monday, March 2, 2015

Pengalaman bersalin anak pertama

Assalamualaikum

*Ini cerita 5 bulan lepas*

Supposedly due date aku 17 September 2014. Tapi time tu tak rasa sakit ke ape ke pon. Tapi aku da start cuti awl dah. Sebab dah tak larat sangat nak berjalan. 17 September tu aku pegi checkup terakhir kat KK. Nurse cakap bagi lagi seminggu. if 24hb tu tak de rasa sakit jugak terus pegi hospital. Nurse da siap2 buat surat so pegi sana terus bagi surat serah diri. 


22 Sept 2015 (Isnin)
Pagi lepas mandi aku tengok ada macam sikit darah turun. Bagi tau suami ngn mak mertua terus siap2 nak pegi hospital. Time nmpak darah tu panik die semacam. ye la first time kan. Tapi tak ada rasa sakit pon. Konon konon nak pegi hospital, sempat je lagi menyinggah Mydin jalan-jalan lagi. Ye la sebab tak rasa sakit pon kan. Rilek je la. Call mak kat Seremban pon mak ckp kalau turun darah turun sikit tu lambat lagi nak bersalin tu. Memang pon.

Sampai hospital time tu dah tengahari. Terus ke dewan bersalin daftar. Bagi tau yang ada turun darah & dah overdue. Bermula la episod menunggu bukan main lama lagik. T_T Biasa la kerajaan kan. What to expect.. check itu ini. cucuk  masukkan tmpt untuk drip, scan CTG tengok pergerakan baby, smpai ke malam jugak la. 22hb malam tu aku tido kat atas kerusi malas yang disediakan oleh nurse kat situ. Sebab tak ada katil untuk aku dan beberapa patient yang lain. Ada la dalam 5-6 orang yang tido kat kerusi malas. Dalam 5 pagi nurse panggil nak bawak pegi masuk ward. Masuk ward pon bukan dapat katil lagi. Aku dengan 3 orang lagi mommy to be di tempatkan kat bilik pelawat kat ward tu. So dalam bilik pelawat tu ade 1 sofa 3 sitter, 1 sofa 2 sitter & 2 sofa 1 sitter. So aku da cop awal2 sofa 3 sitter tu. Jadi la dari tak ada kan. Aku bukan nak mengeluh sebab tak dapat katil ke kan. Tapi tak expect la smpai tak ada katil langsung untuk pesakit. Hospital Melaka di limpahi dengan mommies yang nak bersalin bulan 9. 

23 September 2014 (Selasa)
Dari pagi smpai ke petang tu duduk je la dalam bilik pelawat tu. kejap kejap nurse datang check hearbeat mommy ngan heartbeat baby. Dalam pkol 5 @ 6 petang aku da start rasa sakit. Sakit sangat smpai aku menangis tak tahan. Petang tu time melawat. Suami, mak, abah datang. Sebelum dorang smpai tu aku call suami mengadu sakit sangat.Contraction da dlm 5-6minit. Tak tahan smpai menangis. Nurse anta makanan pon tak habis makan. Patient sebelah kerusi pon dok tengok tengok aku menahan sakit smpai dia tanya, akk sakit sangat ke? Maunyaaaaaa tak sakit. Sobbsssss Lepas maghrib baru dapat katil. Mandi bersihkan badan nak relax atas katil pon tak dapat sebab menahan sakit. Doc check bukaan br 1 cm *nangis* sakit bukan main tapi baru 1cm *nangis lagi* Doc ckp lagi pkol 11mlm dia datang check bukaan lagik. Pkol 11 malam doc datang check bukaan baru 2cm *nangis* 

24 September 2014

Then pkol 2 pagi doc dtg lagi. Time tu aku da tak boleh tahan sakit dah. Contraction makin kuat. Doc suruh pegi bilik CTG nak scan & check pergerakan baby. Bukaan bru 4cm. Doc pecahkan air ketuban nak check if air ketuban dah ada keluar colour hijau means baby dah termakan najis. Bila air ketuban doc pecahkan still warna dia ok. Aku bangun je dari katil tu macam air terjun air ketuban tu keluar. First time kan. Rasa pelik, tak selesa awkward suma ada. Doc cakap air ketuban dah pecah. Awak boleh siap siap kan barang panggil suami angkat barang, kita nak terus tolak ke labour room. Time tu jam 2.30 pagi. Kesian encik suami. Lama dia menunggu kat luar. Tido pon dalam keta je. Teringat balik moment tu sayu je hati :'(

Masuk dalam labour room doc, doc pelatih, nurse sume ada. Pasang CTG kat perut. Time tu aku da sakit kuat dah. Menahan sakit baca doa memudahkan bersalin. Terkumat kamit aku baca. Selawat banyak banyak. Untuk ilang kan rasa sakit. Tapi tak keruan sakit nya. Doc bagi gas tekup kat idung ngn mulut. Doc ckp bila awk rasa sakit awk sedut ni. Aku mmg tekup je kat idung sebab sakit sgt kan. Aku akui aku byk jerit. Kol 4 pagi doc datang check bukaan lagi. Still tak ada perubahan. 4 cm. Aku sampai mintak kat doc suruh ceaser je time tu. Sebab dah tak tahan nak menanggung sakit. Doc ckp sy takkan bagi awk seacer hanya di sebabkan awk sakit macam ni. Aku terdiam. tak kata apa. *nangis*


Pkol 6 pagi doc check 8cm. Doc cakap bukaan dah makin laju. Sakit contraction makin kuat. Doc suruh tunggu sampai bukaan 10cm baru boleh push. Tapi time tu aku rase da nak teberak suma ada. Tapi bukaan still tak banyak jugak. 9 pagi Doc datang cek lagi bukaan still tak berubah. Doc 2 orang berbincang sesama sendiri, then dorang decide memang kena ceaser. Tak boleh tunggu lagisebab takut baby lemas. Heartbeat baby pon makin lemah kalau tengok dari graf CTG. Time tu doc suruh nurse panggil suami masuk. Nasib suami tak pegi kemana. Ada je setia menunggu kat luar. 


Time suami masuk aku dah tak tahan nangis tengok muka suami. genggam tangan suami. Aku rase paling kuat la aku genggam tangan dia. Aku tengok suami pon sedih tengok aku sakit mcm tu. Doc terangkan kat suami yang aku terpaksa emergency ceaser. Sebabnya heartbeat baby makin lemah, air ketuban pon dah byk keluar, then bukaan still 8cm & baby still belum engage lagi. Still jauh 1.5cm dari tempat nak keluar. Then doc terangkan procedure yang dorang akan jalan kan then kena sign surat kebenaran. Settle semua tu nurse tukar kan baju. Transfer katil nak tolak ke operation theater. Kerja dorang memang pantas. Kemain laju kene tolak ke operation theater. Time tu aku da mamai mamai dah. Sebab sedut gas tu kan. Gas tu macam buat kite khayal. 


Masuk operation theater, doc enjek bius kat blakang badan. 5 minit lepas tu aku tak rasa ape kat kaki. Dorang siap siap kan nk start ceaser. Start pisau kena kat perut aku tak rasa sakit pon. Tapi terasa la perut aku di godak godak. Terasa di siat siat. Erghhhh ngeri betul bila teringat balik.  10 minit lepas tu aku dengar suara baby menangis. Ya allah time tu, Allah je tahu perasaan aku. Aku dengar mcm baby kena sedut lendir kat tekak dia. Tak lama lepas tu, nurse tunjukkan baby kat aku. Menitik air mata first time tgk anak sendiri. Tapi time tu aku mamai mamai. khayal kan. Separa sedar. Then tengok baby pon macam tu je. sempat cium je kejap. Then baby kena bawak ke nursery. Doc pon sambung project mejahit perut aku ni pulak. Aku layan je rase perot ke godak godak.  Hahaha tau tak godak tu ape? XD

Lepas selesai sesi menjahit, aku ditolak keluar operation theater baring je atas katil tunggu smpai bius hilang. Kaki memang tak rasa ape. 10 minit skali nurse datang check. suruh gerakkan kaki. Aku da cuba sedaya upaya gerakkan kaki tapi macam tak rasa ape pon. Macam da tak ada kaki muahaha. lps sejam camtu baru la rasa sikit sikit gerak kaki. tu pon belom pulih sepenuhnya. Pkol 2 pm baru aku di tolak masuk ward. 

alhamdulillah. berakhir la 15 hours contraction. dah tak kisah dah sakit contraction ngn sakit kena ceaser. Rasa sangat sayu bila tengok anak sendiri. Nurse bawak baby jumpa aku hari ke dua. sebab baby masuk nursery dalam perhatian doc. 




Adriana Adlina bt Aydrin
24 September 2015. 0950hrs. 3.34kg
Hospital Besar Melaka


11 comments:

  1. Wah....at least da buka smp 8cm.akk smp ke sudah 1cm je...xleh watpe.

    ReplyDelete
  2. semangat nye baby.. congratez awak...;) take care

    ReplyDelete
  3. sianyaa dh bukak tp x sampai jugak.xpe..pengalaman terindah kan?bila igt blk serikkkk

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan!

    kecut perut baca hospital melaka time awk pg xde katil huhu. sbb kita pun rasa nya kne bersalin kt sana jugak hjung bulan ni. walaupun hati berat nk bersalin kt hospital ampang T__T

    ReplyDelete
  5. tahniah dear... Sya da lame xblogwalking. baru taw nih.. hehehehe

    sedap name baby. smpai berbelit lidah kite sebot. hikhik. pape pon, tahniah again =)

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. huhu fhm perasaan "baru 2cm", dan chek lagi "still 2cm"..>.<

    ReplyDelete
  8. Salam,
    24 september 2015?
    macam due date saye tahun ni je.
    Anyway terharu jgk la bace kisah awak. nak nangis rase. huhu
    awak beli kt mane ye selimut baby yg elephant tu? comel :)

    ReplyDelete
  9. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum baby, mgkin dah besar sekarangkan baby, maklulah mama x update blog sudah ,, by the way salam perkenalan sis ,...

    ReplyDelete
  11. By the way same macam kes saye . last-last czer jugak .. :(

    ReplyDelete

This is best brooooooo!